Monday, August 18, 2014

gathering

Sesi bertemu kawan-kawan seperjuangan memanjat bukit dan gunung. Saya tak mengkategorikan ini sebagai rumah terbuka kerana konsep rumah terbuka lebih luas, jemputan lebih ramai dan makanan sudah tentu banyak.

Ini hanya konsep makan-makan kecil-kecilan. Ini lah waktu bertemu kawan-kawan yang dah lama tak jumpa dan kawan yang dah lama kenal dalam Instagram dan Blog tetapi hanya kenal nama, tak pernah bersua muka.

Terima kasih kerana sudi datang ke rumah kecil saya.

 Pic from Fad
 GGK (baca: Geng Gunung Ke) group, from left: Yat, Kay, me, Fad, Bai dan Nurul

Hari-hari saya jumpa Fad, tapi sudah 2 tahun saya tak jumpa Kay. Saya jumpa Yat awal tahun ini kerana dia pernah datang rumah beli pampers. Saya juga dah lama tak jumpa Bai, hampir 3 tahun rasanya sejak saya kawen. Saya jumpa Nurul sebelum puasa haritu sebab lunch dengan dia dan Fad makan nasi ayam dan minum abc.

Tak ada dalam gambar ialah Huz, Miza, Athirah dan Intan.

Huz tak dapat datang kerana ada hal, Miza juga begitu, Thirah sakit perut, dan Intan.......sudah lama sepi.


 pic from CikPuanLawa

CikPuanLawa yang tak perlu saya perkenalkan lagi. Sebelah itu Kak Ana yang dah lama kenal dalam wassap tapi tak pernah bersua muka, dan CikGadisBunga yang saya kenal dalam blog, kemudian facebook, kemudian Instagram,kemudian wassap. Pertama kali saya jumpa Kak Ana dan Gb. Ramah tamah belaka mereka ni. Takde dalam gambar ialah Kak Izat aka Doktor Singa.



Zhareef dan Harraz, our GGKjunior. Baru perasan GGKjunior semuanya lelaki termasuk anak Ezza. In sha Allah, anak Huz dijangka perempuan, dapat lah bunga sekuntum untuk menghiasi taman, kekekeke.

Bila diaorang ni dah besar, agak-agak mewarisi kegilaan mak-mak diaorang memanjat tak? Siapa tau, mereka pulak penyambung generasi GGK kan.


 throwback: Mulu, 2011

Sebab Kay dah tunjuk gambar throwback ni, saya tersentuh hati. KLMJ (baca: Kenangan Lalu Mengusik Jiwa) sekejap. Terus lah bukak album lama cari gambar semasa masih aktif memanjat dahulu kala.

Owhh mak aihh, kurusnya saya dulu. Beza sungguh saiz lengan dengan peha dulu dan sekarang. Pipi pun tak gelembung macam laa ni.

 throwback: Mulu, 2011

 throwback: Gunung Nuang
ya, masa ni ada Intan.

 Tak sangka saya ada gambar ni. Intan and Zul before they become husband and wife.

Intan lagi. Apa kabar Intan agaknya. Semoga dia sihat dan bahagia hendaknya.
 
throwback: Gunung Datuk



Lagi 20 tahun kalau saya bukak lagi album nih, confirm lah meleleh air mata.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 Friends, come and go. No matter where they are, they will always be in my heart




8 comments:

wan norulkhamisa said...

ni buat kat rmh akk ke, akk msk ke tempah..hepy gathering

whooz said...

rindu jugak :(

julie shahril said...

lisa: yup kt umah akak, msak sndiri...cincai aje

huz: kan...hnya mampu menatap gmba aje

Daddy Ziyyad said...

Oohhhh..doc singa pun ada datang rupa rupanya....saya teringin nak jumpa korang..GB & jujie mmg dah selalu jumpa...hihihi

Anash said...

wow..lajunyer update!!

hahah..ramah tamah?
sebenarnya akak is pemalu

(percayalah fakta itu)

thanks for the treat dik!!!

eynda said...

Daki bukit gunung tapi semua menten cun ;-)

julie shahril said...

DZ: lupa nak mention kak izat tak dtg...kalo dia dtg confirm muka dia dah terpampang kat sini...hehehe

kak ana: akak kategori peramah..sbb saya lagi tak byk ckp sbnrnya..thanks for coming kak :)

kak eynda: yg lain smua cun, saya je terlebih lemak, almaklum lah dh pencen mendaki...hihi

Sal Bee Yah said...

bestnya panjat gunung!teringin nak try.