Pakar Pertuturan (Speech Therapist) yang aku jumpa di Hospital Putrajaya ada mengajar cara-cara berkomunikasi dengan kanak-kanak, dengan bahasa mudahnya...cara kita buat ayat yang betul dengan kanak-kanak.
Caranya:
Gabungkan kata nama dengan kata sifat atau...
Gabungkan kata nama dengan kata kerja.
Contoh 1:
Ini bola (sambil tangan terus tunjuk pada bola), bola ini bulat.
Bola adalah kata nama, dan bulat adalah kata sifat.
Maknanya, bola itu sifatnya bulat, bukan empat segi atau tiga segi. Dengan menggabungkan kata nama dan kata kerja akan lebih memudahkan kanak-kanak faham bahawa sesuatu yang dia sedang tengok itu adalah BOLA, dan BOLA itu bentuk atau sifatnya BULAT.
Wahhhh...dah macam cikgu bahasa melayu dah aku...hahahaaa..
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Contoh 2:
Itu burung, burung itu sedang terbang.
Burung adalah kata nama, dan terbang itu adalah kata sifat.
Maknanya, burung itu sifat dan lumrahnya ialah terbang, bukan berjalan atau berenang.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Contoh 3:
Itu ikan. Ikan itu berenang.
Ikan itu adalah kata nama, dan berenang itu adalah kata sifat. Sifat ikan kan merenang dalam air.
Tapi, jangan pulak tunjuk pada anak ikan dipasar dan berkata....ikan itu berenang. Ikan yg ada dipasar adalah ikan yang dah mati, jadi jangan ajar anak macam tu ok, nanti anak confuse. Haha.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk mengajar anak yang ada masalah lambat bercakap memang memerlukan kesabaran yang tinggi, dan penggunaan ayat memang skema tahap nak arwah, hehehe. Memang ayat skema macam dalam buku.
Ibubapa boleh mengajar dalam bahasa Melayu atau Inggeris atau dalam bahasa ibunda masing-masing, tapi sebaik-baiknya jangan campur-adukkan bahasa, jangan rojakkan bahasa.
Contoh:
1. Zhareef, mari masuk bilik, kita sleep.
2. Zhareef, ini ayam. Tapi esok ajar sebut chicken pulak. Dah berbeza bahasa tu.
Mencampurkan bahasa boleh membuatkan kanak-kanak yang ada masalah sebegini semakin keliru. Jadi sebaiknya, ajar dulu dalam satu bahasa, kalau nak ajar anak bahasa Melayu, ajar je bahasa Melayu, kalau nak ajar anak English, ajar je dalam English. Bila anak tu dah betul-betul faham bahasa tersebut, baru kita ajar dia bahasa kedua.
Ini lah yang speech therapist pesan pada aku masa jumpa dia haritu. Satu lagi, jangan bercakap pelat dengan anak, cakap je macam biasa, budak kecik memang akan sebut pelat, tapi kalau kita pun sama bercakap pelat, semakin pelat la budak tu kan.
Ini saja lah serba sedikit yang dapat aku kongsi, aku rasa parents yang ada anak lambat bercakap mesti dah tahu kan, yang mana belum tahu...kita kongsi sama-sama. Moga-moga bermanfaat.
4 comments:
Alamak... baru tau..
Ank sy yg no 2 dulu lmbat ckp.
Skrg dh 4 tahun. Ckp mcm mesin popcorn xreti nk berhenti. Tp pelat lg :p
cinta: biar dia jadi mesin popcorn dripada dia snyap (pasif) lagi merisaukan. pelat tu normal...seronok dgr budak ckp pelat tp kita jgn ckp pelat dgn dia.
thank you Julie!
macam abang Irfan dulu...
cakap bahasa buku....bila baru pandai cakap... masa umur 4 tahun..
lega hati umi bila dah beso panjang... cakap pon dah pandai melawan... sob..sob..sob...
kak Yah pulak...
pelat H
hiyah hakap humi hanak hengor.... !!...
tapi tak ikut la pelat dia.... kita tetap cakap bahasa yg elok...
kadang2 je bila time nak mengusik tu.... time tu la tengok dia meraung... orang ejek dia...
sbb dia rasa dia cakap betul dah,... kita duk p main2kan dia....
ape2 pon...
gud job mama ... dongibab...!!!
kipidap anak umi.. Zhareef Haiqal ... !!!
pastt... nak hadiah....
mama ... meh la detim dgn umi...
Post a Comment