Showing posts with label Terapi. Show all posts
Showing posts with label Terapi. Show all posts

Friday, August 9, 2019

Petani

Dulu masa sekolah, kita wajib akan ditanya, bila dah besar nak jadi apa?

Doktor?
Engineer?
Pilot?
Cikgu?

How about farmer?

Mesti tak ada sorang pun yang jawab....saya nak jadi petani cikgu! Nak tanam sayur!

Mesti kena bantai gelak ramai-ramai dengan kawan, kawan pulak spesis biawak suka menganjing, haha.

Bila dah mencecah diusia sekarang (masih muda, ehemm) aku rasa macam seronok pulak bermain dengan alam. Korek tanah, cabut rumput, tangkap ikan. Tak stress langsung, malahan ianya release stress. Maka benarlah, yang menyebabkan kemurungan pada diri kita adalah kerana manusia itu sendiri. Tanah, pokok dan alam tak pernah menyebabkan manusia stress. Dunia ni pun stress dengan perangai manusia...global warming, bukit kena tarah, hutan kena tebang, pembakaran hutan, etc.

Sebab itu aku rasa macam nak jadi petani. Sound funny? sound weird?

It's ok. Hidup ini tak perlu nak fikir apa orang lain akan kata. Kita buat apa yang kita suka. Selagi tak melanggar hukum agama dan negara, kita teruskan. Yang penting hati kita rasa seronok.





Tapi, bekerja dengan alam ni kotor sikit lah. Berpeluh dan berdaki. Bau badan hangit semacam. Muka berminyak berkilau, kulit terbakar dengan panahan matahari.

Penat memang penat tapi aku tak mengeluh sebab aku suka. Berbeza dengan kerja dalam office sejuk berhawa dingin, bermekap berbedak berlipstik mengadap kertas kerja, mengadap bos dan perangai manusia yang annoying. Rimas. Kerja selesa sejuk tak berpanas, tapi keseronokan tu tak ada. Hanya kerja sebab nakkan gaji, hahaha. Pengakuan ikhlas lagi eksklusif.



Sekarang ni aku hadkan aktiviti anak aku dengan gajet. Tak elok lah ajar anak mengadap handphone je, sekali sekala tak apa. Kalau tak dedahkan langsung teknologi terkini pada anak, tak boleh jugak, takut nanti ketinggalan. Cuma, hadkan. Ada batas.

Nasib baik anak aku jenis sukakan binatang, suka air, suka dengan aktiviti dikebun. Diaorang enjoy bermain dengan ikan. Jumpa siput, main dengan siput. Jumpa belalang, main dengan belalang. Masa weekend aku banyak dihabiskan dikebun.




Rumah aku jenis apartment, jadi memang tak ada ruang nak bercucuk tanam. Nasib baik ada tanah kebun sekangkang kera ni. This place is my playground. Kalau lepas hujan, duduk diam-diam, akan dengar bunyi burung berkicau, bunyi cengkerik. Very calm. Bunyi alam adalah sangat menenangkan.



No high heel. Inilah kasut aku. Selesa. Kalis air, dan yang penting kalis pacat. Kalau kaki termasuk sikit dalam air, jangan terperanjat kalau ada pacat melekat kat kaki. Kolam ikan aku ni ada pacat yer. Sebab tu aku pakai boot ni. Safety is very important, hehe.

Dan juga kalis sunburn! Kalau pakai selipar je kat kebun ni alamatnya hitam la kaki terbakar.


Zhareef pun pakai boot aku, longgar sikit. Tak lama lagi sama lah saiz kaki kami


 So, nak tanam pokok apa? Ada timun, peria, petola, kacang botol, terung, asparagus


 Aku dan husband ajar Zhareef tanam pokok


 Dia pun berminat kerja-kerja hands on macam ni. Bagi arahan dan terus buat.

 Dua beradik ni memang suka sangat lah tanam pokok, sebabnya dapat main pasir

 Dari main ipad, baik tanam pokok kan abang...


 Ini lah hasil selepas beberapa hari benih dituai oleh Zhareef.
Ini pokok kacang panjang


 Green hand jugak dia ni, tanam pokok menjadi.


Happy tengok anak pokok hasil tuaian dia




Monday, July 30, 2018

Ratakan tanah

Memang lepas-lepas ni cerita aku banyak pasal tanah je lah. Iye la kan, nak terbang tak boleh, kita merayap atas tanah aje gitu.

Last week husband aku sewa JCB untuk ratakan tanah dan buang semua pokok-pokok dan semak samun. Sewa dengan tokei cina, tapi pekerjanya india. Masa tengah buat kerja tu, jiran sebelah menyebelah ada datang, maka berkenalan lah husband aku dengan jiran tetangga. Diaorang baik-baik semuanya, dan masing-masing ada kebun sendiri. Semua jiran disitu adalah cina. 

Aku duk musykil juga, semua tanah disini rizab Melayu, macam mana Cina boleh duduk?

Ok, takpe. Tak penting pun nak pikir dalam-dalam. Yang penting diaorang semua baik-baik.

Yang best, dapat rambutan free. Dapat juga husband aku merasa durian jiran sebelah yang baru gugur. Syokkan ada kebun.

keadaan sekeliling kolam sebelum diratakan tanah

selepas siap buang semak samun dan ratakan tanah

lapang sikit mata memandang

Hampir siap kerja meratakan tanah. Belakang tu kilang papan. Sebelah kiri yang ada pagar tu tanah jiran sebelah. Nanti ada rezeki husband aku nak pasang pagar juga

Dua beranak ni dah siap test memancing kat kolam, banyak juga ikan berjaya dapat, pastu aku lah nanti yang penat nak siang ikan, alahai...


Monday, September 18, 2017

Melawat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Situasi yang sama macam minggu lepas bila keluar rumah tanpa arah tujuan. Kami memang suka buat ad hoc program. Aku macam biasa lah, kepala kosong. Tak sempat lah nak fikir mana nak pergi. Dan macam biasa, husband aku punya idea.

Mula-mula pegi makan dulu. Makan nasi ayam Mancongkam kat area Gombak.

Lepas tu, husband aku cakap, jom pegi melawat sekolah Tahfiz yang terbakar tu. Aku on jer, dan sebenarnya aku sangat suka dengan idea itu.

Jalan dikawasan perumahan menghala ke sekolah Tahfiz itu sesak teruk. Ramai umat datang melawat. Tengok kat waze, lagi 300 meter nak sampai, kami dah terkandas dalam kereta sebab jem menggila.

Husband aku cakap, pegi turun...jalan kaki. Kalau nak tunggu memang kematu bontot tak sampai-sampai. Aku turun, jalan kaki sorang-sorang. Husband aku dan anak-anak dalam kereta, bergerak slow2.

Keputusan turun dari kereta dan berjalan kaki adalah keputusan yang tepat. Sementara nak tunggu kereta husband aku sampai, banyak masa aku nak melawat kawasan sekitar sekolah dan snap gambar. Umat manusia sangat ramai, panas berdeting.

"Apa lah sangat panas matahari ini kalau nak dibandingkan dengan bahang kepanasan budak-budak tu terbakar"...aku cakap sendiri dalam hati.


Kawasan depan sekolah. Tak boleh masuk, hanya boleh melihat dan ambil gambar dari luar. Masa ni geng-geng motobike ramai berkumpul bawah khemah putih tu.

Tingkat 3 - kawasan yang terbakar teruk. Siapa-siapa yang tengok video semasa hari kebakaran pasti tak boleh lupa dengan bunyi jeritan anak-anak syurga ditingkap itu. Sayunya hati aku.

Tak terjangkau dek akal, kebakaran ini dilakukan oleh tangan seorang budak. 

Today's world is so scary when children murdered by another children.

 Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Aku ada seorang kawan yang tinggal di kuarters tentera tak jauh dari sekolah tahfiz ini. Menurutnya, sekolah ini adalah penempatan sementara untuk pelajar-pelajar tinggal dan belajar kerana sekolah yang sebenar dalam pembinaan.

Pada hari kejadian, kawan aku kebetulan terjaga dari tidur sebab baby dia menangis. Tak terfikir diluar sana ada kebakaran. Kebetulan dia jengah di sliding door, dan terkejut melihat api marak membakar sekolah tahfiz tu.

Dan dia pun pelik api marak begitu cepat. Dia dengar jeritan suara anak-anak tahfiz mintak tolong. Lepas itu, azan berkumandang walaupun waktu itu belum masuk waktu subuh. Azan dilaungkan untuk meredakan api, tapi menurut kawan aku, api semakin marak.

Dan...sedikit demi sedikit suara jeritan anak-anak itu senyap begitu sahaja.

Yer, dia terkesan dengan kejadian ini. Sangat terkesan. Jeritan suara itu terngiang-ngiang ditelinganya.


Antara yang hadir melawat sekolah tahfiz


Aku rasa ini lah awning tempat anak-anak tahfiz yang sempat terjun dari atas untuk menyelamatkan diri. Sebenarnya, sekolah ini bukanlah daif sangat. Binaannya dari konkrit, cuma silapnya cuma ada 1 pintu masuk dan keluar. Mungkin ada kelemahan lain dari segi keselamatan, tapi disebabkan kebakaran ini dirancang dengan begitu tak terlintas dek akal, dengan niat mahu menganiaya, anak-anak tahfiz terperangkap tak boleh keluar kerana pintu dikunci dari luar. Tong gas sengaja dibocorkan, dan ada tilam diletakkan di pintu.

Ada seorang baby dan kanak-kanak berusia dalam lingkungan 4 tahun, anak ustaz yang mengajar disitu semasa kebakaran, tapi mereka sempat diselamatkan oleh anak-anak tahfiz.

 Sepi

 Tangga menuju je masjid

 Peristiwa ini tidak akan luput dalam ingatan
Selamat jalan anak-anak syurga
Semoga berbahagia di negeri abadi

 Disini tersedia tabung derma untuk sesiapa sahaja yang sudi menghulurkan bantuan seikhlas hati

Bagi yang tidak berkesempatan datang, boleh menghulurkan bantuan secara online menggunakan akaun ini.


"Tidaklah akan berkurang harta yang kita infaq/sedekahkan dengan ikhlas kerana Allah, melainkan Allah akan menggantikannya dengan berlipat ganda"




Monday, July 31, 2017

Ujian mental

Semalam Dr. Suriyakhatun share satu post di fb mengenai ujian mental yang dilakukan oleh Public Health of Malaysia. Aku tergerak hati nak buat. Ujian ini boleh dibuat secara online tapi kuota untuk online sehari terhad kepada 10,000 orang sahaja. Nasib aku baik semalam sebab sempat buat, kalau dah cukup kuota boleh buat secara manual.

Selama ni kita selalu menitik beratkan kesihatan fizikal, tetapi berapa ramai yang mengambil kisah pasal kesihatan mental? Sebenarnya ramai dikalangan kita yang ada masalah mental tapi kita tak sedar. Masalah mental bukan beerti kita gila. Kalau kita mengalami stress melampau, itu dah dikira mental kita tak sihat sebenarnya.

Dalam ujian ini, kita kena jawab beberapa soalan mudah. Walaupun mudah tapi ianya berkait dengan mental kita.

Keputusan ujian ini akan dihantar melalui email. Dan dibawah ini adalah keputusan ujian yang aku buat.


 Ini aku baru print screen tadi, kuota dah penuh. Semalam kuota ada lagi


 Keputusan: Semua normal
hahaa..

Disarankan buat ujian ini setiap 6 bulan (jika perlu)
Untuk orang macam aku yang hari-hari melayan kerenah anak, yang selalu stress...rasanya memang perlu buat ujian ini setiap 6 bulan..
kahkahkahkah...


Aku ingat tahap stress aku tinggi, rupanya normal. Lega juga lah. Tahap kemurungan dan kebimbangan aku juga normal. Hahaaa...kiranya aku bukan berada ditahap stress yang tak dapat dikawal.

Ramai tau yang mengalami stress, kemurungan dan kebimbangan (keletihan) sampai tak boleh kawal...tapi mereka tak sedar yang mental mereka tak sihat. Sekali lagi aku ulangi, mental tak sihat bukan beerti kita gila, yang sampai tahap gila tu bila ianya dah tak terkawal dan teruk sangat. Sebelum jadi teruk, kita check dulu.


Thursday, February 18, 2016

Hati



 image: google

Kuasa media sosial seperti facebook memang dasyat. Di facebook, kita boleh tengok macam-macam gambar. Gambar orang pergi bercuti, gambar makanan, gambar anak-anak....dan segala apa saja gambar yang orang ramai share. 

Tapi, ada satu artikel yang entah siapa penulisnya aku pun tak tahu. Pesanan si penulis jika dibaca dari sudut positif, ada betulnya. Antara pesannya:

"Sembunyikanlah kegembiraan kita, kerana mungkin ada yang sedang berduka"

"Sembunyikanlah kekayaan kita, kerana mungkin ada yang papa kedana"

"Sembunyikanlah  kesihatan kita, kerana mungkin ada yang sedang sakit"

"Sembunyikanlah kejayaan kita, kerana mungkin ada yang merana"

"Sesungguhnya perbuatan merendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk itu amalam yang mulia. Yang lepas itu biarkan ia berlalu. Marilah sama-sama berusaha kearah kebaikan"


Seringkali aku dengar rungutan dan ayat-ayat berbaur 'cemburu' bila ada orang upload gambar makanan sedap-sedap atau gambar orang pergi bercuti ke satu tempat yang indah...ayatnya berbunyi seperti ini:

"Nak menunjuk lah tu...pegi jalan-jalan sana sini, tau lah banyak duit"

"Macam dia sorang ada anak, sikit-sikit upload gambar anak, sikit-sikit letak gambar anak"

"Tunjuk gambar makan kat tempat mahal, macam dia sorang ada duit...macam dia sorang yang mampu"


Aku selalu dengar dan terbaca komen-komen berbaur seperti itu. Dari kenyataan diatas, ada sorang hamba Allah pulak memberi kenyataan balas, yang mana aku rasa aku setuju dengan beliau.

"Sebenarnya orang kita ni ramai ada penyakit 'hati'. Sebelum nak kata orang lain menunjuk-nunjuk atau berlagak, sila baiki hati masing-masing. Kalau semua gambar yang diupload dimedia sosial dikategorikan sebagai riak dan menunjuk-nunjuk, habis tu apa fungsi media sosial itu sebenarnya? Jika begitu, padam saja akaun facebook anda, tak payah nak ber-facebook"

Apa niat seseorang semasa dia berkongsi gambar bukan masalah kita sebenarnya, jika dia nak riak atau nak menunjuk-nunjuk, itu urusan dia dengan Allah. Pada aku, aku lagi suka tengok gambar-gambar orang lain yang pergi bercuti, atau pergi makan....sekurang-kurangnya kita dapat merasai kegembiraan itu dan dapat bersama-sama berkongsi info tentang sesuatu perkara.

Contoh 1, ada kawan pergi melancong ke Europe. Setidak-tidaknya kita boleh tanya dia tips-tips nak ke sana, apa persediaan, apa kelengkapan dan berapa banyak kos yang perlu disediakan. Kalau kau selalu fikir negatif pasal orang, memang sampai bila-bila lah kau akan sentiasa negatif dan suka berprasangka buruk pada orang. Padahal niat orang tu hanya nak berkongsi, tapi disalah erti nak menunjuk.

Contoh2, ada kawan upload gambar makanan yang nampak menyelerakan. Dari sudut positifnya, kita boleh mintak pendapat dia sedap tak makanan tu, harga berpatutan tak, highly recommended or not, lokasi dimana. Kalau orang yang negatif, akan terus berkata-kata...nak riak, nak menunjuk-nunjuk atau berlagak.

Sebenarnya kau ada masalah HATI.

Pengalaman aku pula, pernah lah aku terbaca status seseorang di FB pasal anak. Dia komplen pasal orang duk upload gambar anak macam dia sorang ada anak. Masa tu, dia ni belum ada anak lagi, tapi dah berkahwin lah. Lepas baca status dia yang macam tu, aku agak sentap juga lah, tapi aku biarkan aje. Nak dijadikan cerita, Allah bagi dia rezeki seorang cahayamata yang comel. Lepas ada anak, hahh ambik kau...dia pulak duk upload gambar anak, duk cerita pasal anak. Hari-hari duk mengomel pasal anak dia.

Kihkihkih...aku ketawa sorang-sorang. Kesimpulan, jangan mengata orang, nanti terkena kat batang hidung sendiri, baru tahu.

Berpesan-pesan itu tak salah, at least kita sentiasa beringat dan muhasabah diri. Fungsi FB dan IG itu memang untuk kita berkongsi gambar dan apa saja yang baik, jangan mudah sangat nak tuduh orang yang bukan-bukan. Sebab tu lah sekarang ni, aku sedang cuba menjauhi mereka-mereka yang negatif. Tak payah jadi kawan pun takpe.

Dan tiba-tiba aku terfikir, habis tu...yang blogger-blogger duk share kisah diaorang travel sana sini tu....menunjuk-nunjuk ke?


Sila lah bersihkan HATI anda. Berlapang dadalah dalam memberi atau menerima pendapat.




Monday, September 28, 2015

Speech Delay : Bahagian 1

Orang yang ada anak akan merasai perasaan ini:

Bila anak pandai bercakap!

Dua tiga patah perkataan pun jadi lah, at least dia boleh sebut mama, papa, ibu, ayah, umi, abi....dan yang sewaktu dengannya.

Tetapi, setiap anak berbeza perkembangan dan tingkah lakunya. Setiap anak juga berbeza dugaannya.

Dugaan yang aku dapat ialah bila anak lambat bercakap.

Speech delay!

Perkembangan badan....kusssss..smangat, takde masalah, hihi. Sehingga kini berat badan dia tak pernah turun, cuma dia semakin meninggi, sebab itu dia nampak kurus dan slim. Dari segi kesihatan, alhamdulillah, dah jarang-jarang kena sakit, mungkin sebab antibodi dia dah kuat berbanding dulu.

Bercakap mengenai speech delay, aku kena buat baaaaaaanyak appointment dengan pihak hospital untuk mengatasi masalah ini, disamping untuk tahu juga apa masalah sebenar seseorang kanak-kanak yang menghadapi masalah lambat bercakap.

1. Appointment dengan Speech Therapy
2. Appointment dengan Audiology
2. Appointment dengan ENT

Setiap appointment mengambil masa berbulan-bulan, maklumlah kena tunggu giliran dan waktu free pakar-pakar untuk melayan kita, kena beratur yer. Tapi demi untuk anak, aku redha saja lah. Maka, banyak lah cuti aku tergadai dek memenuhi rutin appointment ni.

For you son, i'll do anything!!  ecehhh..

Kenapa banyak sangat appointment kena buat? Kata ada masalah speech delay je, apasal pulak sampai kena pegi audiology dan ENT?

Begini..

Kanak-kanak yang mengalami masalah speech delay ada kemungkinan mengalami masalah pendengaran. Masalah pendengaran ini bukan bermakna kanak-kanak itu pekak, jangan salah faham. Jangan terkejut terus meroyan pulak. Macam ni lah, aku cerita step by step kronologi kisahnya.

1. Speech Therapy

Mula-mula, aku berjumpa dulu dengan speech therapist di Hospital Putrajaya. Aku lupa pulak apa nama doktor tu, doktor perempuan. Masa berjumpa, dia suruh dudukkan Zhareef betul-betul sebelah dia supaya senang dia nak berkomunikasi dengan Zhareef. Lucky me haritu Zhareef tak meragam, aku risau juga takut dia mengamuk.

Doktor start berbual dengan dia, tanya dia macam-macam, dan seperti biasa Zhareef bagi response tetapi dalam bahasa dia lah, hehe. Sambil-sambil tu doktor banyak bertanya soalan pada aku dan husband.

Antara soalannya:
- Berapa patah perkataan yang Zhareef boleh sebut?
- Dia minta aku list kan setiap perkataan itu.
- Berapa kerap kami berkomunikasi dengan Zhareef sehari?
- Apa aktiviti yang selalu dibuat dirumah?
- Cara bermain macam mana?

Soalan lain, aku lupa.

Then, tiba-tiba doktor semak buku check-up Zhareef lalu keluar lah soalan ini:

"Puan pernah bawa dia buat ujian pendengaran tak? Sebab saya tengok dalam buku ni, anak puan pernah fail ujian pendengaran."

Gulpp.

"Pernah doktor, tapi fail, dan lepas tu tak penah buat lagi".. aku jawab.

Dan dari situ doktor detect something.

"Macam ni, puan kena bawa semula anak puan buat ujian pendengaran. Ujian ini bukan bermakna anak puan tak boleh mendengar, tapi kita nak check tahap frekuensi pendengaran tu, kadang-kadang ada setengah kanak-kanak tak boleh mendengar frekuensi bunyi yang terlalu perlahan"

Bla, bla, bla.....banyak lagi doktor tu cakap, aku tak ingat.

Doktor itu cuba penggil nama Zhareef dengan nada suara perlahan, dan alhamdulillah Zhareef response, tapi aku tetap juga kena buat appointment dengan pihak audiologi. Pheww. Redha aje lah dengan prosedur pihak hospital.

2. Audiologi

Seperti yang dijanjikan dalam buku appointment, aku pergi pulak ke department Audiology untuk buat ujian pendengaran. Ada satu lagi masalah baru, ujian tak boleh dilakukan kerana dalam telinga Zhareef ada banyak tahi telinga (bahagian dalam yang memang tak dapat nak korek tahi telinga), dan di gegendang telinganya ada air. Jadi, ujian tak boleh dibuat.

"Kalau buat ujian pun memang sah-sah fail" kata doktor.

Maka, doktor suruh aku buat appointment dengan ENT pulak untuk buang tahi telinga. Phewww. Lepas buang tahi telinga, baru buat appointment baru dengan Audiology.

3. ENT (Ear, Nose & Throat)

Seperti yang dijanjikan, aku pergi semula ke hospital, dah siap register bagai, terus tunggu giliran di ENT department. Masuk je dalam bilik, doktor masukkan kamera dalam lubang telinga dia, boleh tengok direct kat skrin besar apa yang ada dalam telinga budak ni. Alhamdulillah juga masa ni Zhareef tak mengamuk.

Doktor keluarkan seketol tahi telinga dari telinga kanannya. Terkejut aku tengok tahi telinga dia..hahaha. Memang banyak lah. Dan aku rasa mungkin itu salah satu faktor kanak-kanak tak dapat mendengar frekuensi bunyi yang halus dan perlahan.

"Dekat gegendang telinga dia ada air, air tu kalau dibiarkan takut kena infection, bahaya. Jadi, anak puan kena makan ubat selesema untuk keringkan air dalam telinga tu. Ubat ni kena makan non-stop selama 1 bulan. Nanti lepas 1 bulan, kita check semula telinga dia, kalau air tu masih ada, kita terpaksa buat lubang sikit untuk keluarkan air"

Fuhhh...buat lubang? Ngeri pulak aku dengar.

Maka, pihak hospital bekalkan beberapa botol ubat untuk Zhareef makan setiap hari, bertabahlah dia kena telan ubat. Terpaksa lah sayang, demi nak sihat dan baik pulih kesihatan telinga tu.

Dah setel segala kat ENT, buat semula appointment dengan audiology untuk ujian pendengaran. Lepas tu, baru berjumpa semula dengan Speech Therapist.

Haa, nampak tak liku-liku kehidupan yang kami tempuhi bersama, hehe.

Dibawah ini aku senaraikan perkataan-perkataan yang Zhareef kenal dan boleh sebut dengan pelat-pelat dia.

 kategori binatang

 kategori makanan

lain-lain..


Itu lah antara rentetan permasalahan anak aku, alhamdulillah, lepas dah melalui appointment demi appointment, ada sedikit peningkatan dalam jumlah perkataan yang Zhareef boleh sebut. Senarai perkataan diatas itu adalah yang terkini, kalau sebelum ni lagi sikit perkataan yang dia boleh sebut.

At least ada improvement kan, itu pun dah cukup membanggakan aku. Moga-moga lepas ni dia lebih banyak belajar perkataan-perkataan baru.

Next time aku kongsikan apa yang speech therapist ajar untuk membina ayat kepada kanak-kanak.



Note: Untuk makluman, Zhareef adalah seorang yg suka bercakap, tapi percakapannya adalah dalam bahasa dia yang kadangkala amat sukar aku fahami, hehe.