Day 3.
Kami stay di De Galleria Hotel, hotel bajet aje lah sebab aku fikir banyak masa akan kami habiskan dengan berjalan-jalan di luar, bukan nak duduk dalam hotel 24 jam, so tak perlu hotel mahal sangat. Hotel ini sempit dan kebetulan bilik yang aku dapat aircond tak berfungsi dengan baik.
Jadi, aku tak akan duduk di hotel ni lagi. Sorry.
Pagi hari ke-3 kami mulakan dengan pergi ke Jesselton Point, jeti yang nak pegi pulau tu. Berjalan-jalan ke pulau tak ada dalam itinerary kami tapi saja nak datang sini sebab husband aku tak pernah sampai.
kat dinding belakang tu ada gambar sejarah jeti ini
tengok muka dia....bercantum aje
harus amek gambar di pondok telefon ni
Dari Jesselton Point husband ajak pergi taman buaya. Sejak-sejak jadi mak dengan bapak ni kena lah pergi ke tempat-tempat yang boleh tarik perhatian anak aku, konon-konon tak bagi dia bosan dan tantrum dia datang.
Lagipun dia suka animal.
Taman buaya ini bertempat di Tuaran. Kali ni tak tengok waze, husband aku cari jalan sendiri.
Apa yang membezakan taman buaya ini dengan taman buaya di tempat lain ialah selain ada buaya hidup, ada juga buaya yang dah mati tetapi di awetkan. Macam buaya yang husband aku duduk tu, itu buaya betul tapi dah dikorek segala isi perut, disumbat dengan kertas, kain...entah apa lagi, kemudian dijahit semula, diawetkan elok-elok. Tak ada bau busuk pun.
Ok, ini buaya hidup. Buaya ni tengah tidur sebenarnya, tapi bila dengar suara Zhareef menjerit terus dia bukak mata, angkat kepala. Agaknya dia terkejut dan kalau lah aku boleh faham bahasa binatang mungkin dia tengah membebel....suara sapa la yang kacau aku tidur tu haaaa...!!!
Ada buaya muncung panjang
Ada buaya bongkok
Tu diaa...melepek je buaya-buaya. Nak suruh diaorang aktif try la terjun
Selain buaya yang menjadi tarikan utama, ada juga binatang lain, yang ni rusa
ini namanya Binturong Bearcat...
pemalas....tidur aje
cute kan
terima kasih Allah mencerahkan cuaca pada hari ni...biar lah panas berdesing asalkan tak hujan..tapi kalau hujan pun terima aje lah
Ada arnab juga...terima kasih arnab, kau penyelamat anak aku yang tengah takde mood
tapi...dia bukan excited dengan arnab...dia excited dengan carrot!!!
why?
sebab dia ingat carrot tu biskut dia
aku selalu bagi dia makan biskut jejari macam bentuk carrot tu...
naik jet ski dengan buaya
Seperti yang aku jangka, budak-kecik-badan-besar ni akan bosan, tak mahu dipegang, tak mahu dipimpin, nak jalan sendiri-sendiri....maka....
ini lah kerja dia..
masuk dalam kawasan bunga-bunga ni...petik daun, petik bunga
dia melayan perasaannya sendiri
di tengah panas!!!!!
ni beca ke apa?
aku tak tau nama benda alah ni
Mari...mari...beli daging...masak sambal sedap nih....
daging apa ni???
macam daging ayam..
tapi....
daging buaya...!!!!!
aiyyyoooo...
Lepas tu kitaorang pergi Karambunai, actually tempat ni tempat orang berduit...ada resort mewah, ada padang golf, ada lagoon tempat mandi manda kat pantai..
Nexus resort...aku perasan kalau nama-nama ada 'xus' ke 'xis' ke kat belakang mesti spesis mewah...
nexus...lexis...alexis...entah apa lagi
motif cuma nak amek gambar pagar warna warni tu aje
Wisma Tun Mustapha...kalau aku bukan pelancong takde makna aku nak bergambar dengan bangunan macam ni....tapi sebagai pelancong...wajib!
Untuk menghabiskan sisa-sisa waktu yang ada, kitaorang singgah di Pantai Tanjung Aru. Panas berdesing. Aku rasa macam kat PD pun ada...hahaha. Tidak memukau pandangan mata sangat. Cuma ada sorang perempuan berjalan di tepi pantai pakai tuala je...tu yang memukau mata husband aku...woww...
bukan perempuan ni....perempuan lain..
ngeh3
Kampung Air, sebab penempatannya di atas air. Aku lagi seronok datang sini berbanding melepak kat Tanjung Aru. Oleh kerana aku tak punya banyak masa, jadi tak dapat lah nak berjelajah jauh ke dalam. Owhh ya, nampak sampah-sampah tu? part ni je yang menspoilkan mata.
rumah-rumah orang di sini..kereta-kereta mereka kena park jauh kat tepi jalan sana...
ye la...takkan nak park depan rumah kot... :D
bot je park depan rumah
aku rasa...institusi kejiranan penduduk kat sini mesti rapat..
dah rumah pun rapat-rapat...
agak-agak kalau kehabisan garam...jerit aje jiran sebelah..
hehe....aku agak je la
budak takmo jalan sendiri..
nak dukung aje..
bad mood...baru bangun tidur
tengok la muka dia...
zoom sikit....haa..
bercantum je muka kan..
jalan nak masuk/keluar dari kampung ni agak berlecak...sebab hujan gamaknya
semoga ketemu lagi dilain kali kalau datang ke sini lagi..
Habis cerita road trip sabah. Day 4...dah bye-bye balik KL, so no story for that day. Kesimpulannya, trip ini agak memenatkan, nak sangat adventure kan. Penat sebab bawa anak kot, ye lah...nak melayan kerenah budak kecik bukan semudah yang disangka, lagi-lagi budak macam Zhareef, kena ada tahap kesabaran yang maksima. Kalau budak takde buat perangai ok lagi. Tapi aku puas dapat bawak dia, disamping nak menguji keseimbangan hormon untuk mengawal perasaan...bukan mudah ok.
Banyak lagi tempat yang belum sempat dijelajahi walau dah kali ke-3 aku ke Sabah. In sha Allah...di lain masa, aku nak bawak family pulak, kalau ada rezeki lah.