Friday, March 11, 2016

Vietnam : Day 1 : Ho Chi Minh City

Hari pertama

Flight pukul 9.10 pagi. Kami keluar rumah dalam pukul 6.30 pagi untuk naik ERL ke KLIA2. Dah check-in awal-awal thru website, senang kerja. Trip ini selama 6 hari 5 malam, dan aku rasa inilah trip paling santai yang pernah aku buat.

Sebelum pergi, aku banyak membaca tips untuk ke sana, hotel apa, tempat menarik untuk dilawati dan tips ketika shopping. Aku siap buat itinerary sebagai panduan, tapi hampeh aku tak follow pun itinerary tu. Just for reference only.

Aku juga ada jumpa peta yang dibuat oleh seorang blogger yang dah banyak kali kesana, boleh la membantu juga.


Ini beg untuk kami 3 beranak. Beg besar hitam tu beg untuk pakaian sahaja. Yang paling banyak ialah barang-barang Zhareef. Beg merah tu untuk makanan sahaja. Macam banyak je bawa makanan kan, sebenarnya tak penuh pun barang dalam beg merah tu. Saja standby untuk letak barang shopping bila balik nanti, so tak payah susah-susah nak beli beg. Beg biru tu pulak ada semua dokumen-dokumen penting - passport, purse dan printed boarding pass, tak lupa juga ada pampers, baju spare dan tuala kecik untuk Zhareef. Penting juga tu.

Aku baca orang lain punya pengalaman yang pernah ke sana, mereka tak galakkan bawa stroller, lagi-lagi nak masuk Ben Thanh Market. Tapi husband aku suruh bawa juga. Ternyata tak sia-sia aku bawa stroller ni. Aku rasa stroller ini banyak membantu aku handle Zhareef yang sangat hyper active. Bila letak dia dalam stroller, baru dia duduk diam. Actually, saiz dia dengan stroller tu macam tak padan sebab dia dah besar, tapi lantak la...janji dia boleh duduk diam.

Aku tengok ramai je yang angkut stroller ke mana-mana sepanjang aku kat sana. Jadinya, lain orang lain pengalaman. Ada yang rasa stroller menyukarkan pergerakan, tapi bagi aku tak.

 Dalam ERL to KLIA2

Segala proses check-in luggage berjalan lancar, alhamdulillah. Ini pertama kali aku naik dari KLIA2, so aku tak familiar dengan keadaan airport ni. Tak susah mana pun, cuma kena jalan jauh sikit.

Flight menepati waktu. Dalam flight, aku memang kelaparan sebab tak makan apa pun, cuma sempat beli muffin kat airport, tu pun share dengan Zhareef. Aku order Shepherd Pie Daging dengan air teh tarik. Alhamdulillah kenyang.

Ini husband aku punya, Nasi Lemak Pak Nasser.


Flight mendarat sangat smooth di Tan Son Nhat International Airport pukul 10.00 pagi (waktu Vietnam). Di Vietnam, waktunya lewat 1 jam dari Malaysia. Cuaca di Ho Chi Minh panas terik. Untuk nak ke hotel, dari review yang aku baca, ramai suggest ambil teksi Vinasun. Tapi, masa aku sampai, aku ambil teksi airport, pakej sekali dengan simcard, total duit RM lebih kurang RM70. Simcard tu RM30 siap internet, maknanya bayaran untuk teksi ialah RM40. Kalau naik Vinasun pun harga tambang lebih kurang macam tu jugak.

Aku proceed je lah, sebab malas nak pikir. Haha.

Welcome to the motobike city. Orang yang dah pernah ke HCMC mesti dah faham sangat keadaan kat sana. Aku yang pertama kali jejak ni agak terperanjat jugak lah dengan cara diaorang memandu, tak kira pandu kereta atau bawak motor. Sesak gila. Nak melintas kena hati kering, kalau tak, sampai esok pagi lah tak dapat melintas jalan.

 HCMC in the morning

 snap dari dalam teksi

 snap dari dalam teksi

  snap dari dalam teksi


Alhamdulillah, sampai juga ke hotel yang popular bagi rakyat Malaysia, hotel ni ramai yang suggest selain dari hotel-hotel lain. Saigon Pink 2 Hotel, salah satu hotel bajet yang terletak di District 1 atau lebih dikenali dengan nama Malaysia's Street. Bersepah orang Malaysia kat sini, sampai kau tak rasa pun yang kau sekarang berada di Vietnam.

 Bangunan hotel yang kurus tapi tinggi

Ini kedai yang sering disebut-sebut oleh orang Malaysia, kedai makan Hajah Basiroh, dulu kecik je, sekarang dah besar, siap ada aircond, dan dengar kata makanan pun dah mahal. Aku tak makan pun kat Hajah Basiroh, hehe.

Oleh kerana kami sampai di hotel awal, lebih kurang pukul 11.30 pagi gitu, kami tak boleh check-in lagi. So, apa lagi..pergi makan lah dulu.

Kami makan di restoran Haji Amin, selang 2-3 buah dari restoran Hajah Basiroh. First time try makan Pho (sebut: Pa atau Per). Ternyata tidak mengecewakan. Memang benarlah seperti apa yang orang cerita, Pho adalah makanan tradisi rakyat Vietnam yang popular disana, dan rasanya memang sedap. Pho sebenarnya sejenis Kuey Teow Sup.

Ada 2 jenis Pho, Pho Daging dan Pho Ayam. Aku suka Pho Daging. Dihidangkan dengan ulam-ulaman, dan boleh juga nak perah air limau nipis kalau nak rasa masam-masam sikit. Sedap ok.

Kalau datang HCMC, jangan risau bab makanan halal sebab sekarang dah banyak restoran halal dibuka, cuma harganya agak mahal. Sediakan duit je.

Pertama kali juga aku minum Kopi Ais yang sering jadi buah mulut orang. Ternyata memang sedap sangat. Kopi Vietnam sangat kawww. Hari-hari aku duk bedal kopi ni je.

Aku book standard room je. Biliknya tak ada tingkap, so tak nampak lah pemandangan luar. Bilik sempit sikit tapi ok je sebab nak tidur je kan. Aku book untuk 5 malam thru Agoda.

 Yang penting, toiletnya clean

Sebelah menyebelah hotel Saigon Pink 2, ada hotel Thant Thu dan Alagon. Disepanjang jalan disini banyak hotel-hotel bajet. Disini memang menjadi tumpuan orang Malaysia sebab senang nak shopping di Ben Thanh Market, 2-3 minit jalan kaki dah sampai. Restoran halal pun banyak.

Untuk hari pertama kami disini, tak ada sebarang aktiviti apa lagi. Kami rehatkan badan dulu, tidur, mandi dan buat lah perkara-perkara wajib, petang dalam pukul 5 baru keluar tengok dunia.

Sebab tu aku katakan tadi, ini trip paling santai yang pernah aku buat. Tak perlu nak kelam kabut. Rasa mengantuk, tidur dulu. Rasa lapar, pergi cari makan dulu. Tak perlu terkejar-kejar. Lagi-lagi berjalan bawa anak kecik yang sangat aktif, kena rancang segala aktiviti betul-betul.

Senangnya nak ke Ben Thanh Market. Keluar pintu hotel, belok kiri, jalan kaki 2-3 minit dah sampai. Tapi bab nak melintas jalan kena hati-hati sikit, almaklum lah banyak gila motor atas jalanraya. Pengangkutan utama rakyat Vietnam di HCMC ialah motosikal.

Tips nak melintas jalan: Lintas je jangan takut-takut, tapi kena la juga tengok kiri kanan, lintas dengan konfiden, nanti diaorang yang akan elak kita. Jangan pelik kalau mereka suka tekan-tekan hon, memang itu budaya mereka bawa kenderaan. Mereka tekan hon sebab nak beritahu kewujudan mereka disitu, kita kena alert.

Macam ni rupanya keadaan dalam Ben Thanh Market. Agak panas dan sesak macam di pasar Payang, Terengganu gitu lah. Masa aku sampai, diaorang dah ramai yang nak tutup kedai sebab nak get ready untuk berniaga di pasar malam pulak.

Pasar malam dibuka berdepan dan disekeliling Ben Thanh ni, dan orang-orang yang berniaga di pasar malam kebanyakannya adalah orang yang sama berniaga di Ben Thanh. Harga pun lebih kurang sama dan selalunya boleh dapat lagi murah.

Oleh kerana mereka dah nak tutup, aku masuk ikut pintu depan, jalan straight keluar ikut pintu belakang..hehe. Rupanya Ben Thanh ni banyak pintu. Pening juga aku yang first time sampai ni kan.

 Ini pemandangan di luar pintu belakang sana.

 Cho Ben Thanh

Lepas tu kami merayap di deretan kedai-kedai disitu. Ada satu lorong tu penuh dengan kedai kasut dan sandle. Tapi bagi aku, harga kasut disana mahal dan macam tak berbaloi nak beli. Kalau harga kasut yang memang sah-sah tak ori pun RM150, baik aku tambah sikit beli kasut original kat Malaysia. Jadinya, cancel niat nak beli kasut.

Kesimpulan, tak semua barang di HCMC ini berbaloi dibeli. Ada yang memang murah gila, ada yang aku rasa harga sama je macam kat Malaysia.

Tapi harga kain pasang memang murah. Yang tu berbaloi kalau nak beli.

Restoran yang aku rasa bangunan macam cantik, so aku snap lah gambar..hehe

Salah satu kedai kasut yang berada di sini. Deretan sini penuh dengan kedai jual kasut dan selipar.

Dan berlambak juga kedai menjual beg, salah satunya beg Deuter. Of course bukan original, tapi boleh la kalau nak beli buat basahan. Aku ada beli juga tapi bukan di kedai ini.

Husband aku ada baca dalam blog orang pasal Lina. Lina ni berniaga di pasar malam depan Ben Thanh, dia jual jeans. Depan gerai dia siap ada gambar Mazidul. Kami pun mencari lah gerai si Lina ni....akhirnya jumpa.

Ya, itu lah Lina

Aku tak pasti jeans ini betul-betul ori atau tak, bila tanya Lina dia kata ori (biasa lah orang berniaga) tapi bila try sarung...perghh...selesa gila. Aku yang pada mulanya tak terfikir nak beli jeans, terus sambar berhelai-helai. Aku adalah spesis manusia yang susah nak cari jeans, dah bertahun aku tak beli jeans, pakai yang mana ada je. Bila jumpa jeans yang sangat selesa, tak cakap banyak...terus beli.

Lina pulak jenis peramah dan mulut manis, hehe. Sebab kitaorang beli banyak, dia bagi lah diskaun. Kita pun kena pandai lah bodek-bodek sikit...yihaaa.

Bersepah Malaysian kat sana. Ini group makcik-makcik tengah bincang nak ke mana lepas ni...

Tengah deal harga dengan peniaga pasar malam. Kebanyakan peniaga Vietnam disini boleh berbahasa Melayu.

Jalan lagi...di sini ada deretan kedai jual bunga dan buah-buahan segar

 Kedai jual buah-buahan. Buah-buah disini saiznya besar-besar dan manis

 Vietnam cherry

Malam tu, kami dinner di Restoran Haji Osman, sebelah aje dengan Hajah Basiroh. 

Aku order Nasi Goreng Seafood
Sedapppppp dan portion besar, boleh makan 2 orang
Harga: +-RM17
Harga makanan halal kat sini memang mahal, tapi boleh share 2 orang sebab banyak.

Husband aku makan burger daging

Lelaki ni namanya Soleh. Husband aku tahu pasal dia sebab baca kat blog orang. Waktu siang, dia bawak pelancong pergi tour, waktu malam pulak berniaga kopi ais didepan hotel-hotel kawasan kami menginap ni.

Kami try kopi dia, sedap!

Aku beli kopi Vietnam bawa balik Malaysia dengan dia lah.

Aku mintak Soleh ajar macam mana nak buat kopi Vietnam dengan cara yang betul, yang penting sukatan kopi dan susu. Bila sukatan betul, baru rasanya sedap. Kalau tak, beli banyak-banyak bawa balik pun tak guna kalau tak tahu cara nak buat.


Untuk tukaran duit, aku dah siap-siap tukar duit VND dan USD dari Malaysia. Waktu aku di sana, aku lebih banyak berbelanja menggunakan RM berbanding VND dan USD. Agak menyesal jugak aku tukar VND dan USD banyak-banyak. Peniaga kat sini lebih suka duit RM.

So, ini je lah aktiviti kami di hari pertama. Cuma jalan-jalan pasar malam, shopping sikit-sikit, makan....balik hotel tidur.



4 comments:

cinta said...

Peniaga situ suka duit rm.

Ini penutup cerita yg hepi ending.
heheh.

Kay said...

Rindu plak Ben Thant hahahaa

Berapa harga jeans selai tu? kat pasar baru Bandung, levis dia ckp mmg x ori, tapi tak senteng... member aku pakai dh 6 tahun

Dulu kami ada pho daging je... pastu makan kat Basiroh je... takde la bertutup gitu bagai... teringt saat2 duit dh mmg takde langsung makan pho dan minum kopi share mangkuk dgn Bai... hahaha... Miza masa tu dgn member dia...

eh ada jumpa x abg melayu champa kat pasar malam ben thant muka mcm Judika? hahahaha...

Julie Shahril said...

cinta: yup diaorg suka duit kita, kelebihan utk kita sbb senang nak kira bajet

kay: aku beli levis selai rm80, free alter. seluar aku kena potong kaki dan kecikkan pinggang. hopefully tahan lama lah. takde jumpa pulak yg muka mcm judika...atau aku tak perasan sbb ramai sgt manusia.

SalbiahM said...

ramai kata backpack yang dibeli di ho chi minh ni boleh tahan..provided kita bukan blogger tegar nak melasak sangat la