Monday, March 31, 2014

belon panas

 petang semalam pergi jugak lah tengok belon, keluar rumah pukul 6 petang
port kat sini best juga

ada orang melepak kat atas tu pacak tripod tunggu belon

 aku lepak kat bawah aje
muncul la belon malu-malu nak terbang gitu
hari dah petang, belon macam takmo naik..
yang ada pun tak banyak

 muncul la belon ini sekejap

 dan ini..

 jeng jeng jeng...muncul motorbike sedia untuk merempit di udara
tapi sampai ke sudah kat situ aje...tak terbang pun
sebab hari dah makin gelap..
nun sayup-sayup dari corong speaker masjid besi...dah nak azan maghrib dah

 punya la besar si motorbike ni, terhuyung hayang aku tengok dia
masa dia muncul, semua bersorak
tapi setakat tu je lah...tak terbang merempit pun

 "mana belon ni...keluar lah terbang, penat adik tunggu"

"jom lah balik, takpe tahun depan ada lagi"


Kalau masa bujang dulu memang aku rajin meredah panas nak tengok belon, sejak ada anak...hihi..keluar pukul 6 petang aje. Ngeh ngeh ngeh. Kalau nak tengok belon meriah, keluar lah pagi-pagi.


Tunggu Putrajaya Floria 14-22 June pulak, tema tahun ini ialah ‘Mesmerizing Colours’.



Thursday, March 27, 2014

cycling



My new activity. Ye lah, nak hiking dah susah, nak masuk gym semua bagai jangan harap lah. Aku nak masuk gym? hehe..macam kelakor.



Seriously berbasikal ni best dan fun. Aku enjoy. Dah bertahun-tahun aku tak kayuh basikal, masa mula-mula nak kayuh memang rasa pelik dan janggal sangat-sangat. Untuk permulaan aku cuma cycling 1 jam je kat area rumah. Kat sini ada tempat untuk beriadah, nak joging ke, nak cycling ke..semua boleh.

1 jam cycling dah cukup membuatkan betis dan peha aku sakit-sakit, mungkin lemak-lemak tepu terkejut kena ganggu. Selama ni duk bermaharajalela je kan...kali ni biar terbakor sikit lemak-lemak tu.


Si kecik ni dan papa dia temankan aku. Sebenarnya dia tak berapa sihat, batuk-batuk dan sakit tekak, dalam pada gitu masih aktif lagi berlari sana sini.


...dan bila balik rumah dia lah orang paling letih sekali...
hehehe

*
*
*
*
*
*
*

kawan-kawanku dalam kenangan..
muka masing-masing terbakor..hahahaha
dulu-dulu tak heran pun muka rentung, yang penting happy


Ini gambar lama, tahun 2005 or 2006 (aku tak ingat), masa ni ada program berbasikal 60km di universiti, aku cycling separuh jalan je..aku bajet dalam 25km-30km je kot yang sempat aku kayuh, pastu aku surrender sebab peha aku cramp. Terus stop naik van...hahaha, sebelum tu aku diberi minum air glucose, 3 sudu glucose+1 gelas air masak.

Lepas minum glucose, naik van bersandar rileks dan tunggu kawan-kawan lain sampai...hehehe. Itu lah kali terakhir aku mengayuh basikal sebelum aku start semula baru-baru ni.

..dan ini sajalah cara aku exercise yang mampu aku lakukan. Harap-harap terus bertahan.





Wednesday, March 26, 2014

international book fair PICC


International Book Fair 19-23 Mac lepas di PICC.

 ada hulubalang jaga kat pintu masuk :)

ada signboard yg cute

yang aku beli
tak banyak...

penganjur hadiahkan 2 majalah ni sebab aku antara 200 pengunjung terawal
dan juga voucher beli buku di MPH

beli buku rm100 ke atas melayakkan aku join contest Spin & Win

dan aku dapat hadiah Kamus 
hehe..tangan takde luck masa memutar

voucher yang aku dapat




yes, i love book.





Tuesday, March 25, 2014

melancholy

...but I have to accept fact that you will not come back again



Ya Allah, kalau benarlah mereka semua sudah tiada, tempatkanlah roh mereka yang Islam di kalangan orang-orang yang beriman. Yang bukan muslim, berehat lah dengan aman di alam baru.

Seboleh-bolehnya aku cuba berfikiran positif. Aku kerap fikirkan tentang semua penumpang dan anak kapal serta 2 orang pilot. Walaupun mereka takde kena mengena pun dengan aku, kesedihan itu sangat terkesan dalam hati ini. Aku masih mengharapkan keajaiban akan berlaku. Aku terbayang-bayang bagaimana agaknya keadaan mereka disaat-saat akhir sebelum kapal tenggelam membelah lautan hindi.


Dear Hindi Ocean,
hug them, warm them, keep them in touch with you until we come to bring them home.









Tuesday, March 18, 2014

review


Agoda suruh aku review hotel di Bali, aku layan aje, aku terbaik hati letak rate 9/10, hehe. Aku tak cerewet sangat pasal hotel, kalau aku rasa selesa, bathroom dan toilet bersih, harga pun berpatutan, staf semua peramah, why not aku bagi rate tinggi sikit. Mungkin lain orang lain citarasa. Cuma food provided by hotel tak sesedap hotel 5 star, tapi sebab aku juga tak cerewet pasal makan, so that is no problem for me.

Cuma lokasi hotel ni agak tersorok dari pandangan mata, sebab itu aku cakap dalam review tu quiet environment but i love it. Aku tak suka bising-bising. 

Oh ya, dalam bilik hotel ini ada disediakan sejadah dan arah kiblat, payung pun ada.

Dan setakat ini aku takde masalah book hotel melalui Agoda, harap-harap lepas ni pun takde masalah.


Monday, March 17, 2014

peringatan

Ada 2 benda aku nak cerita.


Pertama:

Semalam aku tukar-tukar channel tv, terbukak lah tv alhijrah. Dah 2 malam aku tengok muka brother arab ni, tapi kemarin aku ignore je, tengok 10 saat lepas tu tukar channel lain. Tapi semalam aku terdetik nak tengok sekejap. Aku tak berapa sure apa tajuk rancangan ni.

Ianya kisah brother arab ni (aku tak sure jugak dia dari negara arab mana, maybe Jordan, Jordan arab kah? entah.) Dia pergi Jepun, interview sana sini dan lihat kehidupan orang-orang Jepun. Dia begitu terkejut cara orang Jepun hidup dan cara orang Jepun bekerja. Dia pelik bagaimana kanak-kanak kecil boleh berjalan sendirian tanpa ditemani oleh ibubapa atau adik beradik sejauh 1-2km semata-mata untuk bermain di taman. Dia kata, jika di negaranya, dah lama budak tu kena culik. Bermakna, negaranya tak selamat.

Kedua, dia pelik bagaimana orang Jepun boleh bekerja sampai malam, jarang ambil cuti dan bercuti, apatah lagi MC.

Sebut pasal MC, ni yang menarik perhatian aku dan buat aku gelak besar.

Dia tunjuk satu lakonan di negaranya, bagaimana seorang lelaki yang sihat waalafiat pergi ke klinik untuk mengambil MC. Dia kata, teramat mudah nak dapatkan MC di negaranya. Ye, betul, memang mudah sangat.

Lelaki itu sihat, siap check suhu badan, tak demam, tak sakit apa pun. Dia berjalan masuk ke klinik. Beberapa minit kemudian, lelaki itu keluar sambil tersenyum dan menunjukkan surat cuti sakit yang diberikan oleh doktor.

Sebab cuti sakit?

Sakit otot ke radang otot ke apa ntah, tapi berkaitan dengan otot lah, siap dapat cuti 2 minggu kau! Brother tu gelak segelak gelaknya.

Dia dah buktikan di negaranya amat mudah nak dapat MC. Macam mana doktor di sana begitu baik hati nak bagi MC pun aku tak tau. Hikhikhikhik.

Di akhir cerita, brother tu buat kesimpulan. Dia kata, otak orang Jepun sama je macam otak orang Arab (dan aku buat kesimpulan sendiri bahawa otak orang Jepun juga sama je macam otak orang Melayu). Ujian IQ juga membuktikan IQ kanak-kanak Jepun lebih kurang sama je macam IQ kanak-kanak Arab. Jadi apa yang membezakan Arab, kita (Melayu) dan Jepun?

Komitmen, kesungguhan dan bekerja secara kumpulan.

Itu yang membezakan.

Orang Jepun sangat komited dalam pekerjaan mereka. Mereka bekerja untuk company. Bagi mereka, jika company berjaya, bermakna mereka berjaya. Mereka bekerja dalam satu kumpulan, sebab itu mereka sangat susah nak ambil cuti. Mereka kata, kalau sorang cuti, akan susah lah rakan yang lain. Betapa komited kan diaorang tu.

Aku mengaku, dalam gelak-gelak besar depan tv semalam, hati aku terkesan juga dengan rancangan ni. Aku ni bukannya komited sangat bekerja. To be honest, ada masa-masa aku rasa malas, bosan dan marah. Bosan dan marah disebabkan masalah-masalah 'dalaman' company, aku rasa ramai yang faham. Tapi yang paling banyak sejak aku ada anak ni ialah cuti. Yup, aku kerap cuti sebab anak aku sakit.

Aku termalu sendirian. Haishhhh.

Kesimpulan yang aku buat, kita bukan tak pandai atau tak boleh berjaya, tapi kita malas. Otak kita dengan otak Jepun sama je. Lain lah otak Jepun tu ada urat terlebih atau sel-sel yang takde pada otak Melayu. Aku tujukan ayat ini untuk diri aku sendiri.



Kedua:

Aku dah habis baca buku-buku ini, lama dah. Aktiviti membaca aku dah terhenti sekejap, nanti aku sambung balik. Sekarang ni tengah sibuk dengan MH370.

Aku tak tahu kenapa genre buku pilihan aku bertukar, aku suka baca buku-buku berbentuk sebegini, pasal sejarah dan masalah dunia. Hati aku tergerak untuk nak tahu sesuatu. Lalu aku pun membeli buku-buku ini sebab nak tahu cerita sebenar dan sejarah-sejarah yang aku tak tahu selama ni. Beberapa bulan kemudian, terjadi lah insiden kehilangan MH370.

Kepala otak aku ligat berfikir walaupun kadang-kadang aku cakap sendiri, buat apa aku bersungguh sangat ambil tahu masalah ni, baik aku jaga keluarga sendiri. Lepas tu hati aku cakap balik, kalau lah diri aku sendiri atau ada ahli keluarga yang terjebak masuk dalam kapal terbang, lepas tu kapal terbang hilang, macam mana? bawak baby pulak tu. Air mata aku pun bergenang.

Aku tak nafikan, hati aku terdetik banyak kali, adakah kejadian hilangnya MH370 ini satu konspirasi yang dasyat? Apatah lagi bila melihat kerajaan macam sengaja menyorokkan cerita sebenar dan sengaja melengah-lengahkan masa. Aku pun terjumpa lah sorang makhluk Allah ni dalam fb, nama dia Brado Kapak. You all can search his name on facebook, dan boleh baca blog dia di sini.

Peringatan, kena buka dan lapang dada luas-luas bila membaca apa yang dia tulis, tidak kira korang sokong parti politik mana. Dia tak bagi fakta, tapi bagi clue. Dia suruh kita fikir diluar kotak. Korang sokong parti politik mana tak kesah, tapi pengakhiran cerita ini mungkin sesuatu yang tak disangka atau memang kita tak terfikir pun. Aku dah bersedia untuk menerimanya. 

Jangan meroyan tak tentu pasal bila baca something yang belum sahih, tapi mencari info tak salahkan. Kan aku dah kata, kena berlapang dada.






Wednesday, March 12, 2014

Bali Trip : Hari terakhir - terbang pulang

Hari ke empat (hari terakhir di Bali)

Bila pergi ke suatu tempat, hari terakhir lah hari yang paling tak best, hari nak tinggalkan bumi Bali. Aku macam menyesal book tiket cuma 4 hari, in sha Allah...ada rezeki kami datang lagi.

Flight balik pukul 1.55pm, ada masa lagi untuk kami nak menyedut udara Bali sebelum balik ke KL. Pagi ini kami berjalan-jalan 3 beranak di pantai Kuta, tak jauh pun dari hotel. Aku dah check-in awal-awal dari KL lagi, so tak payah nak rushing sangat untuk ke airport.


Semasa lalu depan Pura Dalem Pakendungan betul-betul berhadapan dengan pantai Kuta, ada beberapa orang masyarakat Bali baru keluar dari pura, mereka baru selesai melakukan upacara sembahyang. Aku saja panggil mereka ajak bergambar, hihi.


 Ada bot-bot yang cantik di tepi pantai Kuta ni.

 5 saat je boleh angkat lambung macam ni

 sepeda pink
ni kalau pakcik Wak Jan tengok mesti dia suka

 ada patung penyu yang besar tapi sedang renovate

ada anak penyu jugak

 anak aku ni memang lasak

 Dah nak balik pun sempat lagi singgah shopping, hehe

 kedai-kedai ini berdekatan dengan pantai Kuta dan aku rasa kat sini boleh tahan murah kalau kena cara bargain nya

 tengok sapa yang shopping? bukan aku tapi dia

 anak tuan kedai sedang menikmati sarapan


Lebih kurang pukul 10.30 pagi, Pak Yadi pick up kami di hotel. Sebelum balik, Pak Yadi bawa kami ke Krisna, tempat shopping lagi...hehe, last minute shopping sebelum berangkat pulang. 

 Rama Krisna, salah satu tempat shopping di Kuta
tapi aku rasa kat sini macam mahal sikit
harga dah fixed, tak boleh tawar menawar

 tengok-tengok...pastu terbeli jugak

 ole-ole dari Bali
gelang ni murah jugak lah

souvenir diperbuat daripada tempurung kelapa


Kami tak lama sangat di Krisna. On the way to airport, aku minta Pak Yadi berhenti di tepi jalan sekejap sebab aku nak snap gambar Statue of Ngurah Rai ni.



Siapa Ngurah Rai sehinggakan namanya diabadikan sebagai nama airport Bali?

I Gusti Ngurah Rai adalah seorang pahlawan Bali, dilahirkan di daerah Badung, Bali dan gugur dalam pertempuran dengan Belanda di Tabanan ketika berusia baru 29 tahun. Aku perasan nama-nama orang Bali ni macam sama je di pangkal depan, contoh macam nama Ngurah Rai ni ada I Gusti di depan.

Sebenarnya orang-orang Bali ada keunikan tersendiri di pangkal nama depan, ianya menunjukkan kasta dan urutan kelahiran. Contoh:

Anak pertama - pangkal nama depannya I Wayan
Anak kedua - pangkal nama depannya I Made
Anak ketiga - pangkal nama depannya I Nyoman atau Kumang
Anak keempat - pangkal nama depannya I Ketut

Anak ke lima, ulang balik nama I Wayan, begitu lah untuk anak seterusnya.

Contoh kalau macam Zhareef ni anak pertama, so nama dia jadi macam ni : I Wayan Ahmad Zhareef Haiqal...hehe, lebih kurang gitu la kot.

I Gusti itu pula menunjukkan kasta, sama ada seseorang itu terdiri dari golongan bangsawan atau sebagainya. Panjang nak cerita, google aje lah.

Hampir pukul 12.00 tengahari, Pak Yadi hantar kami ke airport. Ni part yang paling aku tak suka, nak meninggalkan Bali. Tak puas aku nak berjalan-jalan sebab banyak lagi tempat yang belum sempat aku lawati.



Semasa di airport, ada sorang anak mat saleh ni tengok Zhareef pakai baju superman. Dia tanya mak dia..

"Mummy, is he a superman?"

Aku terkekek-kekek ketawa.

Mak dia jawab, "Yes, he wore a superman shirt, maybe he is a superman".

Aku suka cara mak dia bagi jawapan, sangat positif. Dia layan je setiap pertanyaan anak dia.

Question from a kid is so cute, right?

Dan mak dia pun memberi jawapan yang cute, i like.


Ini salah sorang kawan baru Zhareef di airport, kemain anak mat saleh ni mengagah Zhareef,... budak kecik tu of course la suka...ketawa aje la dia

 Arrival/Departure Card, front

Semasa di airport, jangan lupa serahkan semula Arrival/Departure Card ini semasa di immigration. Ini gambar google, aku tak snap pulak gambar kad tu. Kad ini di edarkan semasa dalam flight, memang undang-undang negara Indonesia kena isi semua details pada kad tersebut.

Ada 2 bahagian, yang Arrival tu immigration akan ambil semasa kita baru tiba di sana. Yang Departure tu kita kena serahkan semasa nak balik.

So, jangan hilangkan kad ini. 

Arrival/Departure card, back

Ada seorang lelaki yang beratur di depan aku semasa di airport, dia dah hilangkan kad ini. Aku tengok dia bukak beg dia, selongkar bagai..tapi takde. Aku agak dia ni macam orang Bangladesh atau ala-ala Pakistan gitu.

Dia bagitahu pada immigration yang kad dia takde.

"Nobody told me about this card". 

Aku rasa dia dah terbuang kad tu, nak selamatkan diri dia bagi alasan macam tu. Aku tak tahu apa nasib dia tapi husband aku kata dia nampak lelaki tu masa nak boarding.

Eh, macam mana dia boleh lepas? entah la.

Masa tengah menunggu nak boarding, ada sekumpulan penumpang menunggu untuk balik ke Filipina. Ada yang tidur di kerusi, tidur kat lantai dan ada jugak yang muka sugul, takde mood. Bila pengumuman dibuat mengatakan kapal terbang sudah tiba dan bersedia untuk boarding, semua bangun terus tepuk tangan kuat-kuat.

Aku pun pelik kenapa diaorang ni happy sangat nak balik?

Rupa-rupanya mereka dah tunggu flight tu 2 hari.

Pheww. Patut la muka masing-masing ketat je.

Alhamdulillah, flight kami takde masalah, dan terbanglah kami pulang ke pangkal jalan.


Bali, till we meet again

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


"dear Bali, today is my last day. i promise i will come back one sweet day.
waiting for me..."






Tuesday, March 11, 2014

Bali Trip : Pura (temple) yang unik - Kopi Luwak - Sejarah bom Bali

Hari ketiga.

Pagi ini kami keluar lebih awal dari semalam, pukul 8.30 pagi. Pak Yadi akan bawa kami ke Bedugul, daerah yang terletak kira-kira 57km dari Kuta. Perjalanan mengambil masa hampir 1 jam 30 minit hingga ke 2 jam.


Ulun Danu Beratan, Bedugul

Ini adalah salah satu tempat yang aku nak sangat pergi, menurut orang yang pernah sampai ke sini, tempat ini cantik. Yup, memang cantik pun.

Pura Ulun Danu Beratan ini terletak di atas bukit, di atas bukit tersebut ada sebuah tasik. Cuacanya dingin, panas tapi berangin. Keadaan jalan untuk sampai ke atas lebih kurang macam jalan nak pergi ke Cameron Highland, berliku-liku sikit.


 bayaran masuk IDR10,000 (rm2.90) seorang

 pintu masuk



 ini lah Pura Ulun Danu Beratan, tempat ini memang cantik dengan kedudukan pura di tengah tasik

 gambar pura ini diabadikan pada wang kertas Indonesia bernilai IDR50,000

 Danau Beratan terletak kira-kira 1,239 meter pada paras laut

Aku memang suka sangat tempat ni, suka dengan kehijauannya, ada bukit, ada tasik dan ada pura. Selain dari melawat tempat sejarah, kita juga boleh menikmati alam ciptaan Allah. Aku rasa, dalam banyak-banyak tempat yang kami lawati sepanjang di Bali ni, di sini lah kami menghabiskan masa paling lama.

Oleh kerana hari ke-3 ini dah takde aktiviti shopping, maka aku dan husband memang sepakat tak nak rushing sangat, nak hayati tempat ni betul-betul. Cuaca di sini dingin, panas tapi ada angin, sebab tu aku rasa lebih selesa.

warna baju aku dan lumut itu dah takde beza

Pak Yadi ada bagitahu, di Bali, masyarakatnya memang suka membiarkan pagar-pagar batu tanpa di cat. Tak macam kita, selagi boleh cat lawa-lawa memang kita akan cat. Tetapi tidak di Bali. Mereka suka membiarkan pagar atau pura yang diperbuat dari batu hidup berlumut, semakin berlumut semakin mereka suka. Menurut kepercayaan mereka, dewa-dewa mereka suka pada tempat yang berlumut dan lembab.

Batu hidup - adalah batu yang masyarakat Bali ambil di suatu tempat, bawak balik dan diukir untuk dijadikan patung atau pagar rumah/pura mereka. Batu hidup ni umpama macam bernyawa, selepas mereka potong batu tu, batu tu akan tumbuh semula. Tetapi batu yang sudah dipotong, yang mereka bawak balik tu tak boleh hidup dah.

Menurut Pak Yadi, batu hidup hanya ada di Bali. Kebanyakan patung-patung lama dan pagar rumah/pura diperbuat daripada batu hidup, bukan diperbuat dari batu-bata atau simen.

Macam itu lah lebih kurang ceritanya. Jadi tak hairan lah kalau kita tengok di Bali kebanyakan pura atau rumah mereka dibiarkan berlumut tanpa perlu susah payah nak cat cantik-cantik. Itu semua untuk dewa-dewa mereka.


Kawasan ini agak luas, cukup seronok si kecik aku ni berlari-larian dan kami berdua memang penat lah nak berkejar-kejaran. Sebenarnya kalau ikutkan hati aku nak 'berlama-lama' lagi kat sini, nak bersantai-santai, nak duduk-duduk amek angin, tapi bila memikirkan ada tempat lain lagi yang perlu dilawati, maka tak boleh lah ikut kehendak hati, kena ikut kehendak itinerary dan masa.

dah sama dah tu baju belang-belang dengan pakcik harimau

Bukan mudah nak amek gambar bertiga dengan si kecik tu, dia taknak dipegang, nak dilepaskan bebas, nak berjalan sendiri, nak berlari, nak main sendiri-sendiri....phewwwbaru anak sorang aku dah semput :)



Fruit Market

Dah selesai berjalan-jalan di Pura Ulun Danu Beratan, kami dibawa oleh Pak Yadi ke fruit market di sekitar Bedugul itu juga. Sebenarnya aktiviti ini takde pun dalam list kami, tapi disebabkan husband aku menyuarakan hasrat nak makan durian Bali, maka Pak Yadi bawa kami ke sini.

 fresh fruit yang banyak dijual di sini

 di sini Bedugul ini ada ladang strawberry sebenarnya, tapi kami tak singgah pun

 macam lah tak pernah jumpa pisang...beria sangat amek gambar pisang :p

 kebetulan semasa kami datang ke sini tengah musim durian

 fresh strawberry, cantik je dia susun macam tu

 oleh kerana kami just nak rasa je, beli durian kecik aje lah
the taste is so-so je...hehe


Makcik baju purple tu tuan kedai tempat kami beli durian, sebelum makan durian tu husband aku tanya ada air basuh tangan tak? dia kata ada...gratis saja. Gratis tu maksudnya percuma. Tup-tup lepas makan dia bagi kami sebotol air mineral suruh basuh tangan, pastu suruh bayar, dan cuba menipu kitaorang pasal harga durian. Sengal la makcik ni. Bila aku dah naik hantu baru dia mengalah kekonon redha.

Kadang-kadang bila berhadapan dengan penjual sana yang cuba nak menipu memang aku dah hilang kesabaran dan secara tak sengaja memang tertunjuk juga lah muka marah, walaupun aku seboleh-bolehnya tak nak buat perangai kat tempat orang. Haishhh...sabor je lah.

Aku ni bukan lah berkira pasal duit, tapi kalau kau dah janji harga cenggitu...cenggitu je lah, ni tak, bila kami dah makan durian tu, tetiba masa nak bayar harga dah jadi lain. Memang kau cari nahas lah. Dia ingat kami ni kekonon tourist senang-senang aje nak menipu.




Tanah Lot

Seterusnya kami ke Tanah Lot. Ini adalah destinasi wajib kalau ke Bali. Tanah Lot terletak di Tabanan, kira-kira 23km dari Kuta. Ia merupakan sebuah tebing tinggi menganjur ke laut Bali. Di atasnya telah dibina sebuah pura (kuil) hindu iaitu Pura Tanah Lot.

Bayaran masuk IDR8,000 (rm2.30) seorang, kalau tak silap lah.


Semasa kami sampai, cuaca sangat panas, panas yang sampai rasa nak pitam. Kalau sapa-sapa yang takut kulit terbakor tu sapu lah sunblock awal-awal, tapi aku sapu sunblock pun macam takde apa pun. 

View di sini cantik. Masa ni air surut, jadi kami boleh menyeberang ke tebing sebelah sana untuk melihat pura dengan lebih dekat.

Kalau datang sini, pakai selipar aje, tak perlu nak bertumit tinggi bagai, haha.


Kita boleh naik ke atas pura, tapi ada syarat dan adat mereka yang perlu kita lakukan, ianya berkaitan dengan 'air suci' mereka. Opss..bila dengar macam tu terus tak jadi aku nak naik ke atas. Non-muslim takde masalah nak ikut adat diaorang, but for muslim lupakan aje lah.

bagi mereka yang dah ikut adat dan syarat untuk naik ke atas pura, boleh naik melalui tangga ini

Batu-batuan ini terbentuk hasil dari hakisan jutaan tahun dahulu akibat pasang surut air.

kat sini pun view cantik, kalau tak kerana panas boleh juga nak melepak lama kat sini

di sekitar kawasan ini banyak kedai-kedai baju dan souvenir, dan juga gerai makan macam ni, tapi aku tak pasti lah pada 'halal' nya tu.


Di Bali, boleh dikatakan dimerata tempat kita akan nampak benda ni, depan kedai, depan rumah, di airport, di shopping complex, di mana-mana saja. This is offering to God, dalam bahasa orang sana mereka panggil benda ini Saneng. Aku tak tahu betul ke salah ejaan tu.  Bekas 4 segi daripada daun kelapa, didalamnya diletakkan bunga-bunga, beras pulut, gula-gula, keropok, duit pun ada. Tiap-tiap pagi mereka renjis-renjis saneng ini dengan air, pastu ada macam bau-bauan kemenyan ke apa ntah..letak depan kedai atau rumah atau dimana-mana saja. Itu lah tanda mereka sembahyang kepada tuhan mereka.

Kalau ada gula-gula dalam saneng tu, sapa-sapa nak amek boleh amek, tak menjadi satu kesalahan. Selalunya kanak-kanak di sana memang amek je gula-gula tu. Oleh kerana saneng ni ada dimerata-rata, kalau sesiapa terpijak pun tak salah. Banyak je aku tengok saneng yang dah terpenyek, hihi.


Kopi Bali dan Kopi Luwak.

Bali terkenal dengan pembuatan kopinya sendiri. Ada pelbagai jenis kopi dijual di kedai-kedai sampai aku sendiri tak tau yang mana sedap. Antara kopi yang terkenal di Bali ialah kopi Luwak. Ada setengah orang mengatakan kopi Luwak adalah kopi paling mahal didunia.

Aku rasa semua orang dah tahu, kopi Luwak terhasil dari najis luwak (musang). Luwak hanya makan biji kopi yang terbaik sahaja, hasil buangannya akan diambil, dibersihkan, dan diproses menjadi kopi termahal didunia.

Hukum minum kopi luwak boleh baca di sini.

Pak Yadi membawa kami ke sebuah kilang pemprosesan kopi iaitu Domba Coffee, terletak di Kuta. Aku tak sangka dia nak bawak ke kilang, ingatkan ke kedai-kedai biasa je. Tapi takpe lah, layan aje. 


Melangkah kaki dalam kilang ni, aku rasa macam..ekslusifnya kilang kopi ni. Layanan memang 1st class.


Baru aku tahu biji kopi pun ada jantina, hehe. Ada kopi jantan, ada kopi betina. Yang biji bulat tu kopi jantan, yang leper tu kopi betina. Aku gelak. Menurut mereka, kopi jantan dan kopi betina taste tak sama.

 ini biji kopi betina terbaik yang telah diasingkan.

Ini biji kopi yang low grade, tak berapa elok kualitinya. Walaupun kualitinya rendah, mereka tidak sesekali membuang biji kopi ini macam tu je. Dah tu diaorang buat apa? senang aje...mereka buat kopi 3 in 1.

Dan aku pun bertanya, kalau begitu, kopi-kopi 3 in1 yang dijual tu low grade coffee la yer? haha. Baru aku tau. Tapi, ini hanya kopi di Bali, kopi-kopi yang ada di Malaysia ni aku tak pasti lah pulak tahap kualitinya macam mana.

 tempat memproses kopi

Coffee grinding machine. Semua jenis kopi Bali menggunakan machine disini kecuali kopi Luwak. Kopi luwak adalah kopi yang special di Bali, mereka tidak akan menggunakan mesin yang sama untuk kopi luwak untuk mengekalkan keasliannya.

mereka menunjukkan cara nak menghancurkan biji kopi Bali, untuk kopi luwak memang mereka tak tunjuk kerana kopi luwak terlalu 'ekslusif', rupa biji luwak tu langsung diaorang taknak tunjuk.

Kemudian mereka membawa aku masuk ke dalam sebuah bilik khas untuk testing air kopi. Bilik ini memang besar, rombongan cik kiah 15 orang boleh muat.

 Tapi sebesar-besar bilik tu, aku sorang je yang mereka layan, hihihi. Terasa macam VIP sekejap.

 Atas: air masak biasa
Kiri: Air kopi betina
Kanan: Air kopi jantan
Bawah: Kopi + Koko = Mocha

Air kopi jantan rasanya sedikit pahit, air kopi betina rasanya lebih 'mild', tak pahit sangat. Mocha tu sedap, Zhareef suka.


 Kopi jantan dan kopi betina

 Yang pek hitam tu kopi jantan, pek biru kopi betina.

 Mereka menunjukkan kotak khas untuk kopi Luwak, siap ada certificate, katanya kopi luwak Domba ada dijual di Singapore.

ini bukan biji kopi luwak, ini kopi Bali biasa


Kenapa mereka begitu kedekut nak menunjukkan kepada pelawat kopi Luwak keluaran Domba?

Menurut mereka, kopi luwak keluaran Domba adalah satu-satunya kopi luwak liar, kerana kebanyakan kopi luwak yang dijual dikedai-kedai atau di pasaraya adalah dari luwak yang dibela. Luwak liar dengan luwak pelihara mana lebih baik hasil kopinya? sudah tentu luwak liar.

Semalam aku ada tulis dalam entry pasal kopi luwak yang aku jumpa di Cening Bagus berharga IDR150,000 (rm43), kopi yang sama jugak aku jumpa di fruit market berharga IDR60,000 (rm17) sahaja setelah ditawar. Kenapa harga kopi luwak yang dijual diluar boleh tawar menawar?

Menurut Pak Yadi, kopi luwak yang dijual kat pasaraya atau kedai-kedai biasa tu bukan 100% asli dari Luwak, sebungkus kopi luwak itu hanya ada beberapa biji je kopi luwak, selebihnya kopi biasa.

Phewww...nasib aku tak beli.

Dah dicampur rupanya. Patut lah harga murah.

Tetapi, kopi Luwak keluaran Domba memang 100% dari luwak, dan luwak itu luwak liar, bukan luwak bela. Berapa harga kopi luwak keluaran Domba?

Err...rm400 kot kalau tak silap. Aku lupa pulak, diaorang ada tunjukkan aku senarai harga setiap kopi termasuk lah kopi luwak.

Gulp. 

Jadi betul lah kopi luwak adalah kopi termahal didunia. Selain dari rasanya yang sedap, kopi luwak juga boleh mengubati pelbagai jenis penyakit, antaranya diabetes dan kanser. Entah lah, wallahualam.

Jadi, kopi luwak yang banyak dijual di Bali, yang harganya boleh tawar menawar tu belum tentu pasti 100% keasliannya, kalau betul-betul asli pun ia terhasil dari luwak yang dipelihara, bukan luwak liar.

from google
aku rasa macam ini lah keadaan luwak (musang) yang dipelihara, duduk dalam sangkar dan diberi makan biji kopi. Sebab itu Domba begitu bangga kopi keluarannya adalah dari luwak liar.




Bekas tapak pengeboman di Bali

Secara kebetulan kami lalu disini, Pak Yadi berhentikan kereta sekejap ditepi jalan. Umum dah tahu sejarah pengeboman di Bali yang berlaku pada 12 Oktober 2002. Peristiwa ini telah mengorbankan 202 orang dan 240 orang cedera yang kebanyakannya adalah warga asing. (sumber).

from google
keadaan semasa bandar Kuta di bom Oktober 2002.


Tapak cafe yang suatu ketika dulu pernah di bom

Nama-nama mereka yang terkorban, mostly warga asing




Selesai aktiviti jalan-jalan hari ketiga. Untuk hari ketiga ini kami tak keluar malam, kitaorang just tapau nasi di Wong Solo, makan di hotel. Aku malas nak keluar malam sebab nak packing beg, esok kami dah nak balik. So, nak get ready apa yang patut.

Untuk hari ini, kami dah pergi Ulun Danu Beratan di Bedugul, Fruit Market, Tanah Lot, Kilang Kopi Domba dan Tapak bekas pengeboman Bali.



Continue next entry.