Banyak pertikaian berlaku dikalangan wanita-wanita diluar sana (yang aku baca lah) mengenai penglibatan doktor lelaki dalam bidang O&G. Ada yang boleh menerima, ada yang memang langsung tak boleh terima. Aku sesekali tidak menafikan betapa pentingnya menjaga aurat, terutamanya ketika nak bersalin. Wanita mana rela tempat yang sepatutnya hanya suami berhak melihat tetapi lelaki lain pula terpaksa tengok.
Aku bukan pakar dalam soal jawab agama, tapi aku ada membaca beberapa artikel yang 'mengharuskan' wanita dirawat oleh doktor lelaki, cari dan baca lah. Seboleh-bolehnya, semua wanita mahukan doktor perempuan yang merawat mereka ketika melahirkan anak. Dalam Islam pun, kita diwajibkan memilih doktor perempuan (Islam), jika tiada, doktor perempuan (bukan Islam), kemudian jika tiada juga, baru lah dengan doktor lelaki. Betulkan apa yang aku tulis ini jika aku salah.
Pengalaman aku bersalin 3 tahun lepas, aku ditemani oleh 2 orang doktor, sorang doktor lelaki dan sorang doktor perempuan. Memang itu prosedur wajib yang mereka mesti patuhi ketika mengendalikan wanita bersalin. Kalau doktor lelaki yang ditugaskan, mesti ada doktor perempuan sekali. Di hospital Putrajaya, suami dibenarkan masuk ke dalam labour room, jadi waktu itu husband aku memang ada sekali dengan aku, dia tengok semua apa yang doktor buat.
Malu?
Sudah semestinya malu. Itu belum lagi labour room dipenuhi dengan doktor-doktor pelatih. Dah macam tayangan tiger show aku rasa. Malu jangan cakap lah. Tapi itu lah prosedur doktor-doktor pelatih yang mereka kena buat. Mereka bukan saja-saja masuk nak tengok kau punya, mereka bukan gatal-gatal nak tengok kau kangkang. Mereka nak jadi doktor, kena lah belajar. Cuma, perasaan malu itu memang ada, tapi bila difikirkan balik, aku ni tengah sakit, anytime boleh terberanak, dalam keadaan sakit macam tu, perasaan malu itu hilang sikit demi sikit.
Apa bezanya dirawat dengan doktor lelaki dan doktor perempuan?
Ok, ini based on my own experience lah. Lain orang, lain pengalaman bersalinnya.
Doktor lelaki yang merawat aku begitu lembut, setiap apa yang dia nak buat, dia akan bagitau aku dulu. Aku tak rasa sakit pun masa dia check, aku boleh rilek lagi. Tapi...bila datang je doktor perempuan, bermula lah mimpi ngeri dalam hidup aku. Doktor perempuan tu ganas, kasar dan garang. Dia check bukaan aku dengan penuh emosi sampai aku hampir menjerit kuat dalam labour room. Adakah dia sedang mengalami period pain? atau baru bergaduh dengan suami dia dalam telefon? atau dia sebenarnya dah terlalu penat sebab tak cukup rehat lalu melepaskan kesemua kepenatan itu kepada patient?
Husband aku yang tengok apa yang dia buat pun jadi geram, tapi masih bersabar sebab dia doktor, takkan lah husband aku nak cakap lebih-lebih.
Perempuan, adalah makhluk yang Allah ciptakan penuh dengan emosi. Aku kan perempuan, aku faham sangat perempuan ni macam mana. Doktor perempuan yang sudah bekerja terlalu lama, mereka akan penat, stress, mengantuk dan akan mempunyai perasaan marah pada pesakit. Lelaki, lebih cool sikit. Siapa-siapa yang mempunyai pengalaman sama macam aku, mesti faham kenapa aku fobia dengan doktor perempuan, hehhehheh.
Tapi itu tidak bermakna aku menolak untuk dirawat dengan doktor perempuan. Tak semua doktor perempuan tu ganas dan kasar. Ramai je doktor perempuan yang baik dan lemah lembut dengan pesakit (ini merujuk doktor O&G).
Jadi, kepada perempuan-perempuan yg sedang belajar medic dan bercita-cita nak jadi doktor, pakar sakit puan, belajar juga untuk mengawal emosi. Kami tahu dan faham kerjaya anda memang memenatkan. Jangan garang sangat pada pesakit, kecuali kepada pesakit yg degil dan tak mahu mendengar nasihat doktor.
Baca juga di The Vocket tentang sebab kenapa perlunya kehadiran doktor lelaki di bilik bersalin.
Bagi mereka yang berkemampuan untuk bersalin di hospital swasta, mereka boleh memilih doktor perempuan, ada setengah hospital mempunyai seorang doktor perempuan 'feveret' ramai patient. Tapi itu bagi yang berkemampuan lah, bagi yang marhein macam aku ni, pilih aje hospital kerajaan. Cuma, luck aku kurang baik masa tu sebab dapat doktor perempuan period pain, hihi. Yang lain-lain, hospital Putrajaya takde masalah dan menjadi pilihan ramai wanita untuk bersalin di sana sampaikan wad full, dan yang aku bengang, ada yang datang jauh dari Seremban semata-mata nak bersalin di hospital Putrajaya. Seorang nurse kata, diaorang nak dalam mykad anak diaorang tercatat no.ic kod Putrajaya. Hahaa...macam-macam!
6 comments:
Setuju dgn k.julie.
tp sy mmg book dr pmpn. Hee.
ank no 1 smpai 3 dr yg sama.
1st check smpai salin dia lah.
Buat kerja lemah lembut n kemas.
lps salin nurse kerajaan dtg check kat umah dia tgk jahitan dr tu dia puji kerja tgn dr tu.
Alhamdulillah dr ni xpnah emo n senyum x pnah lekang.
Tiap kali masuk bilik dr time check up mmg xsmpat bg salam sbb dia yg bg dulu.
wpun pnat tgh2 mlm on call ada delivery tp pg jumpa patient dia check betul2 n tanyalah dia apa2 pn dia akn bg jawapn yg memuaskn.
Soft spoken n lmbut dgn knk2.
Lgpn suami dia sgt supportive. Ada on call tgh mlm suami dia yg hntar dia ke hospital.
Tp patient dia sgt ramai. Buat appoinmnt dgn dia mmg kena nunggu 3 jam. Biasa tu.
yg best lg dr ni klau tanya soalan2 dia boleh sertakn nas n dalil skali.
Tp tu lah, dh nama spital swasta kn.
Tau je pregnant kena terus buat tabung tiap2 bln. Eheh.
Tp sbnrnya spital tu antara yg berpatutan harga dia.
Kat Smbn la tapinya :p
oooo.. ok...
xde makna nye nak ber iponSix
dah.. smlam g betul kan...
heheheh... nak pegi merajok ...
rugi ..
anak saya semua tak ada Ic johor!!
Tumpang tny,hospital mane tu dear? Dokter nama ape?
Kan, doktor lain-lain.
Yang penting ibu anak selamat.
Post a Comment