Showing posts with label Rare. Show all posts
Showing posts with label Rare. Show all posts

Monday, July 23, 2018

Pertama kali beli di ebay

Haritu kan aku ada cerita pasal pisau abah aku yang hilang, yang susah sangat nak cari tu. Sampai cari kat Singapore Street bagai. Adik aku kata pisau ni ada orang jual kat Mudah tapi tak original.

Actually aku memberanikan diri beli pisau ni di ebay. Aku tanya kawan-kawan, sorang pun takde pengalaman beli kat ebay.  Macam biasalah, aku tawakal. Aku tengok seller ni penah dapat award apa benda ntah kat ebay tu, ala...macam award the best and trusted seller la gitu. So, aku pun beli lah. 

Payment guna paypal, cara paling selamat. Dalam tu dia dah tulis ETA item akan sampai lebih kurang sebulan.

Maka, mereputlah sekejap menunggu item itu terbang dari New York ke Kuala Lumpur. Seller ada bagi tracking number supaya mudah untuk aku check. Tapi aku tak tahu courier apa yang dia guna. So, tracking no. tu aku cari melalui google. Rupanya, dia guna USPS (United States Postal Service).

Tunggu punya tunggu, check punya check, item tu macam tak gerak-gerak, sangkut kat Jamaica. Baru aku tahu kat US ada tempat bernama Jamaica. Kehkehkeh. Then, aku email seller minta dia checkkan item tu ada kat mana. Esoknya, dia reply. Dia kata item tu on the way ke Malaysia. USPS lambat update dalam sistem. Mereput lagi aku tunggu.

Last week, aku check pagi-pagi dalam train nak pegi kerja, item dah confirm ada kat KL. Nasib baik tak sangkut kat kastam, maklum lah pisau beb. Kang dia ingat aku beli pisau nak buat apa pulak kan.

Dan alhamdulillah, pisau ini dah selamat tiba di genggaman aku.

 Ini lah dia sampulnya

 Tapi tak boleh blah dia letak pisau dalam plastik macam tu je...
hahaha, aku ingat ada la kotak ke...sempoi gila

 British Army Clasp Knife

 Hujung yang macam cangkuk tu untuk buka botol dan tin
Tajam gila

Nahhh abah, pisau untuk abah, pisau yang susah nak jumpa. Aku dah bagitahu mak pisau abah dah sampai. Mak kata...abah kau happy sangat-sangat!

Pisau ni berharga USD32.14 (RM130.54) Postage USD12.95 (RM52.60).

RM183.14 hanya untuk pisau ini.
.
.
.

Semoga jangan hilang lagi.



Thursday, June 21, 2018

Singapore Street, Seremban.

Haritu pergi Singapore Street, bukan di Singapore tapi di Seremban. Apa yang ada di Singapore Street ni?

Ada deretan kedai-kedai lama dan menjual barang-barang lama. Aku kan obses sikit dengan barang-barang lama. Aku dah lama tahu kewujudan Singapore Street ni tapi takde kesempatan nak pergi.

Jalan disini sempit, tak ramai orang nak datang sini aku rasa kecuali kalau mereka nak cari barang-barang lama dan rare.





Kat sini ada 2-3 kedai yang menjual pinggan mangkuk jenis lama-lama dan periuk. Ada 1 kedai yang aku perasan, kita boleh tempah periuk (custom made) mengikut kita punya requirement.

 Periuk ayan 

 Pinggan ayan

 Pinggan makan/lauk bunga kangkung
pinggan zaman kita makan rumah atok nenek dulu-dulu

 Mug ayan / enamel mug bertutup

 Ini kedai menjual barang stationary, jual borong

 Lorong jalan kaki disalah sebuah kedai
klasik kan

I found terompah, rm9 only.
yes, aku beli!

Sebenarnya tujuan aku ke sini nak mencari satu barang iaitu British Army Clasp Knife. Mesti ramai tak tahu apa benda tu. 

 Image from ebay

Ini lah bendanya. Sejenis pisau serbaguna, boleh buka penutup botol dan tin. Benda ni abah aku punya, hanya British army je yang ada benda ni. Nak dijadikan cerita, setelah berpuluh tahun pisau ni duduk dalam rumah parent aku kat kampung, tiba-tiba hilang. 

Puas mak aku mencari merata tempat tapi tak jumpa. Abah aku dah mengamuk sebab barang dia hilang. Pisau ni takde jual kat Malaysia, tapi aku saja je cuba cari kat Singapore Street kot-kot jumpa. Tapi hampeh memang tak ada.

Google punya google, ada jual kat ebay. Seller kat US. Ok, fine!

Susah juga benda rare kalau hilang memang pening nak cari ganti.