Thursday, May 27, 2010

Mount Kinabalu - Day 2 (Snorkeling)

On the 2nd day, we have been doing the snorkeling activities in three islands, Mamutik Island, Manukan Island and Sapi Island. Sangat seronok. Sampai terbakar kulit muka dgn tangan. Jom layan gambar.


Di Pulau Mamutik.


selamat dtg...
buat mcm rumah sendiri..
dont shy shy..


sudah ku katakan....posing itu wajib..

damai..

posing lagi sebelum naik bot..

ready to go..

gaya tu penting...gaya mutu keunggulan..
saya suka laut walaupun saya bodoh berenang..


selamat dtg ke Pulau Mamutik

baru sampai terus posing...
perkara wajib kan..


konon2 mcm tgh berenang...
hahahaha..


athirah & I

ok....kita ke pulau manukan pulak..


Di Pulau Manukan.


jemput...jemput...
dont shy shy


ada org tgh sedih sbb handphone dia terendam dalam air..

jeti pulau manukan

main di gigi air..
berlakon je ni...utk posing

"peace"

air ni sgt dalam okey...

mcm anak2 ikan..
masa ni lah fad tak sedar dia dah berenang dgn 2 handphonenya...
cian....tak dpt di selamatkan...
how 'bout new iPhone?
hikhikhik


saya suka,seronok...sampai pening nak muntah..
mabuk laut kot..

ada nemo..
ala tomei2..

tapak sulaiman


Ini lah aktiviti paling seronok yg pernah saya rasa. Walaupun tak pandai berenang, sedaya upaya juga saya kayuh dgn harapan dpt bergerak dlm air. Makin laju ku kayuh, makin penat tapi tak bergerak2 jugak...hahaha.

Moment yg paling manis...

Situasi paling seronok sepanjang hayat saya...


Mamutik-Manukan-Sapi
19 May 2010.

Wednesday, May 26, 2010

Mount Kinabalu - Day 1

Flight : 4.00 pm
Total yg join mendaki : 9 orang (semua perempuan, hebat tak? kahkahkah)

Saya keluar rumah lebih kurang pukul 9.30~10.00 pagi. Saja keluar awal, konon nak elak jem. Dari rumah saya, adik, yat dan fad naik teksi ke KL Sentral. Dari KL Sentral kami naik Skybus ke LCCT.

Mode: sangat teruja


ada orang kata gambar ni macam 'bajet lawa'...
hahahaha...saya berdekah-dekah....
ada aku kisah...


Lagi bape minit nak naik flight...
posing dulu....ini wajib..


di atas awan, saya fanatik melihat ciptaan yang Maha Esa..
terasa kerdil...


kami tiba di KKIA lebih kurang pukul 7.30pm
dah gelap..
Sabah cepat gelap...
best kalau puasa kat sini...hikhikhik


Kami stay di DeGalleria Hotel. Lepas check in, keluar malam ramai2 cari makan, posing kat tengah2 bandar KK, borak2, ketawa2.....indah!
and we had diner at Sugar Bun.

We are waiting for food...

suasana dalam kedai makan..

my menu: fish soup
tapi rasa sup dia mcm pelik...
tapi saya bedal juga...



No activity utk 1st day.

Next entry : Snorkeling

Monday, May 24, 2010

back from kk

Saya penat!

tapi sgt gembira dan bangga..

finally....I reached kinabalu!

alhamdulillah...

lepas berjam2 bertarung nyawa mcm nak mati...akhirnya saya sampai ke Low's Peak of Kinabalu tepat jam 5.45 pagi semalam dan sempat menyaksikan matahari terbit.

ok....saya nak rehat dulu.


Monday, May 17, 2010

away from office

Phewwww....I will be away from office and home, possibility a week. Hari ni pun amek halfday. Bye2 frens for a while.

Kawan2 opis jgn rindu2 kan aku yer........wakakakakakaka...


Kinabalu....tunggu aku dtgggg...

last training

Ahad. Masih lagi bersemangat training panjat bukit apek. Semangat membara la katakan. Lagi 10 minit nak sampai puncak, saya tengok Yat dah duduk. Nak pitam katanya. Saya pun duduk sebelah dia. Perut saya kelaparan. Sebelum pegi dah beli roti dan coklat tapi tinggal dalam kereta. Cerdik tak aku?

Tengah rilek2 tu sambil menunggu fad dan adik yg masih belum sampai, saya makan kacang. Boleh la utk alas perut. Tiba-tiba ada sorang budak perempuan cina dlm linkungan umur 5-6 tahun menegur kitaorg. Dengan pelatnya dia kata:

" Kamu sudah sampai ke puncak ke belum?"

Saya dgn Yat dah tercengang. Peramahnya budak ni.

"Belum..", saya dan Yat jawab serentak.

"Ooo...saya sudah sampai atas, saya mahu turun. Saya sudah berehat selama 20 minit"..budak tu kata lagi.

Nak tergelak pulak dgr budak cina tu cakap. Kata-katanya sangat skema. Ayat buku.

Saya tanya dia lagi... "Sorang je ke? mana kawan?"

"Takde kawan, ada kakak".

Saya toleh ke belakang. Yg follow budak ni mcm rupa pompuan indon. Rupa2nya tu orang gaji dia. Dia panggil kakak. Hehehe.

Pastu kitaorang meneruskan perjalanan sampai ke puncak. Tgh duduk2 rehat tu jumpa pulak dgn Makcik (saya tak tau nama dia apa, tapi makcik ni geng kak wana yg sama2 panjat kinabalu, ex-MMC, skg keje Technip). Dia pun bagi la segala mcm tips utk kitaorang yg bakal2 menawan puncak kinabalu ni. Seronok gak borak2 ngn dia. Husband dia siap tolong call kan guide kat sana, booking utk kitaorang. Bagus kan....

Pray for us to be a part of Malaysian to the summit of kinabalu.

Friday, May 14, 2010

selamat hari guru


Selamat hari guru kpd semua cikgu2 bekas sekolah saya, SKBE dan SMKUH. Juga kpd mereka2 yg bakal bergelar guru, tak kira lah guru tadika ke, guru tarian ke, guru muzik ke, guru menjahit ke, guru silat ke, guru tekwando, guru mengaji, guru memasak, guru vokal dan segala mcm jenis guru lah. Asalkan pangkal namanya 'guru'.

Jadi lah guru yg berwawasan, ikhlas mendidik anak bangsa dan bertanggungjawab. Sapa kata jadi cikgu ni senang?sapa kata?sapa kata? susah tau....

kesian

Semalam, saya berbual dengan kawan dlm perjalanan balik ke rumah dari ofis. Perbualan yg santai tapi penuh makna. Mengenai masa depan. Mengenai hati dan perasaan. Kadang2 seronok juga bukak topik hati dan perasaan sambil memandu dan layan jem. Sambil bercerita sambil menyumpah-nyumpah driver kereta depan yg lembab mcm siput. Seronok.

Jangan menerima cinta seseorang kerana kesian atau tak sampai hati nak menolak. Ini lah topik kitaorang. Simple but nice kan.

Kalau tak ada perasaan suka atau cinta atau sayang, lebih baik berterus terang dari awal. Tolak dengan cara baik. Supaya salah seorang tak makan hati. Kalau menerima seseorang kerana kesian, itu menipu diri sendiri. Nasib manusia tak sama. Ada orang mula2 kesian, tapi lama2 syg. Tapi ada orang mula2 kesian, sampai tua pun kesian. Bila dah terima seseorang kerana kesian, maka segala apa yg berlaku selepas itu kena lah redha.

Sebab confirm lepas tu kita byk makan hati.



Sekian.



note: ini kisah seorang kwn yg saya kenal. belajar dari pengalaman org. takut sebenarnya. takut nak menempuh hidup yg akan dtg. Kesimpulan: Marriage is not easy.




Thursday, May 13, 2010

ketika cinta bertasbih




Housemate beli VCD cerita Ketika Cinta Bertasbih yg dikirim dari Indonesia. Saya tak sure ada jual kat Malaysia ke tak. Cerita ni best. Cerita kedua yang saya suka selepas Ayat-ayat Cinta.

Cerita yg bagus bukan berdasarkan pelakonnya, tapi penulisnya. Congrats to Habiburrahman El Shirazy kerana dah menghasilkan sebuah novel yg bagus (walaupun saya tak baca...kekekeke).



killing me softly

Ubat bosan....tersuka dgn persembahan Joe Flizzow dan protegenya.










Lyrics | Fugees lyrics - Killing Me Softly lyrics

Wednesday, May 12, 2010

fad's birthday

Age is just a number. Don't make the age as a barrier for us to do what we want to...life must goes on, have fun! Happy birthday Fad. You're 3 series now.
We were celebrated her birthday in the office yesterday with a delicious Chocolate Indulgence cake from secret recipe and Domino's Pizza. She's praying to be a part of our group to the summit of kinabalu. Yeahhh...next week insyaAllah.
My colleagues were eating the pizza dgn lahapnya...

Tuesday, May 11, 2010

Tag dari Ju



1. COPY AWARD INI MACAM DAPAT GRAMMY , APA PERASAAN ANDA ?
Gembira. Appreciate to the sender, Puan Juriah a.k.a Lucky mummy.


2. BERITAHU SAPA DAN LINK PEMBERI AWARD INI
Cik Puan Ju

3. NAME THAT PEOPLE CALL YOU:-
Julie
Yie


4. THING YOU DONE YESTERDAY:-
1. Terima parcel, belek2 isi dalamnya...terasa gumbiraaaa...
2. Buat Spec HVAC (baru intro & Scope of work)...wakakaka...
3. Beli sandal....


5. FIVE WAYS TO BE HAPPY...
1. Fikir yg elok saja, org putih kata think +ve
2. Blogging & blogwalking
3. Main cafe world
4. shopping
5. tgk tv sambil bergosip...hehe


6. APA DALAM FIKIRAN ANDA , BILA ANDA MENJADI KAYA ?
mcm2 yg saya angankan...hahaha...yg merepek pun adoooo...


KAWAN-KAWAN YANG KENA TAG:
rozi
liza
blurr33
joy
kak ila





Monday, May 10, 2010

1st wish list


My first wish list 2010 has arrived this morning. Thanks to the seller.

Mode: gumbiraaaaa.....

redken utk dandruff


Ini syampu untuk mereka2 yg mempunyai masalah dandruff tahap kronik.
Selamat mencuba...



Saya nak jawab pertanyaan blurr33 yg bertalu-talu:


1) shampoo yang ko citer ni jual kat salon je ke??
Ya, kat salon aje. Pada botol dia pun ada tulis hanya ada kat salon.

2) kenapa tiba2 ko try brand nih??
Sebab aku penah baca Siti Nurhaliza pun pakai brand ni...hahahahahaha. Seriously, aku search web http://www.redken.com aku rasa mcm nak cuba. Aku review testimonial mat/minah saleh dan ntah sapa2 yg penah pakai syampu ni rata2 cakap puas hati. Jadinya aku yakin syampu ni bagus (but depends jugak pada kulit kepala org, mungkin ada org tak sesuai, but so far aku pakai mmg teramat ok, dandruff hilang, rambut pun lembut je).

3) ok ke shampp ni??berapa % discount ko dapat tu?
Syampu ni ok sangat dan rasanya sesuai dgn kulit kepala aku en.kamarul. Tapi tak tau lah org lain, lain org lain masalah kan. Diskaun aku tak sempat/lupa nak tanya. Dia bagi aku harga yg memang dah diskaun...hehehehe..(kes teruja nak beli).

4) sapa nama hair adviser ko tu?? apa status beliau? dia pakai shampoo apa??cun ke tidak?? kahakhakha alang2 dah tanya kan..
Aku ada amek biz card dia, tapi lupa bawak la. Sorang laki sorang pompuan, dua2 chinese. Status tu aku blom sempat siasat, tapi dari penelitian mata aku yg rabun ni dua2 dah kawen. Dia mungkin pakai syampu ni juga atau mungkin juga pakai syampu BAWANG (yg iklan Jacky Chan tu..wakakaka), atau boleh jadi dia pakai Rejoice, atau Clear....atau tak pakai apa2....tapi rambut pompuan chinese tu boleh di kira lawa (tapi lawa lagi rambut aku...huhu). Cun ke tak...? ermmm...hasil bedah siasat aku mengatakan aku lagi cun.....phewwww...


Puas hati tak dgn jawapan aku ni en.blurr33? gila pjg aku jawab....siap buat entry baru semata-mata nak jawab soklan ko..




Friday, May 7, 2010

Redken

Saya ni bukan lah manusia yg rajin sgt nak menjaga rambut. Tapi kena amek berat juga lah bab2 kesihatan rambut. Masalah turun temurun saya ialah dandruff. Dulu hanya dandruff, tapi dah tambah satu lagi masalah baru, hair fall!! Makin hari makin teruk. Nasib baik lah keluar gi keje pakai tudung, kalau tak dah bersepah rambut aku kat opis.

Kalau tgk atas lantai bilik saya, masyaAllah...nak menangis tgk rambut gugur. Saya tahu masalah ni susah nak atasi, tapi saya cuba syampu Redken. Saya baru je pakai syampu ni. Baru seminggu..hehehe.

Tapi tujuan utama saya bukan pasal rambut gugur, tapi dandruff. Saya pusing2 cari syampu ni tapi tak jumpa, lastly saya jumpa kat salon. Hair adviser tu suggest kan saya guna Redken Hair Advance. Reason: sebab rambut saya mengalami masalah dandruff yg bukan tahap teruk gila, bukan sampai timbul dandruff yg berkeping2 tu. Guna yg Hair advance dah cukup. Kalau org yg ada dandruff teruk, guna Redken Anti Dandruff.

Then dia suggest guna Redken Extreme Conditioner. Honestly, lepas guna dua2 produk ni rambut saya bukanlah lembut gila, tapi at least kulit kepala rasa selesa sket. Kepada sesapa yg takde masalah rambut sgt, boleh guna Redken All soft. Hair adviser tu kata saya tak boleh guna All soft sebab rambut saya halus, kurang sesuai.

Harga:
Redken Hair Advance & All Soft : RM57 sebotol (after discount)
Redken Extreme Conditioner : RM59 (after discount)



Note: hutang satu tag dari Ju@lucky mummy...i'll do it later ya....



mother's day

I am not blogging on weekend. So I would like to wish and say 'Happy Mother's Day' to my lovely emak in advance due to mother's day will falls on this coming Sunday.

Saya tak tahu nak cakap macam mana, saya cuma mampu cakap bahawa saya menyayangi mak sepenuh jiwa.


Semoga mak tabah melayan kerenah anak2nya termasuk lah aku....

hehehe...


Happy mother's day to all mothers and mother-to-be out there...

Thursday, May 6, 2010

mount kk from satelite


kes takde keje...
meng'google' map mount kk..

hotel dah book,
tiket dah book,
cuma....

ada a few things yg belum setel..
sikit keperluan utk mendaki..

sedang mencari outdoor shop..

sedang menstabilkan stamina..
sedang mencuba mengurangkan makan..
sedang mengira-ngira bajet...




Tuesday, May 4, 2010

tudung syria

I hate tudung syria before. Tapi bila jenguk2 kat radiusite, tengok si ika (blog owner) tu pakai mcm cantik jelita je. Maka.........saya beli!

Tgk dari view tepi mmg tak bulat, tapi bila tgk dari depan mak aiii....hehehe. Tapi saya suka tudung yg ni...i like the material, Lycra!

semua org boleh terbang

Saya sungguh terperanjat semalam bila nampak kapal terbang air asia terbang rendah dekat rumah. Saya intai dari tingkap dalam bilik, gila bapak rendah. Nak mendarat depan rumah aku ke hapa.....getusku dalam hati. Saya sempat snap gambar.

Tiba-tiba kapal terbang tu landing baik punya.....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


dia landing atas lantai dalam bilik saya...
wakakakakakakakaka....
best kan...


now....everyone can fly....

Monday, May 3, 2010

orang malaysia murah hati..

Baca ini , ini dan ini .

What happen to our country?


Opppss....sejak bila saya amek tau pasal politik ni...




Sekali sekala....

training lagi...

Bulan 5 adalah bulan yg agak sibuk. Sibuk kat ofis dengan design basis dan sibuk kat rumah dgn aktiviti training memanjat bukit sebagai persiapan ke kinabalu. Saya letih! Weekend haritu 2 hari berturut-turut panjat bukit. Hari ni...sakit2 badan. Tapi kalo nak compare cabaran nak panjat kinabalu nanti 3-4 kali ganda lagi letih. So...ku gagahi juga lah buat training ni. Terkejut lemak2 kat badan.

khazanah alam yg ada dalam hutan bukit apek...

dah 3-4 kali panjat bukit apek, dah takde rasa semangat sgt nak snap gambar..
sebab kepenatan...


If we climb apek's hill from awana, it's more easier compared to saga. Trek saga agak susah tapi dekat, trek awana senang tapi jauh. Dua kali panjat dari awana, dua kali juga kitaorg sesat. Tapi rasa puas sebab peluh byk keluar. Bila naik dari awana, baru kita rasa dan nilaikan sendiri setinggi mana stamina kita. Tercungap-cungap nak sampai atas!!

Banyak juga kalori terbakar hasil dari pendakian ni (terasa hebat kejap)....tapi bila turun bawah, balik rumah terus singgah restoran Ayam Penyet...........mcm mana tuu....hikhikhik..


Note: dalam perjalanan turun dari puncak bukit aritu, saya terserempak dgn sorang makcik, umurnya around 60++, pakai kain batik dan pegang tongkat ditemani oleh cucunya memanjat bukit apek siotttt. Yg paling aku kagum, makcik tu hanya pakai selipar!