Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

Tuesday, August 6, 2013

6 ogos

Zhareef dah genap 10 bulan semalam. Aku pula genap ?? tahun hari ni. Hehe. Biar lah tanda soal tu menghantui fikiran bukan penting pun usia tu kan. Sebenarnya penting juga sebab usia lah lambang kematangan seseorang, selain dari apa yang telah kita lalui, lakukan untuk kehidupan, keluarga, diri sendiri dan agama.

Bila dah berada diusia sekarang, aku dah mula rasa risau dan takut. Aku rasa macam aku dah tua...kikiki. Ok la think positive. Kita minum collagen untuk mantapkan kulit yang semakin dimamah usia ni, buat perubahan pada diri sendiri agar kita tidak terus terbelenggu dengan kehidupan yang serupa setiap masa, tengok movie yang kelakar-kelakar agar kita boleh senyum dan ketawa sebab petua nak awet muda ialah kita kena sentiasa ceria dan gembira, perbetulkan dan mantapkan amalan agar hidup diberkati.

Masih bernafas aku hari ni...

06 august, you come again. Dear Allah, give me light and joy for me to live life to the fullest. Thank you mother for giving birth to me. Thank you husband for loving me. Thank you Zhareef for choosing me as your mother. I proud to have you as my son.

Semoga aku ketemu lagi ramadhan dan ogos pada tahun hadapan.

Di kesempatan ini juga, sempena nak raya ni, aku memohon ampun maaf jika ada terkasar bahasa disepanjang aku menulis, kot ada yang terkecik hati, makan hati dan sebagainya. Selamat pulang ke kampung halaman, berhati-hati memandu jangan sampai kena snap gambar oleh AES, hihi. Hari ini last aku kerja sebelum cuti raya, esok akan berdezup ke kampung terchenta.


Selamat Hari Raya untuk semua!



Monday, August 13, 2012

lamb chop

Aku pegi Carrefour Alamanda, niatnya cuma nak beli balang plastik untuk simpan kuih raya, tapi benda lain pulak yang aku beli.

Lamb!

It's quite cheaper, 5 keping rm30. Kalau makan kat kedai sepinggan lamb dah bape hengget kan. Aku tak pernah masak lamb dan ini adalah untuk pertama kalinya aku cuba-cuba nak memanggang lamb ni. Google resepi, tapi last-last aku ikut resepi yang mak aku bagi.

Lamb Chop.

Bahan-bahan:

Untuk perap daging kambing:

5 keping daging kambing
*4 atau 5 biji bawang besar (bawang besar yang aku guna tak besar sangat)
*5-6 ulas bawang putih
*1" halia
*sedikit lada hitam
*3 sb sos lada hitam
*2 sb madu
*sedikit garam, gula dan serbuk perasa

(Sila blend halus bahan-bahan bertanda *)


Untuk black pepper sauce:
Sedikit butter (untuk menumis)
2 biji bawang besar (potong dadu)
3 ulas bawang putih (potong dadu)
2 sb tepung gandum
sedikit sos cili
sedikit kicap manis
sedikit serbuk lada hitam
sedikit tepung jagung
air

Cara-cara:

dalam bekas besar, perapkan daging kambing dengan bahan blend tadi selama 1 jam,
tapi aku perap 30 minit je.

kemudian, panggang atas kuali leper atau non stick pan,
kalau guna kuali leper biasa tu kena letak minyak sikit la,
aku letak minyak sapi..

 untuk black pepper sauce pula,
cairkan butter..

kemudian masukkan tepung gandum, campur sikit tepung gandum tu dengan air ye..
masa tumis ni, tepung tu memang akan berketul-ketul sket..
kacau je sampai sebati.

kemudian, masukkan bawang besar dan bawang putih..

 gaul-gaul jadi macam ni..

 bila dah naik bau,
masuk air..
air tu agak-agak sendiri la banyak mana..


kemudian, masukkan sos cili, sos lada hitam, serbuk lada hitam dan kicap manis,
kicap tu jangan banyak sangat, nanti kalau warna terlampau gelap tak cantik..
bila dah mendidih, warna dia akan jadi makin gelap...so tak nampak cantik masa menghidang,
rasakan dengan garam, sedikit gula dan serbuk perasa.. 
untuk nak pekatkan kuah, masukkan bancuhan tepung jagung dgn air.

 dah boleh serve dengan kentang goreng dan coslow..
takde la cantik sangat presentation aku kan..
hahaha..

 tapi habis juga...
licin..
makan kat rumah memang buruk lantak sket..



ini lah menu aku berbuka semalam dan sahur pagi tadi.
I love lamb so much!



Saturday, August 11, 2012

cornflakes madu

Tak sangka tahun ni aku ada mood nak buat kuih raya. Ala...kuih sempoi je pon. Cornflakes madu. Kuih paling senang dalam dunia.

Cornflakes madu

Bahan-bahan:
250gm cornflakes
150gm butter (aku main agak-agak je butter ni sebab takde alat penimbang)
90 gm gula (oleh kerana aku takde alat penimbang, aku tukar jadi 4 atau 5 sudu besar gula, bergantung pada tahap kemanisan yang kita suka)
5 sudu besar madu
 chocolate rice warna warni untuk hiasan


Cara-cara:

 satukan butter, gula dan madu dalam periuk,
cairkan atas dapur dengan api paling kecil,
kacau-kacau sampai semua bahan cair.

 bila semua bahan dah cair, akan jadi macam ni...

 tuangkan campuran butter, madu dan gula yang dah cair tu ke dalam bekas yang ada cornflakes,
gaul-gaul rata sampai semua sebati..

 sudukan adunan kedalam paper cup..


 hiaskan dengan chocolate rice warna warni..

 kemudian, bakar dalam oven pada suhu 150 degree C,
bakar menggunakan api bawah sahaja selama 15-20 minit.
yang ni dah siap di bakar ye,
keluarkan dari oven, sejukkan dulu..

dah sejuk, baru simpan dalam bekas kedap udara..
tutup kemas-kemas supaya tak masuk angin..
nanti lemau...huhu..
dah boleh makan...

senang kan?
budak darjah 6 pun boleh buat..



 


Thursday, June 21, 2012

kuih raya

Tempahan kuih raya dah dibuka. Bukan aku yang jual, orang ofis. Dah tak lama nak puasa, sekejap je kan. Terkejut aku dapat katalog kuih raya siap dengan sample sekali. Gigih mereka cari duit.

Harga kuih raya buat mata aku celik besar-besar...sebabnya tahun ni aku tak boleh beli satu tapi kena beli dua. Satu untuk family sendiri, satu lagi untuk family mertua, baru adil ye tak.

Aku kan lemah semangat dalam bab-bab shopping ni. Terpedaya la juga. Kalau tak tempah sekarang, lama-lama aku tetap kena beli juga. Plan dalam kepala ada kuih yang nak buat sendiri. Plan je la...aku ni selalu plan je lebih, buatnya tidak. Tapi akan diusahakan lah, untuk kuih yang sempoi-sempoi je, yang komplikated tu sori.

Friday, August 26, 2011

salam Syawal

Saya minta maaf jika saya ada terkasar bahasa, terlepas cakap, terpikir yang bukan-bukan dan apa-apa saja sikap yang kurang menyenangkan kerana saya hanya lah manusia biasa yang setiap detik ada melakukan kesilapan sama ada secara sedar atau tidak.

Saya tahu di luar sana ada orang marah pada saya, tidak suka dengan sikap saya atau kurang senang dengan tingkah laku saya, terasa hati dengan saya atau mungkin juga membenci saya.

Patah tumbuh hilang berganti, buang yang keruh ambil yang jernih, baru lah teguh peribadi.

Dengan ini saya dengan rendah diri ingin menghulurkan seribu kemaafan kepada semua kawan-kawan yang mengenali saya, kawan ofis, kawan sekolah, kawan serumah, kawan GGK dan mereka-mereka yang membaca blog ini. Saya minta maaf zahir dan batin, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Jemput lah datang ke rumah hari raya nanti.

Kepada mereka-mereka yang akan memandu pulang ke kampung halaman, berhati-hati di jalanraya, memandu mengikut fikiran, bukan perasaan, ingat lah orang yang tersayang yang sedang menanti kita di rumah.

Semoga Syawal ini akan memberi sinar baru kepada kita semua.

Meminta maaf dan memaafkan adalah sesuatu yang membahagiakan.



Wednesday, August 10, 2011

buka puasa - Pullman Putrajaya Lakeside

My friend RS is an unpredictable person. Sometimes (sometimes, not everytime) I can not read what is on his mind. He can do and plan something without asking me first. For example yesterday, he invited me to join berbuka puasa at Pullman Putrajaya Lakeside. Terkulat-kulat aku dibuatnya sebab ajakan itu berbentuk tiba-tiba dan dalam situasi tak bersedia.

Berbuka puasa di Pullman di sponsor sepenuhnya oleh vendor. Makan free, why not. Ini kali pertama saya menjejakkan kaki di hotel 5 bintang ini.

introduce to you my friend, Eila.

..and this is Wana. She is pregnant first baby

not bad lah hotel ni, suasana dalam cantik, lagi-lagi kedudukannya dekat tasik.

suasana luar sebelum hari gelap

Buffet ramadhan di adakan di kawasan luar. Tempatnya agak crowded, mungkin susunan meja banyak sangat untuk menampung tetamu yg dtg untuk berbuka. Konsep buffet di sini adalah ala-ala arab. Pelayan hotel pun pakai baju arab, lagu-lagu pun ala-ala arab.

Walaupun hotel ini bertaraf 5 bintang, tapi pilihan makanannya tak la banyak sangat. Tapi still ok la untuk juadah berbuka.

antara makanan yg ada

ikan pari bakar

mertabak dan roti canai

lauk pauk, gambar gegar sebab berlanggar-langgar dgn org sebelah yg sibuk nak amek makanan

ayam bakar

..and this is my favorite part....dessert!
carrot cake..

puding

cheese cake, blueberry tart

apa ntah nama..
saya suka, rasa masam-masam mcm yogurt


kambing!
favorite jugak ni


Untuk berbuka semalam, saya berjaya me'minima' kan pengambilan makanan untuk elak pembaziran. Selalu makan buffet jarang dapat habiskan semua, tapi kali ni alhamdulillah...habis semuanya sebab amek makanan tak banyak, just cukup-cukup keperluan perut je.

begitu juga lah dengan pengambilan pencuci mulut yg sedikit sahaja

juga kambingku..

Untuk lauk, saya tak amek semua sebab banyak sangat. So far rasa ok, cuma udang buat spoil. Nampak macam sedap, tapi hampeh. Isi udang lembik, macam udang dah lama je. Apa daa...kata hotel 5 bintang. Dessert ok jugak la. Kambing....sedap!

Terima kasih lah kepada orang yg mengajak tu, dan vendor yang belanja. Katanya buffet ramadhan di hotel ini RM100++ /person. Kalau ikutkan portion makanan yg saya amek tadi, memang tak berbaloi. Nasib baik makan free.