Monday, March 17, 2014

peringatan

Ada 2 benda aku nak cerita.


Pertama:

Semalam aku tukar-tukar channel tv, terbukak lah tv alhijrah. Dah 2 malam aku tengok muka brother arab ni, tapi kemarin aku ignore je, tengok 10 saat lepas tu tukar channel lain. Tapi semalam aku terdetik nak tengok sekejap. Aku tak berapa sure apa tajuk rancangan ni.

Ianya kisah brother arab ni (aku tak sure jugak dia dari negara arab mana, maybe Jordan, Jordan arab kah? entah.) Dia pergi Jepun, interview sana sini dan lihat kehidupan orang-orang Jepun. Dia begitu terkejut cara orang Jepun hidup dan cara orang Jepun bekerja. Dia pelik bagaimana kanak-kanak kecil boleh berjalan sendirian tanpa ditemani oleh ibubapa atau adik beradik sejauh 1-2km semata-mata untuk bermain di taman. Dia kata, jika di negaranya, dah lama budak tu kena culik. Bermakna, negaranya tak selamat.

Kedua, dia pelik bagaimana orang Jepun boleh bekerja sampai malam, jarang ambil cuti dan bercuti, apatah lagi MC.

Sebut pasal MC, ni yang menarik perhatian aku dan buat aku gelak besar.

Dia tunjuk satu lakonan di negaranya, bagaimana seorang lelaki yang sihat waalafiat pergi ke klinik untuk mengambil MC. Dia kata, teramat mudah nak dapatkan MC di negaranya. Ye, betul, memang mudah sangat.

Lelaki itu sihat, siap check suhu badan, tak demam, tak sakit apa pun. Dia berjalan masuk ke klinik. Beberapa minit kemudian, lelaki itu keluar sambil tersenyum dan menunjukkan surat cuti sakit yang diberikan oleh doktor.

Sebab cuti sakit?

Sakit otot ke radang otot ke apa ntah, tapi berkaitan dengan otot lah, siap dapat cuti 2 minggu kau! Brother tu gelak segelak gelaknya.

Dia dah buktikan di negaranya amat mudah nak dapat MC. Macam mana doktor di sana begitu baik hati nak bagi MC pun aku tak tau. Hikhikhikhik.

Di akhir cerita, brother tu buat kesimpulan. Dia kata, otak orang Jepun sama je macam otak orang Arab (dan aku buat kesimpulan sendiri bahawa otak orang Jepun juga sama je macam otak orang Melayu). Ujian IQ juga membuktikan IQ kanak-kanak Jepun lebih kurang sama je macam IQ kanak-kanak Arab. Jadi apa yang membezakan Arab, kita (Melayu) dan Jepun?

Komitmen, kesungguhan dan bekerja secara kumpulan.

Itu yang membezakan.

Orang Jepun sangat komited dalam pekerjaan mereka. Mereka bekerja untuk company. Bagi mereka, jika company berjaya, bermakna mereka berjaya. Mereka bekerja dalam satu kumpulan, sebab itu mereka sangat susah nak ambil cuti. Mereka kata, kalau sorang cuti, akan susah lah rakan yang lain. Betapa komited kan diaorang tu.

Aku mengaku, dalam gelak-gelak besar depan tv semalam, hati aku terkesan juga dengan rancangan ni. Aku ni bukannya komited sangat bekerja. To be honest, ada masa-masa aku rasa malas, bosan dan marah. Bosan dan marah disebabkan masalah-masalah 'dalaman' company, aku rasa ramai yang faham. Tapi yang paling banyak sejak aku ada anak ni ialah cuti. Yup, aku kerap cuti sebab anak aku sakit.

Aku termalu sendirian. Haishhhh.

Kesimpulan yang aku buat, kita bukan tak pandai atau tak boleh berjaya, tapi kita malas. Otak kita dengan otak Jepun sama je. Lain lah otak Jepun tu ada urat terlebih atau sel-sel yang takde pada otak Melayu. Aku tujukan ayat ini untuk diri aku sendiri.



Kedua:

Aku dah habis baca buku-buku ini, lama dah. Aktiviti membaca aku dah terhenti sekejap, nanti aku sambung balik. Sekarang ni tengah sibuk dengan MH370.

Aku tak tahu kenapa genre buku pilihan aku bertukar, aku suka baca buku-buku berbentuk sebegini, pasal sejarah dan masalah dunia. Hati aku tergerak untuk nak tahu sesuatu. Lalu aku pun membeli buku-buku ini sebab nak tahu cerita sebenar dan sejarah-sejarah yang aku tak tahu selama ni. Beberapa bulan kemudian, terjadi lah insiden kehilangan MH370.

Kepala otak aku ligat berfikir walaupun kadang-kadang aku cakap sendiri, buat apa aku bersungguh sangat ambil tahu masalah ni, baik aku jaga keluarga sendiri. Lepas tu hati aku cakap balik, kalau lah diri aku sendiri atau ada ahli keluarga yang terjebak masuk dalam kapal terbang, lepas tu kapal terbang hilang, macam mana? bawak baby pulak tu. Air mata aku pun bergenang.

Aku tak nafikan, hati aku terdetik banyak kali, adakah kejadian hilangnya MH370 ini satu konspirasi yang dasyat? Apatah lagi bila melihat kerajaan macam sengaja menyorokkan cerita sebenar dan sengaja melengah-lengahkan masa. Aku pun terjumpa lah sorang makhluk Allah ni dalam fb, nama dia Brado Kapak. You all can search his name on facebook, dan boleh baca blog dia di sini.

Peringatan, kena buka dan lapang dada luas-luas bila membaca apa yang dia tulis, tidak kira korang sokong parti politik mana. Dia tak bagi fakta, tapi bagi clue. Dia suruh kita fikir diluar kotak. Korang sokong parti politik mana tak kesah, tapi pengakhiran cerita ini mungkin sesuatu yang tak disangka atau memang kita tak terfikir pun. Aku dah bersedia untuk menerimanya. 

Jangan meroyan tak tentu pasal bila baca something yang belum sahih, tapi mencari info tak salahkan. Kan aku dah kata, kena berlapang dada.






6 comments:

gerbera said...

Balik dari HK flight tengah malam, sampai rumah dah pukul 3. Gedebuk gedebak kul 4am gak tido. Mata ngantuk tak cukup tido. Gi klinik ckp nak MC sebab tak cukup tido xleh nak kerja,doktor pun bagi MC. First time aku x berlakon minta MC. tehehehe..jgn ikut.

julie shahril said...

boboi: aku penah juga balik dari kk masa hiking dgn ggk, masa tu badan sakit2, pegi klinik ckp dgn doktor badan saya sakit sbb saya baru turun dri gunung, dan doktor bagi aku cuti sehari...hehe. jujur masa tu.

Dr Singa said...

hahhahaaa..
pesal panggil dia boboi.

dari gegirl..
wahahaaa

julie shahril said...

kakizat: masa berkenalan dgn si boboi (norhamizah hashim)ni dah diperkenalkan sebagai boboi, tapi kalau nk rasa lebih manis, panggil dia miza. hehe

gerbera said...

Dr Singa: boboi nama zaman sekolah. Comel kan nama boboi tu. :P Boleh panggil saya boboi supaya saya rasa muda.

wan norulkhamisa said...

akk sy xleh folow blog akk taktau nape...nanti sy try lagi..bestla entry ni, kak wajah arab tu sll ade dlm tv, pasal tajuk laukana banana (andai Rasulullah saw bersama kita), mmg best sgt2...ade lakonan2 pendek utk diambil iktibar. Ramadhan nanti pasti ade lagi rancangan tu..