Thursday, February 28, 2013

Laman Grill Steak & Bar-B-Que

Macam dah lama tak buat entry pasal makan-makan. Agaknya aku dah jarang makan kat luar, kalau makan pun bukan makan benda yang bombastik. Nak share pun segan, hehe.

Selasa malam, aku anak beranak bergegas ke Seksyen 13, Shah Alam. Kami keluar lepas maghrib, so jalan dah tak berapa jem. Tujuannya nak memenuhi pelawaan kawan kami, Kiddy dan Aida yang datang nun jauh dari utara....dari Langkawi.

Taste diaorang berdua ni memang high class. Bersama diaorang lah aku merasa makan benda yang aku tak pernah makan, thank you so much. Patut la rezeki diaorang ni murah...sebab diaorang tak kedekut dan tak berkira.

Tiba-tiba teringat kata-kata keramat abah aku:
"Kalau kita berkira nak keluar duit, duit pun akan berkira nak masuk dalam poket kita"

Ok, back to the subject. Tempat kami makan ni namanya restoran Laman Grill Steak & Bar-B-Que, milik chef terkenal, Chef Zubir.....dia ni salah sorang juri dalam rancangan Masterchef.

Serius aku memang tak ingat la nama-nama makanan yang dihidangkan, main order je, pastu sibuk dengan si kecik. Nak menikmati makanan pun tak boleh, sebelah tangan tepuk si kecik, sebelah tangan suap makanan ke mulut....macam mana nak menikmati kan...

Layan gambar je lah eh....

Harga makanan...of course...hehehe...mahal pada aku. Kalau dah makan kat restoran chef, takkan harga macam kat warung mak limah kan. Tapi oleh kerana orang belanja....alhamdulillah. Syukran.










Ada luck malam tu sebab chef Zubir ada di restoran, so mintak tolong staf dia panggilkan untuk berposing-posingan kejap. Dia sporting dan tak sombong...hehe, kalau sombong lepas ni takmo datang dah.....kehkehkeh. Sebelah chef tu Kiddy dan Aida...suami isteri yang belanja kami anak beranak....semoga korang berdua murah rezeki.....A BIG THANK YOU FROM US...




baby progress#1 - meniarap

Satu perkembangan 'kecik' tapi cukup besar bagi aku. 

Rabu, 27 Februari 2013...pada usianya 4 bulan, 3 minggu, 1 hari...Zhareef dah pandai meniarap! Good boy.

sebelum dia meniarap, dia tidur macam ni..

jemari debab..



Tahniah anak mama. Lepas ni belajar merangkak pulak okey...




 

Monday, February 25, 2013

postpone contest

Hari ni tuan blog nak interprem gambarnya. Mengupas sejarah lama ketika tubuh badan masih jelita langsing....hah, hah, hah.


Ini situasi sekarang. Tak payah tanya la berapa berat badan aku sekarang. Aku belum tahap obes, tapi dah overweight lah. Kenapa aku jadi begini?

Jawapannya...




....kerana aku mengandung. Hehehe. Berat aku naik laju masa pregnant. Masa ni makan memang tak pikir apa dah.., suap, kunyah, telan. Masa tengah menelan tu dalam hati duk cakap...takpe lepas aku bersalin aku kurus lah.

Hampeh. Kurus la sangat. 

Aku buat contest dengan PuanLawa macam ada unsur-unsur gagal je. Banyak betul dugaan disepanjang tempoh contest tu. Jadi, aku rasa nak postpone contest tu ke bulan depan.

Ok tak PuanLawa?

Berjaya ke aku dapatkan semula berat badan seperti dulu-dulu?


Seperti ini.....kuikuikui...
aku rasa muka aku masa ni sangat 'raw'...

Oh em gee....masa ni berat aku dalam range 50kg. Dulu-dulu aku rasa macam senang je nak diet. Cuba sekarang....sengsara gila.

Mungkin sebab aku penat kot....tu yg banyak makan.

Ecehhh...nak salahkan penat pulak...




Alasan!






Wednesday, February 20, 2013

Perangkap Kehidupan

Tiba-tiba aku teringat kata-kata seorang kawan...berbunyi begini:

"Beli rumah dan kereta adalah satu perangkap kehidupan"

Aku cari makna kata-kata dia tu, apa yang aku faham ialah, bila kita dah beli rumah, kita akan menanggung hutang lebih kurang 30 tahun. Kalau beli kereta, maksimum kita akan berhutang ialah selama 9 tahun.

Dalam waktu itu, kita tak boleh takde keje, tak boleh takde pendapatan. Biasa lah kalau dah hidup berhutang, mesti kena ada pendapatan tiap-tiap bulan untuk bayar.

Itu lah yang dinamakan Perangkap Kehidupan.

Tapi...

Rumah dan kereta adalah satu keperluan.....ye tak?

Perangkap pun perangkap la....

In sha Allah....rezeki itu ada dimana-mana, kita kena usaha untuk mendapatkannya.



"Allah tidak akan mengubah nasib kita (hamba-hambanya) melainkan kita sendiri yang mengubahnya"


Tuesday, February 19, 2013

nyawa mama


 buah hati pengarang jantung...
nyawa aku...

Bila tengok video pembantu rumah warga Indonesia yang lambung-lambung bayi tu...bergenang air mata....apa lah dosa budak seusia itu sampai begitu sekali diperlakukan...

Aku baca blog Mazidul, pembantu rumah tu mengaku bersalah dan di hukum penjara 20 tahun!

Dan sebenarnya...dia tak gila, tak ada masalah mental pun!

Dia waras!

Ngeri kan dengar....




Monday, February 18, 2013

Teganu kita

aku tak ingat di mana tempat ni, aku nampak satu pokok cantik...cantik sangat, macam bentuk cendawan.

Aku hanya plan nak ke Cameron, bukan ke Terengganu. Tapi entah macam mana termakan kata-kata racun mak aku, tak pasal-pasal pergi Terengganu pulak. Terengganu adalah destinasi pilihan, bukan paksaan. Mak aku ajak sapa-sapa yang nak ikut, sapa yang tak nak, sila balik rumah masing-masing.

Dari Cameron Highland, aku melalui jalan yang penuh liku untuk sampai ke Terengganu. Serius, yang ni pun aku serik. Aku serik sebab termakan kata-kata orang yang mengatakan ada highway baru untuk ke sana. Tapi oleh kerana dah terlajak perahu, tak boleh diundur. Perjalanan yang berliku terpaksa diteruskan. Highway baru yang dikatakan wujud tu belum wujud pun. Yang ada hanya lah jalanraya yang penuh lubang dan becak air hujan.

Aku tahu semua orang menyumpah dalam kereta, termasuk aku.

Tak sempat pulak nak snap gambar keadaan jalan yang teruk gila tu.

Perjalanan ini aku umpamakan seperti mimpi ngeri.

Nasib baik di Terengganu dapat rumah yang lebih selesa. Cuma agak jauh dari bandar, susah juga nak membeli barang keperluan. Aku stay di Kg. Teluk Ketapang, tepi laut. Kat sini banyak nyamuk. Kesian Zhareef kena gigit nyamuk. Tu la dik...kenapa gebu sangat, dah nyamuk geram...,yang pelik tu, dia tak nak pulak hisap darah Dhia....kuikuikui

Kubah As-Sakhra @ Dome of the rock di Palestine.
Ini salah satu monumen yang ada dalam Taman Tamadun Islam.

Di Terengganu, aku agak kabur-kabur nak berjalan kemana. Kali terakhir aku datang Terengganu ialah pada 5 tahun lepas. 

Mak aku ajak pergi Taman Tamadun Islam (TTI). Layan je lah. Bayaran masuk untuk dewasa ialah RM20, untuk baby FOC.

indah jadi bayi...

Lama jugak aku tawaf dalam TTI. Panas+Zhareef buat perangai menjadikan aku tabah. Tabah lah sangat. Orang lain semua dah blah pegi tempat lain, tinggal aku bertiga anak beranak dalam TTI. Bertabah la wahai hati....macam ni kalau berjalan dengan anak kecik.

Apa yang aku suka dengan negeri ini ialah keropok lekornya, serta kuih muihnya. Aku suka apam balik di sini, super duper sedap. Begitu juga dengan pulut panggang. Hancur segala diet. Mak aku cakap....makan! nanti kau lapar.

Iyo lah.


Ini dalam Kubah As-Sakhra @ Dome of the rock. Sebenarnya tak boleh amek gambar, dah ada papan tanda amaran tak boleh snap gambar. Tapi aku....aku kan tak suka ikut peraturan.

Gambar itu ialah replika batu yang nak mengikut Nabi Muhammad SAW naik ke langit semasa peristiwa Isra' dan Mikraj, satu peristiwa besar dalam sejarah umat Islam. Pada pendapat aku, apa salahnya amek gambar dalam ni, at least orang yang tak pernah datang boleh jugak menatap gambar. Sama juga kalau kita berpeluang pergi ke Palestine, melihat sendiri indahnya Kubah As-Sakhra ini dengan mata kasar, amek gambar untuk kenangan serta tatapan mereka-mereka yang tak berpeluang ke sana. Itu pendapat aku lah.

Masjid Kristal dari kejauhan..



Tak banyak yang boleh aku cerita pasal Terengganu. Mungkin aku tak berapa enjoy sangat sebab penat.


Apa yang aku ingat, sampai hari ni aku terbayang-bayang apam balik Terengganu....macam mana ni....



tak payah la bercuti masa tahun baru cina

aku mengandaikan kalau lah ladang teh di Cameron Highland tu bertukar menjadi ladang bunga Lavender atau bunga ros, lebih kurang macam ni la jadinya kot...
(edited by photoshop)


Cuti raya cina sangat penat. Aku dah lama plan nak bawak family jalan-jalan di Cameron Highland, semenjak Zhareef dalam perut lagi. Bila aku menyuarakan hasrat yang suci murni itu untuk berjalan-jalan di Cameron Highland, boleh dikatakan seluruh ahli keluarga aku teruja, terutamanya adik bongsu aku. Oleh kerana teruja juga, mak aku mengajak makcik aku bersama, mungkin mereka di kategorikan sebagai ipar duai yang rapat, jadi mak pun ajak lah berjimba-jimba di sana.

Aku bagitau mak, tak payah lah ajak ramai-ramai sebab niat asal aku cuma nak berjalan-jalan dengan family sendiri. Tapi bila ramai dah tau, maka ramai lah yang nak ikut. Pada mulanya mak aku suruh aku yang uruskan tempat penginapan, tapi makcik aku yang lagi sorang tu kata, takpe...biar dia yang uruskan. Ok, aku tak kesah. Sekurang-kurangnya tak terbeban sangat tanggungjawab kat bahu aku ni.

Oleh kerana aktiviti ini berlaku pada hari raya cina, maka tempat penginapan tak mencukupi. Hanya sebuah apartment 3 bilik yang agak sempit menjadi tempat tidur kami 7 keluarga. Aku ulangi....7 keluarga. Bayangkan lah macam mana sardin nya rumah tu. Aku rasa kami semua tak ubah macam mangsa banjir yang tidur bergelimpangan menunggu air banjir surut. 

Serius aku serik bercuti macam ni. Maaf cakap, bukan tak happy tapi tak selesa. Aku tahu bukan aku sorang yang rasa macam ni, tapi nak buat macam mana, dah itu je yang termampu makcik aku buat. Aku faham, cuma pada pendapat aku, lepas ni kalau nak berjalan beramai-ramai rombongan cik kiah ni, kena plan awal-awal dan sebaik-baiknya. Kaum keluarga aku ni besar dan ramai. Nak berjalan atau bercuti ramai-ramai kena ada tempat tidur yang selesa. Aku bukan demand, tapi kalau korang tengok keadaan rumah dan jumlah kami yang ramai...mesti korang geleng kepala.

Lagi la aku yang ada anak kecik ni. Kalau aku bujang, mungkin aku tak kesah sangat kot.

Jadi kepada sesiapa yang tak pergi....korang tak rugi apa pun. Tahun depan boleh buat lagi tapi tolong lah organize baik-baik.

Tu baru 7 keluarga...kalau lagi ramai dari tu, aku tak tau jadi macam mana.

Aku lupa pulak nak snap gambar masa bersesak-sesak dalam rumah sebab sibuk melayan si kecik. Tapi aku memang speechless. Nak tak nak redha aje lah. Lucky me, aku dapat tidur dalam bilik. Tu pun share dengan mak abah aku. Takpe lah daripada tidur bergelimpangan kat luar kan.

Jalan di Cameron masa cuti ni pun sesak nak mati. Yup, sesak nak mati. 


Friday, February 8, 2013

Wednesday, February 6, 2013

beza kalori, kolesterol dan lemak


Betul. Kerana kolesterol hanya datang dari sumber haiwan, bukan tumbuhan.

Tapi...

Semua makanan mengandungi KALORI, termasuk lah makanan kat atas tu.

Apa beza kalori, kolesterol dan lemak?

Baca lah sendiri kat sini.


 


sikap manusia#1

Aku tak pernah pegi Desaru. Kesian kan. Orang Johor tapi tak penah pegi Desaru. Sangat kesian. Untuk menampakkan yang aku ni memang real orang Johor, aku ajak hubby singgah ke Desaru. Bila?

Setahun yang lalu!





So sekarang aku dah tahu Desaru tu macam mana. Viewnya biasa-biasa saja. Aku tak teruja pun. Tapi apa yang aku nak cakap kat sini bukan pasal view ke apa, tapi pasal sikap manusia.

Waktu aku kat sana, aku nampak bendera merah di naikkan, terpacak tinggi kat tepi pantai. Well known, red flag tu tandanya keadaan laut tak berapa elok, ombak besar dan bergelora. Aktiviti pantai seperti mandi manda adalah di larang sama sekali.
 

Tapi...lihat lah apa yang berlaku di sebaliknya. Rata-rata orang kat situ tak hiraukan pun amaran red flag tu. Aku geleng kepala je dengan hubby.  Selamba je diaorang mandi. Kalau terjadi apa-apa, baru nak menyesal, baru nak menangis meraung.

Tak sayang nyawa ke adik-adik...
 



Mungkin pada diaorang ombak tu biasa je, tak bahaya. 

Suka hati korang la nokkkk...


 

terbang lah burung terbang


Sekarang dah trend souvenir macam ni eh? Asik bagi keychain je kan...or else fridge magnet. Tapi aku suka fridge magnet.

Self-balancing Eagle given by CikPuanLawa from Langkawi. Menarik.




Monday, February 4, 2013

Taman Saujana Hijau

 Located at Presint 11, Putrajaya. Layan gambar je okeh.



















Project#1 - Zhareef's foot print.

Ini idea papa dia.

Zhareef dah 4 bulan. Aku mengabadikan tapak kakinya di atas kertas lukisan. Masa aku sapu kaki dia dengan Buncho, dia diam je. Tak mengarok, tak menangis, tapi kaki dia geli-geli.
Aku nak buat kat tapak tangan dia jugak, tapi susah sebab tangan dia tak duduk diam. Tunggu dia besar sikit baru boleh buat.

Aku nak frame kan. Simpan buat kenangan.

 
Bila dah tua nanti (kalau panjang umur), pasti aku senyum sorang-sorang tengok cop tapak kaki ni.






food poisoning


macam ni la keadaan aku muntah kat klinik tapi aku tak pakai baju macam ni okeh..

Tengahari khamis minggu lepas pergi makan secara rombongan cik kiah ke sebuah restoran yang boleh tahan popular di Pandan. Bukan tak pernah makan kat situ, banyak kali dah. Sebelum ni tak ada sebarang masalah pun, tapi hari itu mungkin malang bagi aku.

Balik dari makan tu aku rasa perut macam sebu...belakang sakit. Aku ingatkan mungkin aku banyak sangat makan tadi, so aku tak hiraukan sangat. Makin lama makin tak sedap perut, sampai tertidur kat meja. Orang lalu lalang tengok aku tidur lantak pi la. Tak peduli dah.

Balik keje, masa drive perut aku makin meragam. Aku pelik jugak kenapa perut aku macam ni. Kebetulan dah janji dengan hubby nak pegi Mydin beli barang sikit. Kat Mydin aku dukung si kecik yang debab tu ke hulu ke hilir. Perut aku dah makin sakit, dah macam kena tarik-tarik. Adik aku cakap mungkin aku kena gastrik. Tapi mana mungkin aku kena gastrik, bukan aku tak makan. 

Aku tak boleh berjalan tegak, kena membongkok sebab perut terlalu sakit. Tekak aku loya. Balik rumah, letak semua barang, amek medical card terus pegi klinik. Sampai kat klinik aku muntah, bukan sekali tapi 3 kali aku muntah. Muntah yang banyak. Keluar segala makanan yang aku makan tengahari tadi.

Doktor kata aku memang macam kena food poisoning. Aku dah agak dah.

Doktor bagi injection, ubat sakit perut, ubat muntah dan air garam berperisa oren. Balik rumah memang lembik aku rasa. Lepak sampai tertidur.

Macam tu rupanya kena food poisoning. Sengsara jahhh.