15 Oktober 2015.
Temujanji ke-2 untuk berjumpa Speech Therapy, pukul 11.30 pagi.
di sini lah temujanji aku dan Zhareef
Sesi ke-2 berjumpa speech therapist ini adalah untuk melihat perkembangan komunikasi Zhareef selepas perjumpaan pertama 4 bulan yang lalu. Tapi kali ni, Zhareef bad mood. Apa yang doktor tanya dia tak nak bagi response, dia pandang ke arah lain, tak nak bercakap langsung dengan doktor.
"Dia kenapa? memang dari tadi mood tak baik ke?" doktor tanya aku.
"Tak lah, tadi kat luar elok je dia" aku jawab.
Aku pun pelik kenapa Zhareef tiba-tiba hilang mood. Aku pandang jam, dah pukul 12.30 tengahari. Ok, baru aku faham. Waktu macam ni dia mengantuk, memang jangan harap lah dia nak layan orang.
Tapi doktor tu terus juga bertanya dan bercakap-cakap dengan Zhareef, umpan dengan mainan. Ada la response sikit, tapi kurang memberangsangkan. Agak susah lah doktor nak tahu tahap communication skills dia.
"Awak ada video dia bercakap tak?" soal doktor.
Aku belek-belek telefon, memang berlambak video dia, tapi apa yang dia cakap tu dalam bahasa dia.
"Video dia mengira 123 ada lah.." aku jawab.
"Ok, kat rumah dia macam mana sekarang?" soal doktor.
Orait, aku pun explain pada doktor satu persatu.
Begini..
1. Selepas jumpa doktor 4 bulan lepas, selepas dah buang tahi telinga, ada sedikit improvement pada Zhareef, walaupun tak banyak tapi tetap ada. Banyak juga perkataan yang dia boleh sebut berbanding sebelum ini. Aku sebut lah satu-satu perkataan depan doktor dari kategori binatang, benda, makanan dan sebagainya.
2. Zhareef adalah seorang yang aktif di taska, sampai teacher dia pun puji Zhareef pandai, tahun depan dah boleh masuk playschool, tak perlu duduk dalam kelas toddler lagi. Masa dalam kereta, ada lagu 'Kun Anta', lagu arab yang glemer tu. Bila dengar je lagu tu, terus Zhareef menari sama sebijik macam teacher-teacher dia menari masa hari sukan. Bila aku suruh dia ulang balik tarian tu, dia malu, terus sengih-sengih je.
3. Lepas makan sesuatu atau minum air kotak, Zhareef tahu buang sendiri dalam tong sampah. Dia dah tau dimana letaknya tong sampah, dan dia tahu apa fungsi tong sampah tu.
4. Zhareef dah pandai mintak nasi kalau lapar, bagitau mama dia berak, mengadu kat papa kalau dia tak puas hati dgn mama...adoi, bab ni memang tak boleh blah, pantang silap sikit dia pi mengadu kat papa dia. Cehhhh.
5. Zhareef suka lakonkan semula apa yang dia tengok dalam video terutama video masa dia kecik (baby). Memang mengekek-ngekek lah aku gelak tengok dia berlakon.
Itu lah serba sedikit explanation aku pada doktor.
Lalu, doktor pun berkata..
Melalui penerangan aku tadi, masih belum banyak perkataan yang Zhareef boleh sebut. Apa yang Zhareef lakukan ialah 'Imitation'. Imitation ialah a thing intended to simulate or copy something else. Maksudnya, Zhareef hanya meniru apa yang dia lihat dan apa yang dia dengar. Ada masa-masanya dia tak faham pun apa dia cakap, sebab dia hanya meniru apa yang orang ajar tanpa memahami percakapan itu. Sama lah macam menari lagu Kun Anta, dia meniru apa yang teacher dia buat.
Satu lagi, kenapa Zhareef malu nak menari depan aku dan papa dia?
Kerana, perbuatan menari itu dia hanya lihat dan lakukan di taska bersama-sama teacher dan kawan-kawannya. Bila balik rumah, tidak ada seorang pun diantara kami yang menari. Jadi, dia rasa kekok nak menari depan mama dan papa dia sebab dia tak pernah nampak pun mama dan papa dia menari.
(Kali ni aku menahan gelak sambil membayangkan aku dan husband aku menari lagu 'Kun Anta')
Jadi, apa yang perlu aku buat ialah..
Buat apa yang macam teacher dia buat di taska. Kalau perlu menari, menari lah. Ada masanya kita perlu bermain dengan anak sambil membuat memek muka yang kelakar atau memek muka yang buruk, senang cerita...we have to go back to childhood, kembali semula ke 30 tahun yang lepas.
Kita kena jadi budak-budak semula!
Wallaaaa.....kata rindu zaman kanak-kanak kan....haaa, ni dah ada chance nak jadi budak-budak. Hahahaaa...
Apa yang doktor cakap tu betul. Sama macam apa yang pernah aku baca. Untuk mendidik anak-anak yang usianya bawah 6 tahun, kita kena jadi budak-budak. Baru mereka tertarik dan sel-sel otak akan bersambung kerana dunia kanak-kanak di bawah 6 tahun adalah dunia bermain. Bangun pagi, petang, subuh, malam...yang mereka tahu hanya bermain!
dan sekarang, kita dah faham kenapa kita perlu mendidik anak mengikut sunnah Nabi..
now i understand. Apa yang Nabi buat tu dah betul dah.
So, faham kan?
Jadi budak-budak, menari, menyanyi, jadi kuda, jadi harimau...jadi lah apa saja mengikut kehendak anak. Dengan cara itu, anak-anak tidak berasa janggal nak menari atau menyanyi di rumah.
Nampaknya mama kena berlatih vokal nak menyanyi nih, skill menari pun dah lama ke laut, hahaha.
Ok, ok, aku masih lagi membayangkan aku dan husband menari lagu 'Kun Anta'. Muahahahaaa...
Memberi arahan dengan pertanyaan
Faham tak apa itu memberi arahan dengan pertanyaan? Doktor advise begini..
Contoh 1:
Zhareef, buang sampah. Nak buang sampah itu di mana? dalam tong sampah atau dalam singki?
Arahan membuang sampah itu disertakan dengan pertanyaan supaya anak-anak berfikir di mana harus mereka membuang sampah. Ini untuk menguji keupayaan mereka berfikir. Kalau mereka tak dapat jawab, bagi 'hint'. Kalau tak dapat jawab juga, tunjukkan mereka bahawa sampah harus dibuang didalam tong sampah, bukan didalam singki.
Faham?
Dah macam cikgu mengajar Bahasa Melayu dah aku ni....kihkihkih.
Contoh 2:
Zhareef, mari kita tidur. Kita nak tidur di mana? atas katil ke? atas meja?
Soalan tu kedengaran macam lawak, tapi soalan itu untuk menguji mereka berfikir. Di sini, kita bukan nak mendera anak-anak dengan memaksa mereka berfikir, tetapi kita melatih mereka untuk berfikir, nak dengar jawapan dia sama ada betul atau salah. Kalau salah, kita betulkan. This is one of the learning process. Didikan itu bermula dari rumah, kita ajar perkara-perkara yang basic pun dah cukup.
Kita terangkan pada mereka bahawa untuk tidur, kita kena tidur atas katil, bukan atas meja. Biar mereka faham apa fungsi katil, apa fungsi meja.
Haaa...gitu lah pembelajaran kita hari ini.
Ini saja lah serba sedikit yang dapat aku kongsikan, banyak ilmu yang aku dapat melalui proses perjumpaan ini. Ramai yang kata, jangan risau anak lambat bercakap, lama-lama bercakap lah dia. Aku faham tu. Tapi ada hikmah besar yang aku dapat melalui pelbagai temujanji ini.
Hikmahnya, melalui perjumpaan ini lah aku baru tahu dalam gegendang telinga Zhareef ada air. Kenapa ada air? Kerana dia kerap kena selesema. Kalau tak kerana jumpa ENT haritu, aku tak tahu pun masalah ini. Jadi, kepada ibubapa yang ada anak kerap kena selesema, check lah. Kadang-kadang kita rasa masalah ini macam remeh, tapi boleh jadi besar kalau dibiarkan. Air di telinga itu kalau dibiarkan takut ada infection. Infection tu lah yang merbahaya.
Sekarang Zhareef masih lagi makan ubat yang doktor bagi. Next appointment berjumpa ENT dan Audiology ialah bulan Desember nanti untuk check semula air itu ada lagi ke atau dah kering. Kalau kering, alhamdulillah. Kalau masih ada, kena buat operation.
Phewww.
Bersabar aje lah.
Ini saja perkongsian temujanji kali ini. Upcoming episode will be continue in december.
Ini buku yang aku baca sambil-sambil menunggu doktor..
aku pernah juga merasai 'baby blues' ni...
perasaan seperti...tak sangka dah ada anak, berjaga malam, tak tidur, penat yang amat, mengantuk, stress takde susu, stress baby asik menangis..
semua aku dah rasa..
Ini topik yang paling sensitif dalam dunia keibubapaan..
ramai dah aku tengok makbapak yang berperang sesama mereka termasuk doktor pasal isu vaksin..
yang mana satu betul aku tak tahu lah..
mungkin doktor tahu... kan..
Penjagaan gigi kanak-kanak
Menyentuh pasal penjagaan gigi, last month aku bawa Zhareef berjumpa dental buat pertama kalinya. Hasil pemeriksaan gigi, alhamdulillah gigi Zhareef takde masalah, bersih cuma alignment lari sikit sebab masa kecik dia pernah jatuh dan gigi depan jadi sompek sikit.
Selama ini memang aku yang dipertanggungjawabkan untuk menggosok gigi Zhareef setiap hari. Ya, aku yang gosokkan gigi dia walaupun aku dah ajar dia cara gosok gigi. Aku pernah biarkan dia gosok gigi sendiri, tapi nampaknya biar lah aku yang gosokkan, lagi puas hati.
Dan tindakan aku itu tidak sia-sia bila doktor kata tindakan aku itu betul.
Kata doktor..
"Kebanyakan ibubapa suka membiarkan anak mereka menggosok gigi sendiri. Bukan tak boleh, tapi bila kanak-kanak menggosok gigi sendiri, hasilnya memang tak bersih. Dengan sisa makanan yang melekat dicelah gigi dan juga sisa air susu, benda-benda itu lah yang menyebabkan terjadinya pluque gigi. Sebaiknya, ibu atau bapa yang gosokkan gigi anak sehingga usianya 6 tahun"
Bukan tak boleh bagi anak berdikari dengan menggosok gigi sendiri, tapi kena pantau lah sebab aku yakin diaorang gosok gigi memang tak bersih. Sebab itu gigi cepat rosak. Ataupun, kita gosok gigi bersama-sama dengan anak, tunjuk pada dia cara yang betul, anak-anak kan suka tiru apa yang makbapak buat, biar dia tiru sesuatu yang bermanfaat.
Ok, panjang karangan aku kali ni. Semoga perkongsian ini memberi manfaat.
3 comments:
Psl air dlm telinga tu menakutkan. Sbb ank sulung sy selalu selsema sbb ada sinus. Itu hari kitorg syak dia ada masalah telinga. Dh bwk jmpa doc n doc bg ubat titik n kena selalu bersihkn telinga.
Karangan panjang yg berinformasi. Thumbs up.
Ok nk imagine k.julie menari2 lagu kun anta. Keh3..
semoga zhareef mmbesar sebagai johan ., ;p
en. lalat: aamiin....aamiin
Post a Comment