Monday, December 31, 2012

berakhirnya 2012

Tahun 2012 bakal melabuhkan tirai (ayat buku). Aku rasa tahun ini lah tahun paling fantastik dalam hidup.

Kenapa?

Kerana tahun 2012 ini aku melahirkan Zhareef, menjadi ibu kepada seorang anak comel. Ini lah yang fantastiknya. Sepanjang 9 bulan mengandungkan Zhareef, aku tidak mengalami sebarang masalah, alhamdulillah. Aku tak muntah, aku sangat berselera makan, lena tidur dan....suka berjalan. Aku boleh berjalan dalam mall tanpa membeli apa-apa dan pergi ke taman-taman sambil memetik kamera.

Di saat hampir tiba aku bersalin pun aku masih sempat ajak family berjalan-jalan ke Cameron Highland, tapi hasrat itu termati di situ sahaja kerana sehari sebelum ke sana, aku dah sakit...sakit nak bersalin.

Pengalaman mengandung memang best. Walaupun tubuh badan ini sangat penat tapi keseronokan itu tidak ada tolok bandingnya. Begitu juga pengalaman ketika sakit di labor room. Sakitnya bersalin tu tak terucap, macam nak putus nyawa, tapi bila tengok muka baby, hilang rasa sakit. Indahnya bersalin! Itu lah nikmat yang Allah bagi kepada setiap wanita bergelar ibu.

Pengalaman menjaga Zhareef sangat mencabar. Aku stress setiap malam kerana Zhareef selalu buat perangai, suka merajuk dan kuat menangis. Sehingga sampai satu tahap aku takut nak menghadapi waktu malam, aku takut nak berdepan dengan Zhareef yang bakal mengaruk tu. Bila ingat balik, aku tersenyum sorang-sorang.

Tapi...

Ada satu perkara yang aku kira paling menyedihkan dalam hidup ini. Aku adalah salah seorang ibu yang gagal memberikan anaknya minum susu ibu secara ekslusif. Aku dah gagal. Aku hanya sempat beri Zhareef minum susu aku semasa dalam pantang, itu pun tak banyak. Aku makan macam-macam kononnya untuk menambah susu, tapi hasilnya sangat mendukacitakan. Dalam diam-diam, aku sangat cemburu melihat ibu-ibu lain yang berjaya menyusukan anaknya tanpa sebarang masalah. Setiap kali aku baca artikel mengenai breast feeding, hati aku menangis.
 
 
Aku melihat Zhareef membesar depan mata, melayan kerenah dia, mandikan dia, tidurkan dia dan memujuk dia semasa dia merajuk. Semua itu rutin harian aku sepanjang tempoh berpantang. Bila tiba waktu aku kena memulakan hari pertama untuk ke ofis, aku menangis. Aku tak sampai hati nak serahkan Zhareef kepada pengasuh. Mungkin Allah makbulkan doa aku. Selepas pengasuh Zhareef tak mahu jaga dia lagi, adik aku sedia membantu. Aku kini lebih tenang meninggalkan Zhareef di bawah jagaan adik aku sendiri.


Dan kini, Zhareef semakin membesar dan semakin aktif. Beratnya sudah 6kg dalam masa 2 bulan. Dia dah pandai isap jari, jilat-jilat tangan dia yang debab tu. Pukul 4 pagi dia rajin kejutkan aku untuk ajak aku bermain dengan dia.

Baru aku tahu betapa seronoknya ada anak!

Ini lah pengalaman paling berharga sepanjang tahun 2012, kenangan yang tetap segar dalam ingatan. Aku berdoa dan berharap, tibanya tahun baru 2013 nanti bakal membawa sinar baru dalam hidup kami sekeluarga.


Selamat Menyambut Tahun Baru 2013.





Friday, December 28, 2012

Trick Art Museum

Trick Art Museum, I-City Shah Alam.

Tempat yang aku rasa not bad to come with family and friends. Tapi aku tak berapa nak enjoy. Pertama, sebab diaorang dah datang dulu tempat ni. Sapa diaorang tu? family aku, husband aku dan.......anak aku. Uwarghhh....Zhareef tak ajak mama pun yea....sedey tau. Semalam baru bawak mama datang sini.

Kedua, adik aku ambil gambar banyak gegar...ishhh...ni yang terpilih je la boleh tepek kat sini. Orang yang aku harapkan amek gambar kena layan si kecik tu...

Ketiga, aku nampak sangat....ehemm...gemuk chomel dalam gambar. Hahahaha.

Tension!

Bila nak kurus ni...

 di pintu masuk

 salah satu lukisan 3D dalam museum

owhh....angel la sangat....


Tiket masuk rm5 sahaja.

Sila la datang!





Thursday, December 20, 2012

sama tapi berbeza

 ini mama Zhareef masa kecik...


ini pulak Zhareef....





muka kitaorang sama tak?

hehehe...





Monday, December 17, 2012

akar fatimah


Ini ialah akar fatimah, ada orang panggil bunga fatimah. Datangnya dari Mekah, hanya ada di Mekah. Cik PuanLawa yang perkenalkan akar fatimah ni.

Tujuan memperkenalkan akar fatimah ni...untuk buat air selusuh.

Rupa bentuk akar fatimah ni kuncup je....dan kering.


Tapi bila dah rendam semalaman....akan jadi kembang semangkuk macam ni.

Orang kata, makin kembang akar ni, makin mudah lah bukaan servik semasa nak bersalin nanti. Wallahualam....kita hanya berusaha, Allah juga yang menentukan.

Saya minum air ni start mengandung 7 bulan. Rasa air ni macam maung-maung sikit. Sebelum minum, baca selawat 3 kali.

Bukan nak percaya 100% pada air ni, kita hanya berusaha kan, yang penting berdoa semoga kita dipermudahkan bersalin.

Insha Allah.



note: dah siap rendam semalaman, transfer la air tu dalam botol, lepas tu keringkan semula akar fatimah ni, bila dah kering dia akan kuncup balik macam asal. Boleh bungkus dalam surat kabar, simpan dalam freezer. Boleh guna sampai anak ke-5, 6 ok....tahan lama.


bila berjauhan


Lama dah tak gomol-gomol budak montel nih.....lama ke? baru 2 hari tak jumpa. Tapi 2 hari tu macam 2 tahun. Hari sabtu lepas mak bawak balik Zhareef ke kampung. Esoknya mak call...

"Anak ko mengaruk, dia tak nak tido...dia cari ko..."

Sayu rasa hati ni jah....

Miss u so so much my cute pumpkin..





Friday, December 14, 2012

blog lain

Feel free to visit my other blog, click here.


Wednesday, December 12, 2012

2 pengasuh dalam masa 5 hari


Kesian Zhareef, pengasuh dah reject dia. Katanya Zhareef asik nanges jek. Takpe la sayang...dia pun ada masalah dalaman, baru aku tahu kisah dia kenapa dia reject si kenit ni. Kalau aku tau dia ada masalah macam tu, awal-awal lagi aku yang reject dia dulu.

Dia sempat jaga Zhareef 4 hari je. Lepas tu surrender, tak sanggup. Aku dah tanya awal-awal dulu, boleh ke jaga budak 5 orang? dia kata boleh. Sangat konfiden. Lepas tu bagi mesej bagitau tak boleh jaga pulak, baby asik nanges. Ermmm...terkedu aku sekejap.

Tapi benda dah lepas. Sekarang Zhareef di jaga oleh pengasuh lain pulak, jiran dekat-dekat rumah pengasuh lama tu jugak. Harap-harap yang ini kekal.

Lama aku sembang dengan Cik Nah (pengasuh baru Zhareef) semalam, dia dah berumur, lingkungan 50-an. Aku rasa dia golongan otai dalam hal menjaga budak ni. Tapi kalau dia pun reject Zhareef, aku tak tau nak cakap apa. Mintak di jauhkan.

Memang penat jadi ibu. Tapi bila tengok muka anak, hilang penat.

Dan esok....Zhareef akan ikut nenek balik kampung, tinggal la mama dan papa kat rumah berdua je. Sunyi la rumah nanti, takde suara kenit ni malam-malam nanges mintak susu, mintak di peluk, mintak di dodoi.

Alahai.

 


12.12.12



Aku penat. Kalau dapat santai-santai tepi pantai lega sikit kepenatan ni.



Hari ni 12.12.12.

Mesti ramai orang kawen hari ni kan.
 



Tuesday, December 11, 2012

optimis

Aku sentap. This things will be impact on my life throughout of the year. But, on the other hand, I was trying to find something that can back-up myself and family, my son especially.

Maybe I am too quiet, but it doesn't mean I do not exist here.If I tell you the story about what I feel, I don't think everyone can understand because they do not go through it.

Aku optimis. Orang Islam kata....bukan rezeki. Pasrah saja lah.

Monday, December 10, 2012

1st day masuk ofis


Hari ni hari pertama masuk kerja setelah lebih 2 bulan bercuti. Hari kamis dan jumaat lepas test hantar Zhareef pada pengasuh. Meleleh air mata nak tinggalkan dia. Hari pertama dia agak meragam sebab tak kena cara tidur. Hari kedua baru ok sebab pengasuh tu dah tahu cara Zhareef tidur macam mana.

Dan hari ni, hantar Zhareef pada pengasuh dengan hati yang berat. Hari-hari bercakap dengan dia...suruh dia janji jangan buat perangai kat rumah pengasuh. Kalau nak manja-manja, tunggu balik rumah, manja-manja dengan mama dan papa je. Bila cakap macam tu kat dia....dia sengih....dia paham kan?

Dalam kereta pagi tadi, sebelum turun...sekali lagi cakap dengan dia...jangan buat perangai, mama nak pergi kerja, petang nanti mama amek, boleh manja-manja semula.

Uwargghhhh....sungguh syahdu nak tinggalkan dia. Bergenang air mata. Nak meleleh.






Thursday, December 6, 2012

macam-macam crepe

 mango crepe

 kiwi crepe

 strawberry crepe

 milo crepe

durian crepe


Dalam banyak-banyak crepe.....pemenangnya ialah durian crepe. Mango dengan kiwi ok la...strawberry kurang berasa,....milo lagi kureng.

Apa-apa pun....durian jugak nombor satu. Maklum la king of fruit kan...




Wednesday, December 5, 2012

kura-kura



Satu benda yang saya suka tengok ialah tengok anak bujang trang tang tang ni tidur. Mula-mula sopan, elok kepala berbantal...lama-lama bantal ke mana...kepala ke mana..


Pastu bila bangun tidur kepala jadi macam kepala kura-kura....kihkihkih...