Wednesday, March 3, 2010

kisah klasik

Ada seorang kawan pernah berkata pada saya, bila kita berpisah, ada kemungkinan kita akan berjumpa lagi. Tapi besar kemungkinan kita tak akan jumpa sampai mati. Saya setuju.

Hari ni jiwa saya rasa mcm nak meraung. Sebab saya secara sengaja membuka balik gambar2 lama masa sekolah dulu. Rindu!

Ada di antara mereka yg masih wujud di atas muka bumi ni, masih sihat, aktif dan dah ada keluarga sendiri. Tapi ada juga yg dah kembali dijemput Ilahi. Alfatihah. Kenapa la tangan ni gatal sangat pegi tgk gambar lama, dah tetiba jadi sayu pulak.

Ok, stop touching2 nih.


Saya masih ingat setiap detik yg berlaku masa sekolah, setiap kata-kata yg diucapkan oleh cikgu dan kawan-kawan. Tapi maaf la kalau saya ada juga terlupa nama kawan, mungkin saya tak rapat dgn dia. Yup, memori kepala saya agak merundum sejak 2 menjak ni. Mungkin banyak termakan semut agaknya.

Secara jujur, saya teramat rindukan mereka. Apa saja perkara yg berlaku dulu tetap segar dlm ingatan. Betul la apa yg pernah mak saya cakap dulu. Kata-katanya begini:

"Ko tau tak zaman persekolahan la zaman yg paling seronok...kalo tak caya tunggu ko abes sekolah, baru ko rasa...", kata mak sambil membasuh pinggan. Ya, saya masih ingat lagi masa dia cakap tu dia tgh basuh pinggan. Masa tu dia tgh bebelkan saya.

Yup saya dah rasa sekarang.

Kalau la saya ada kuasa utk putarkan masa, dah lama saya kembali semula ke zaman itu. Yg penting saya nak amek SPM semula. SPM la perkara yg paling saya kesalkan dalam hidup. Tapi syukur juga lah akhirnya sekarang...saya berjaya jadi 'orang', bukan kutu jalan.

Kalau saya ada anak suatu hari nanti, saya mahu anak-anak saya menikmati alam persekolahan yg menyeronokkan, disamping menumpukan perhatian pada setiap apa yg diajar oleh guru mereka. Dan apabila mereka meninggalkan alam persekolahan, mereka akan mengingati kenangan manis, bukan pahit, masam atau masin seperti apa yg pernah saya lalui.

Ok, masa utk minum. Tekak dah kering. Sampai sini saja karangan utk hari ini.

Sekian.

5 comments:

mrs.ecam said...

wow mudenyer muke ko julie....ahaks....

Ju@Lucky^Mummy said...

hee.. pokok tu tah ada lagi ke tak??

Dr. Zuhaira said...

Salam Sis Julie n semua pembaca blog ni,

Saya sangat memerlukan jasa baik anda semua utk participate dlm survey saya.

Disamping itu, anda juga berpeluang memenangi 4Gb Kingston Data Traveler atau 250GB Maxtor External Hard Disk.

Sila layari:
http://emilayusof.com/2010/01/blog-survey/

atau boleh terus ke:
http://www.surveygizmo.com/s/187637/blog-evaluation

TQVM
-zu-

Julie Shahril said...

rozie: aku sntiasa muda, skg pon muda apa...hikhikhik

ju: rasanya...pokok tu dah innalillah kot..hehehe..lbh 10 thn dh tgglkn skolah,pokok pon dh tua..

zu: will visit your blog..

Anonymous said...

mmg nostalgia...zaman enJOY jek tu...seronok