Friday, May 23, 2014

Thailand Road Tour : Driver/guide




Ini Sahak. Berusia 32 tahun. Berasal dari Satun. Sudah berkahwin, mempunyai 2 orang anak. Isterinya seorang guru di Narathiwat.

Dia lah driver kami sepanjang di Thailand.

Dari Satun - Krabi - Phuket - Hatyai - Satun .....

Bayarannya rm1000 (driver, minyak, tol)

Kau bayar rm1000, dia akan bawa korang ke 4 wilayah tu. Kalau nak ke wilayah lain, bayarannya lain pulak. Pandai-pandai lah deal dengan dia.

Kiddy yang perkenalkan Sahak pada kami, dah jadi macam kawan Kiddy jugak lah.

Sahak best, sporting dan kelakar. Dah lama aku tak ketawa sampai keluar air mata, tapi bila dengan Sahak ni aku ketawa sampai meleleh air mata.

Bahasa melayu Sahak ada slang siam, jadi kena sendiri-sendiri paham lah. Kalau nak contact Sahak, better call, jangan sms or wassap...nanti korang pening, dia pun pening...kihkihkih.






Contact no: 08 15415691


Thursday, May 22, 2014

Thailand Road Tour episod 5: Satun-Langkawi-KL

Destinasi ke lima : Kembali ke Satun-Langkawi-Kuala Lumpur.

Kami balik ke Satun pada hari selasa, 06 May. Kami cari hotel yang aku sendiri lupa apa nama hotel ni, semua Kiddy yang arrange, aku tinggal bayar aje. Dah penat sangat, dah tak larat aku nak amek tau pasal nama hotel, janji aku boleh tidur. Harga lebih kurang 70-80 gitu.



 boleh baca tulisan siam tu?
aku rasa tu nama hotel ni


Ini kuih 'telur abang' namanya. Macam lucah sikit, haha.

Kuih ini popular di Satun. Bahan utama kuih ini ialah telur masin, telur kuning tu. Sebab itu namanya kuih telur, dalam bahasa siam aku lupa namanya. Aku ni semuanya lupa. Kalau makan fresh2 sedap la. Ini bukan aku yang beli, ni Aida punya, dia bagi aku rasa sikit.

Kami balik ke Langkawi menaiki ferry pukul 9.00 pagi. Sampai di Langkawi 1 jam kemudian, terus pergi makan. Kemudian balik rumah Kiddy sekejap amek barang-barang yang aku tinggalkan di sana.

Aku lupa 1 benda lagi, benda yang amat penting.

Flight aku ke Kuala Lumpur sepatutnya berlepas pukul 2.30pm, tapi aku mati-mati ingat flight aku pukul 5.20pm.

Aku ni dah kenapa?

Masa tiba di airport, staf MAS check nama aku, dia kata mana ada flight pukul 5.20pm, MAS tak ada flight waktu macam tu.

.
.
.
.

Aku dah tertinggal flight!

Arghhhhh...nak menjerit kuat-kuat.

...dan kami terpaksa membeli tiket baru.

Nak marah? 

Aku nak marah siapa? marah diri sendiri lah.

Aku teringat balik, duk pikir-pikir...flight apa yang pukul 5.20pm tuh?

.
.
.
.
.
.
Pikir...pikir...pikir.

Yes, memang ada flight pukul 5.20pm tuh.

Uwarggg...nak menjerit lagi.

Flight pukul 5.20pm tu ke satu destinasi lain.


Macam mana aku boleh terbayang flight tu?

Sebab..

Beberapa hari sebelum aku ke Thailand, aku dengan Kak Izat duk bincang berdua pasal destinasi tu lah. Kami bincang macam-macam...bla,bla,bla,bla...

Terus melekat flight tu sampai sekarang.

Ya Tuhan...ini lah akibat kalau dah bercampur aduk, semua benda nak pikir.


OK, benda dah jadi, dah lepas dah pun.

Macam-macam terjadi dalam trip aku kali ni.

Tertinggal passport.
Hatyai kena bom.
Tertinggal kapal terbang.

Doktor-doktor sekalian, apa ubat nak kuatkan ingatan?


Ingatan aku semakin hilang.

.
.
.
.
.

Tamat lah sudah kembara aku ke Thailand.

Thailand mempunyai laut dan pantai yang cantik.

dan...


aku suka Thai food.





Wednesday, May 21, 2014

Thailand Road Tour episod 4: Hatyai

Destinasi keempat : Hatyai

Perjalanan dari Phuket ke Hatyai adalah perjalanan yang paling jauh iaitu 6 jam. Kami tiba di Hatyai lebih kurang pukul 12.30 tengah malam.

Sebelum check-in hotel, Kiddy dan Aida ajak supper.

Trip aku kali ni adalah trip makan.



 kami lepak di gerai-gerai ini, minum teh tarik

 dan makan pancake banana

dan juga udang galah
udang galah ni beli di gerai lain, bukan di gerai yang kami lepak ni

tak...kami tak stay di hotel ini
Kiddy cuma bagitau 2 tahun lepas hotel ini pernah kena bom

 kami stay di hotel ini
Golden Crown Hotel, rm103/night
nak check-in hotel ni kena tinggalkan passport
hotel-hotel lain takde pulak suruh tinggalkan passport
maka, aku tinggalkan passport aku..1 bilik wakil sorang je,
Kiddy tinggalkan passport dia jugak

 bilik yang selesa


.
.
.
Esoknya, kami ke Chang Puak Camp, nak naik gajah.

Pertama kali nak naik gajah, excited. Kiddy dan Aida dah pernah naik, diaorang taknak naik dah, sakit badan katanya.

"Korang la naik, rasa la sendiri macam mana naik gajah"


tiket berharga rm50 (500 baht seorang)
budak bawah 2 tahun free.

Maka, bergerak lah gajah lenggang lenggok. Oleh kerana takde orang nak tolong amek gambar kami bertiga atas gajah, masa ni lah nak berselfie.

Mana Zhareef?

.
.
.
.


 Zhareef ada....dicelah-celah kami berdua. Hehehe
kesian dia kena kepit,
kalau tak kepit takut dia jatuh

 begini lah kedudukan kami atas gajah

 kami dapat gajah yang ada anak kecik,
anak gajah ni pulak mengikut je ke mana ibu dia pergi,
sebabnya anak dia masih menyusu...
yang kelakarnya...tiba-tiba mak gajah ni berenti berjalan..
si gembala gajah tu kata...stop for a while..
anak gajah nak menyusu..
kihkihkih..


Apa perasaan naik gajah?

Best tapi memang betul la kata Aida, badan sakit-sakit sikit.

Ngeri pun ada sebab rasa terhuyung hayang macam nak jatuh.

Dalam hati duk pikir, macam mana la kalau gajah ni tiba-tiba badmood mengamuk?

Mintak sisih.

Aku baca doa disepanjang perjalanan tu, takut ok.

 ni dah nak sampai semula di tempat mula-mula naik tadi
ada pondok-pondok kecik tempat pekerja berehat

ehemmm...
masa dah nak sampai, si gembala gajah ni terus turunkan topi dia..
mintak tips..!!
hehe...
bisnes ok...

 lepas tu kita boleh beli buah pisang untuk bagi gajah makan..
kemain berebut anak beranak ni makan pisang..

sebelum balik...makan buah dulu, disediakan oleh staf tempat ni

Then, kami singgah di Hatyai Ice Dome. Tempat ni kalau malam cantik, ala-ala macam kat I-City la, berlampu-lampu. Kalau siang takde la lawa mana. Saja singgah kejap sebelum bergerak balik ke Satun. Plan asal memang nak balik Satun hari ni, amek ferry petang balik ke Langkawi.

Tapi ada kejadian lain menyebabkan plan kami gagal. Nanti aku cerita.

 ada minion jugak

 ada semut

 dan ultraman..
segala spesis ultraman ada kat sini

kalau malam semua benda-benda ni berlampu..

 Kemudian, kami pergi shopping di plaza
kat sini kena pandai tawar menawar lah..

 Dah tengahari....apa lagi...
makan!
ini tauhu telur masak sos tiram

 menu wajib..
Kensom

kami makan disini..
Maroc


Masa untuk kami shopping dan makan sangat terhad sebab kami mengejar masa. Kami perlu sampai ke Satun sebelum pukul 4.00pm sebab ferry terakhir adalah pukul 4.00pm.

Dalam perjalanan ke Satun, tiba-tiba aku teringat...

Mana passport aku..??

Sah, passport aku tertinggal di kaunter receptionist hotel Golden Crown. Sepatutnya masa check-out, diaorang kena pulangkan balik passport tu.

Muka aku dah pucat.

Kiddy pun langsung tak ingat pasal passport dia.

Kami kena patah balik ke bandar Hatyai.

dan waktu itu bandar Hatyai dah kena bom!

Masa bila bandar Hatyai kena bom?

Masa kami tengah makan di Maroc tadi..!!!

Lokasi tak jauh mana...berapa ratus meter je dari tempat letupan berlaku.

Di belakang Plaza tempat kami shopping pun berlaku letupan.

Ada 5 biji bom, 3 biji dah meletop.

Ada 2 biji lagi belum meletop.

Berani nak stay lama-lama kat Hatyai?

Tak nak!


Nak ke tak nak...kami kena patah balik untuk amek passport. Dalam kereta semua duk menyumpah-nyumpah kat staf hotel. Apasal diaorang tak pulangkan semula passport kami, dan kenapa la kami pun lupa pasal passport?

Ah, benda dah nak jadi kan.

On the way ke hotel, dari jauh kami nampak kepulan asap bekas letupan bom tu. Walaupun nampak dari jauh tapi tetap ngeri.

Orait. Sampai saja di hotel, Sahak pegi amekkan passport kami dan sempat juga dia marahkan staf kat situ. Hehe. Aku risau takut passport hilang aje. Alhamdulillah, selamat passport kami.



Bila plan A gagal, kita buat plan B.

Plan B ialah...kami terpaksa tidur 1 malam di Satun. Nak balik Langkawi dah tak sempat, ni semua kes tertinggal passport. Dah alang-alang memang tak sempat nak naik ferry, berjalan-jalan lah kami ke Samila Beach, Songkhla. Hatyai terletak dalam wilayah Songkhla.

Tak pasal-pasal kami semua datang ke Samila Beach tengok patung mermaid ini. Sejarah mermaid ini, ada cerita mengatakan zaman dulu ada ikan duyung yang menyikat rambutnya di atas batu dengan sikat emas, lalu terserempak dengan seorang nelayan. Duyung ini lari berenang ke laut semula. Nelayan tadi menunggu dan terus menunggu.

Ada cerita lain pulak, suatu ketika dulu, kecoh mengatakan ramai orang kampung mendengar suara duyung menangis, dia menangis sebab apa aku tak pasti pulak.

Ok, aku confuse nak panggil duyung ni 'seekor' atau 'seorang'.


Ini Pantai Samila di Wilayah Songkhla. Dulu, Songkhla dikenali dengan nama Sing Lha. Tempat ini dahulu terkenal sebagai pusat pelabuhan dan perdagangan laut dimana pedagang dari India, Parsi dan Arab datang berdagang dan bertukar-tukar barang. 

Songkhla ini juga adalah sebuah bandar Kerajaan Melayu lama Langkasuka, dizaman Srivijaya telah berada di bawah pengaruh kekuasaan Thai sejak abad ke-18.

Pantai Samila ini berada di Laut China Selatan, bukan di Laut Andaman yang cantik membiru tu.

sejarah Songkhla

patung kucing dan tikus


Ada sejarah jugak patung ni. Zaman dulu kononnya ada seekor anjing, kucing dan tikus belayar dalam sebuah sampan milik seorang pedagang cina. Mereka mencuri bola kristal lalu berenang melarikan diri, tetapi lemas. Kucing dan tikus mati lalu menjadi sebuah pulau di tasik Songkhla, anjing juga mati lalu menjadi bukit yang bernama Hin Khao Tang.

Memang ada pulau berbentuk kucing dan tikus kat belakang tu...tapi dari angle mana nak nampak bentuk kucing dan tikus tu aku tak sempat  nak kaji.

Di tepi pantai Samila ada orang jual benda ni.

Apa ni?

Ini telur ayam yang dah nak jadi anak ayam.

1st time aku tengok benda ni.
.
.
.
.
.


Hari dah hampir gelap. Kami perlu balik ke Satun.

Tidur Satun lagi 1 malam.

Sebelum tu, aku tunjuk gambar bandar Hatyai yang kena bom, sumber dari kawan Kiddy.



.
.
.
.
.
.

Jumpa di Satun nanti!



Tuesday, May 20, 2014

Thailand Road Tour episod 3: Phuket

Destinasi ketiga : Phuket

Perjalanan dari Krabi ke Phuket memakan masa lebih kurang 2 jam. Perjalanan yang santai. Cuaca panas terik. Kami berhenti di beberapa buah tempat yang dirasakan menarik untuk mengambil gambar.

Phuket, adalah sebuah pulau terletak di selatan Thailand. Sebelum ini ia dikenali dengan nama Pulau Talang yang bermaksud ikan dalam bahasa Melayu.

 welcome to Phuket

Kami tiba awal, tetapi terperangkap dalam kesesakan di bandar Phuket menyebabkan perut dah berkeroncong. Hari pun dah semakin gelap. Macam biasa, pergi makan dulu. Aku dah terjebak dengan kawan yang suka makan. Kiddy pesan, nanti balik KL jangan lupa timbang berat badan.

Baik lah.

Kami makan di Taokun Seafood, semestinya restoran halal, recommended by Sahak, our driver. Berjalan dengan Kiddy dan Aida memang makan agak mewah. Kalau aku berjalan 3 beranak, aku makan biasa-biasa je kot.

Semestinya gambar food banyak dalam entry kembara Thailand aku nih.

 ini siakap masak Kensom bersama umbut kelapa
orang Thai memang masak kensom letak umbut kelapa

ini telur ikan, digoreng bersama bawang putih
telur ikan apa aku tak tau

Dua menu je, sebab menu ni je yang aku rasa sedap, yang lain so-so je. Hehe.

One more thing yang aku nak bagitau, ketika berada di Thailand, setiap kali makan, aku pasti akan order air jus mangga. Air mangga kat sana sedap, fresh dan manis. Mangga siam kan sedap.

 sambil makan, mata dihidangkan dengan pemandangan ini
ini semasa air pasang
 
setelah air surut

suasana tenang di sini

 itik pun lapar, nak cari makan juga

 rumah-rumah kayu
best view kat sini, kepada nature lover mesti korang suka.


Dah siap makan, kami bergerak ke Patong Beach untuk mencari hotel. Patong Beach adalah antara pantai yang paling popular di Phuket selain pantai-pantai lain seperti Bangtao Beach, Kata Beach, Karon Beach dan macam-macam beach lagi.

Kenapa Patong Beach ni glamour sangat?

hehe.

Aku masih blur-blur lagi kenapa Patong Beach ni paling famous?

Ok, berbalik semula pada misi kami nak cari hotel. Cari punya cari, kami terjumpa sebuah hotel baru iaitu The Three by APK.

Sebenarnya harga hotel ini mahal, standard room pun dah dekat rm300. Tapi dengan bantuan Sahak, dia deal dan pujuk-pujuk orang hotel mintak harga murah, maka dapat lah rm170, pada aku masih mahal lagi tu. Tapi setakat itu je yang mereka boleh bagi.

Tapi, untuk Sahak yang memang asal orang Thailand, dia dapat harga rm80 je.

Nampak tak beza orang sana dengan orang kita?

Mereka mengutamakan rakyat mereka, nak tidur hotel harga memang diskaun kaw-kaw punya. Kalau kat Malaysia, tak kira lah kau orang tempatan ke, orang asing ke...harga sama je.

 suasana di lobi hotel

 standard room

yang best nya hotel ni, ada swimming pool nun kat rooftop.
wowwwiii....best gila.

Badan pun dah letih. Belah malam, kami ke pusat bandar Patong Beach. Setiap pantai di Phuket ada bandar sendiri, dan bandar disetiap pantai memang meriah dan havoc.


Patong Beach terkenal dikalangan pelancong luar yang sukakan nightlife.

Sekarang baru aku tahu kenapa Patong Beach ni popular sangat.

Kalau lah aku ni terrorist...aku akan bom kat sini dulu.

Masalahnya aku bukan terrorist.

 kawasan ini kalau siang memang lengang, tapi kalau malam....huhuhu..havoc habis

Patong Beach terkenal dengan night club, pub, bar dan transgender. Disepanjang jalan, di lorong-lorong, mata aku tidak terlepas dari menonton bapuk-bapuk siam yang maha seksi. Mereka menari-nari di tiang dan menggoda pelanggan dengan aksi-aksi yang memualkan.

Dalam kebisingan yang memekakkan telinga itu, Aida berbisik pada aku..

"Kita datang nak cari ketenangan, Phuket bukan tempat yang tenang"

Yes, it's true.

Kalau nak tenang better pergi Krabi.

Phuket adalah tempat untuk berhibur dan berpoya-poya.

Aku anggap ini satu pengalaman dalam hidup. Suami aku berkata, cukup lah sekali kita datang sini, lepas ni tak nak datang dah. Kalau nak datang lagi pun, stay kat pantai lain pulak, hihi.

Malam itu aku dah lihat benda baru, yang selama ini aku hanya menonton di tv je. Malam itu aku dah lihat depan mata. Owh ya, aku tak nafikan maknyah siam memang lawa-lawa, kulit putih gebu mengalahkan perempuan tulen. Jangan tersalah mengorat maknyah sudeh.

Nak bergambar dengan maknyah? Boleh...bayarannya rm20 (200 baht) sekali petik kamera. Memang buat duit sungguh diaorang ni.


Di tepi-tepi jalan di sini, ada gerai menjual pancake banana. Aku dah ketagih dengan pancake ni.


Thai pancake banana adalah salah satu daripada streetfood yang popular di sana. Pastikan ianya halal baru beli, hihi.

Pancake ini, kulitnya macam roti canai kalau kat Malaysia, tapi diaorang panggil pancake. Yang menjadikannya sedap sebab ada pisang yang dipotong bulat nipis-nipis, disapu dengan nutella, lepas tu kulit luarnya disapu lagi dengan coklat dan susu pekat manis.

Memang mabelessss. Yummehh.

.
.
.
.
.

Esoknya pulak, sehari suntuk kami ke pulau. Oleh kerana hampa tak dapat pergi pulau semasa di Krabi, kami pergi pulau dari Phuket. Untuk yang nak buat aktiviti Island hoping ni kena spend masa 1 hari, dari pagi sampai petang. So, tak boleh buat aktiviti lain sebab badan dah penat.

Kami amek pakej island hoping Phi Phi Island ke 7 point, mula-mula aku ingatkan 7 pulau. Bukan 7 pulau tapi 7 point. Hahaha, salah pemahaman.

Bayarannya rm170 (1700 baht) seorang, sekali dengan makan tengahari dan air mineral. Naik bot bernombor 11 bersama leader kami iaitu Mary. Mary ni nyah, nyah yang bermulut becok, tak boring dengar dia berceloteh.

 menunggu untuk naik bot


Point pertama ialah Maya Bay. Maya Bay adalah lokasi pergambaran filem 'The Beach' lakonan Leonardo DiCaprio. Dengan adanya nama Leonardo, tempat ni jadi glemer.


Maya Bay memang cantik dengan pasir yang memutih dan air laut yang kehijauan. Kami diberi masa 40 minit untuk mandi manda di sini.


Kemudian, kami ke point kedua, Bamboo Island. Di sini kami dibenarkan turun ke dalam laut untuk membuat aktiviti snorkeling. Ya Allah, memang cantik dan sangat jernih air laut disini.

crystal clear water


Pada mulanya aku dah siap-siap pakai gogle dan lifejacket kekonon nak snorkeling lah. Bila terjun ke laut...aku naik balik. Air laut bergelora sebab banyak bot lalu lalang, aku jadi takut. Hahaha. Kelakar kan. Dah la aku terjun sorang-sorang, husband aku kena jaga di debab tu. Maka tak jadi aku nak bersnorkeling.

Naik atas bot, husband aku pulak terjun. Aku tukang amek gambar dia.


Point ketiga ialah Viking Cave. Viking Cave ini tempat orang ambik sarang burung layang-layang untuk dijadikan ubat-ubatan. Tempat ini private dan dijaga, tidak ada penempatan, yang ada hanya gua tempat burung layang-layang membuat sarang, dan berkali-kali Mary ingatkan bahawa kita tak boleh ambik sarang burung itu sesuka hati, kalau tak kena denda.

Kami tidak lama di sini, sekejap je.


Point keempat, aku lupa nama tempat ni, Monkey Island kalau tak silap sebab pulau ni banyak monyet.

jangan buang sampah dimerata-rata
jangan main campak je plastik minuman ke dalam laut


Point kelima, Phi Phi Don Chukit Resort untuk makan tengahari. Budak-kecik-badan-besor amek kesempatan untuk minum susu.
 lunch, ada nasi putih dan lauk pauk, spegeti yang tak berapa sedap tapi boleh lah,
aku prefer nasi

kita bole sewa resort di sini kalau nak..
patut lah aku nampak ada orang bawak beg besor gedabak...rupanya diaorang nak stay kat sini..

Point keenam, Koh Khai Island. Kami diberi masa yang agak lama untuk mandi manda dan beristirehat di pulau ini, lebih kurang 1 jam setengah gitu.


Di Koh Khai Island ini ada disediakan tempat berehat. Kalau nak duduk atas kerusi beratapkan payung ini kena bayar rm15. Duduk lah lama mana pun.

 kenalkan...ini lah Mary, leader bot kami.
masa ni dia hantar buah untuk kami makan..
pakej ini siap sekali dengan lunch, mineral water dan buah-buahan

macam orang dah besor je gayanya

 budak ni lah paling seronok main air

 ...sampai tak nak balik!
aku ajak balik, dia mengamuk.

next time...kita datang lagi ok
doakan mama dan papamu kaya, boleh jejalan lagi ke sini
hehehe..


Point ke tujuh?

Yang ni aku confuse sikit. Lepas Mary panggil naik atas bot, kami bergerak untuk balik dan aku tak perasan langsung kat mana point ketujuh ni. Hahaha. Aku rasa, point ketujuh itu ialah kembali semula ke tempat asal menunggu bot pagi tadi, hehehe. Bijak diaorang ni berniaga.

Maka tamat lah aktiviti island hoping.

Best, tapi tak puas. Penat tapi seronok dan kulit pun terbakorrr.


Balik dari island hoping, terjun kolam pulak. Bermandi manda lah sambil melihat alam sekeliling dari rooftop. 

Best!

sunset from rooftop of the hotel


.
.
.
.

Esoknya, pagi-pagi bangun, jalan-jalan sekitar bandar Patong yang malam semalamnya havoc, disiang hari sunyi aje.

 pantai yang mengadap laut Andaman

 ada service open massage di tepi pantai

 tengok lah laut puas-puas sebelum kita berangkat ke Hatyai
kat Hatyai kita dah tak tengok laut Andaman, kita tengok laut China Selatan pulak






 disiang hari keadaan kat sini tak lawa mana..


.
.
.
.

Dalam perjalanan ke Hatyai, singgah di Phang Nga.

Kami ke Dairy Hut Farm, nak tengok Llama. Tau tak ada binatang namanya Llama?

 Dairy Hut Farm
Tiket masuk rm8

Ini lah Llama. Binatang ini nak kata unta bukan, nak kata kambing pun bukan. Rupanya ada macam unta tapi tak ada bonggol. Llama berbulu tebal macam kambing biri-biri. Jinak dan manja si Llama ni.

 Llama berasal dari Amerika Selatan, biasanya dijadikan alat pengangkutan dan makanan.

 kita boleh beli makanan untuk bagi Llama makan
tengok lah kemain suka lagi Zhareef dapat bagi Llama makan
excited dia..

 lembu pun ada

 kuda

 kambing biri-biri
excited Zhareef dapat bagi kambing makan rumput
semua kambing datang berkerumun dekat dia


 pastu layan dia main keretapi sekejap

dan akhir sekali sebelum bergerak ke Hatyai..
bergambar lah dengan patung Llama

 coppp....
tak habis lagi..
dengan tractor pun nak amek gambar..
kihkihkih
 atas jambatan pun..
kat Malaysia tak ada jambatan ke..
ngeh3

Ok jugak tempat ni, sesuai untuk orang yang ada anak, have fun dengan animal. Bukan tengok binatang dari jauh macam kat zoo tu, tapi boleh pegang, belai-belai dan bagi makan. Cuma binatang kat sini tak sebanyak macam kat zoo, tapi boleh la, sesuai dengan harga tiketnya. Budak-budak suka, mak budak macam aku pun suka.

.
.
.
.

Dah tengok nightlife, dah mandi laut kat pulau sampai terbakor kulit, dah mandi kolam yang syok kat atas bumbung, dah main-main dengan binatang...mari kita ke destinasi berikutnya...
.
.
.
.
.

Hatyai.