Pejam celik, tidur, bangun, makan, minum, mandi....ulang-ulang benda yang sama...
dah pun berlalu 3 tahun...
3 tahun dah usia budak debab ni. Bermakna dah 3 tahun juga aku jadi ibu.
3 tahun yang benar-benar telah mengubah hidup aku 360 darjah.
3 tahun yang benar-benar telah mengisi hidup kami dengan gelak ketawa, geram, penat, tak cukup tidur....semua itu nikmat dan kebahagiaan yang tak dapat dibeli dengan 2.6 billion. Oppss.
Terima kasih Zhareef kerana hadir dalam hidup mama dan papa...
dan kini...mama dan papa kembali stress dengan pertanyaan...
"Bila nak tambah anak lagi"?
Takpe, kami tabah. Kami cuba untuk jadi kental.
Hiks!
3 tahun aku melihat transformasi dia dari lahir yang beratnya hanya 3.08kg, kemudian dia membesar bagai johan dengan sedebab-debab dan sebulat-bulatnya sehingga nurse dan doktor risau ditakuti dia obesiti.
Dan kini....
Setelah 3 tahun berlalu...
Zhareef dah slim laaaaaaa.....
Cer tengok nih...
weeehuuuuu...
chaye tak obes dah...chaye dah gagah perkasa
Selamat Hari Lahir Ahmad Zhareef Haiqal, 3 tahun dah kita hidup bersama, ketawa bersama, makan bersama, tidur pun nak menyentil kat mama, dah besar ni pun masih lagi manja nak mintak dukung!
Zhareef dah 17.3kg ok....patah pinggang mama nak dukung awak.
Semoga anak mama menjadi anak yang baik, taat perintah Allah, dilimpahkan rezeki, baik budi pekerti dan bila dah besar nanti, jangan lupakan mama dan papa.
We love you soooo much.
7 comments:
selamat hari lahir zhareef haiqal...semoga membesar jadi anak yang soleh.
3thn 17kg?!! Benar2 membesar bagai johan.
Moga jadi anak soleh.
Btw, boleh lah fikir2 nak bagi zhareef adik.
Hikhik.
3thn 17kg?!! Benar2 membesar bagai johan.
Moga jadi anak soleh.
Btw, boleh lah fikir2 nak bagi zhareef adik.
Hikhik.
selamat hari raya... eyh salah...
selamat hari lahir Zhareef...
moga menjadi khalifah yang berjaya yaa ....
moga Zhareef sentiasa dalam lindungan dan keberkatan Allah SWT...
ameen...
SalbiahM: thanks, aamin...
Cinta@siti: ada org tanya umur dia 5 tahun ke? tak la...baru nak msuk 3 thn...hiks.
CPL: macehhh...hadiah xde keeee
ingat baru smlm wak amek gmbr zhareef kecik chenonet lgik., ;p
en.lalat: kan...kejap je dah membesar budak tu..
Post a Comment