Thursday, April 30, 2009

Status changed

*Don Juan*
I took this pic from his profile in friendster.
Kira mcm curik juga la...

I would like to say 'Selamat Pengantin Baru' to my friend 'Don Juan' and his wife. Saya tahu dia mungkin tidak akan membaca apa yg saya tulis ini, cuma saya tetap ingin menulis sebagai kenangan. Actually his name is not Don Juan. I give the name to him because this name macam sesuai je dengan karaktor dia. Tahukah anda apa yg dimaksudkan dengan Don Juan?

Don Juan bermaksud kasanova atau a man who seduces woman. Jadi anda mesti faham mengapa saya menggelarnya sebagai Don Juan. Akhirnya dia berjaya juga menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan hati. Dia pernah memberitahu saya bahawa kalau boleh dia ingin menamatkan zaman bujang sebelum usianya mencecah 30 tahun. Wahhh..Don Juan pun pandai risau kalau kawen lambat? Kenapa?takut bergelar bujang terlajak ke? Setahu saya kalau lelaki itu bersifat seperti kasavona, dia jarang memikirkan mengenai perkahwinan atau alam rumahtangga. Tetapi berlainan sungguh dengan kawan saya yang sorang ini. Baguslah, sekurang-kurangnya dia ada menyimpan cita-cita untuk berubah. Berubah?? ermm..

Saya tidak begitu tahu bila tarikh perkahwinannya dan dengan siapa dia berkahwin. Apa yang saya tahu dia sudahpun selamat menggoncang tangan tok kadi dan bergelar suami orang. Hopefully he will change his personality and attitude. Dan saya tak tahu nak mengkategorikan isterinya itu sebagai perempuan yang bertuah atau...., memang perempuan bertuah.(hopefully lah).

This notes are special for Don Juan:

"Take care of your lovely wife, be a good husband and good father. When you change your status from bachelor to a 'married man', a bunch of responsibilities will put on your left and right shoulder. Life as a single person is totally different when you are getting married. You will see the different life color, different routines and of course different lifestyle. We still a friend in whatever status you are. I hope you and your wife will live happily ever after. Amin."

Wednesday, April 29, 2009

World without friend is like world without air

Kawan saya (actually she is my bestfriend) akan berpindah dari rumah yang kami duduki ketika ini. Sebelum ini saya tidak pernah bertanya kemana dia akan berpindah dan dengan siapa dia nak tinggal. Bukan saya tidak mahu bertanya kerana didalam hati saya ini terlalu meronta-ronta ingin tahu, tetapi perasaan takut terlalu menyelubungi diri, dan mungkin juga saya terlalu ikutkan ego. Saya ego ke?entah..

Saya mengenalinya sejak 11 tahun yang lalu. Lama kan? Kami memang rapat dan banyak berkongsi masalah suka dan duka. Saya tidak pasti mengapa akhirnya kami renggang. Mungkin saya ada melakukan kesilapan yang membuatkan dia berasa sedih. Saya minta maaf.

Saya sayangkan persahabatan ini. Ianya terjalin sudah lama, dan mana mungkin saya boleh melupakan segala kenangan bersama dia. Dia banyak membantu saya dikala susah dan senang. Saya hargai segala kebaikannya. Terima kasih.

Perkara yang paling membuatkan saya terkejut ialah, she move because of me. Dia kata biarlah dia pindah kerana mungkin bila dah tinggal berasingan kami boleh jadi rapat semula. Mungkin ada betulnya kata-kata itu. Semasa dia berterus terang itu, saya betul-betul speechless. Saya tak tahu nak kata apa. Saya rasa itulah pengorbanan yang paling besar dilakukan olehnya demi menyelamatkan persahabatan kami. Jahatkah saya kerana membiarkan dia keluar dari rumah itu? Jahatkah saya kerana tidak cuba menghalang dia pergi? Jahatkah saya kerana tidak cuba untuk berbaik dan rapat dengannya semula seperti dulu? Terus terang saya katakan, saya tidak mampu melakukan itu semua kerana saya tidak berdaya. Saya sangat lemah kerana didalam diri saya terlalu banyak perasaan takut. Saya sendiri tak tahu kenapa saya jadi begini.

Saya sudah banyak kehilangan kawan dan mereka pergi tanpa ada kabar berita. Untuk kali ini saya harap saya akan kekal berkawan baik dengannya kerana untuk mencari sahabat sejati bukanlah mudah. Ia bukan seperti mencari boyfriend.

Kadang-kadang saya bertanya pada diri saya sendiri, apa lagi yang aku mahu dalam hidup ini? Saya sudah punya kerja yang bagus (walaupun gajinya ada sedikit hampeh), saya ada mengumpul harta sikit-sikit (walaupun tak banyak mana pun) dan saya ada orang yang saya sayang. Jadi apa yang saya mahu lagi? Jawapannya, saya mahukan kawan. Kita memang tidak boleh mengharap seseorang sahabat itu akan kekal bersama kita kerana suatu hari nanti mereka akan pergi untuk mengecapi kehidupannya sendiri. Saya juga begitu. Mana mungkin saya sentiasa mahu berkepit dengan kawan-kawan sampai tua. Cuma apa yang saya mahukan ialah, persahabatan yang terjalin itu kekal walaupun jarak beribu batu. Itulah yang sebaik-baiknya. Tetapi itulah yang sukar dijumpai.

Saya tidak pernah menyuruh dan tidak juga menghalang untuk dia berpindah. Tetapi jika itu yang terbaik, saya terima saja. Saya cuma berharap dia akan lebih gembira bila berada di rumah baru bersama teman-teman baru. Saya akan sentiasa mengingatinya, itu janji saya pada diri saya sendiri.

Monday, April 27, 2009

Salam takziah

My friend Fad is on leave for the whole week. Her father was passed away last saturday. Alfatihah dan salam takziah kepada seluruh keluarganya, semoga roh arwah bapanya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

As I mentioned on my previous entry, suatu hari nanti kita pasti akan kehilangan orang yang kita sayang. Apa yang penting kita kena redha pada setiap apa yang berlaku walaupun ianya agak pedih untuk diterima, tetapi itulah hakikat kehidupan yang mesti kita tempuhi. Sedih tetap sedih, namun hidup mesti terus.

Bagi sesiapa yang masih mempunyai ibu bapa, rajin-rajin lah melawat mereka selagi mereka masih hidup. Saya mengingatkan diri saya sendiri kerana saya sendiri jarang sekali pulang ke kampung. Namun saya sedar sebagai anak saya bertanggungjawab untuk melawat mereka, walau hakikatnya mulut mereka mengatakan tidak kisah jika saya tidak pulang. Saya tahu semua ibu bapa tidak mahu menyusahkan anak-anaknya, tapi sebagai anak kita sendiri yang kena berfikir apa yang patut kita lakukan sebagai tanda kasih sayang kita kepada mereka.

"Ibu umpama lilin, menerangi dan melindungi anak-anaknya walau terpaksa membakar dirinya sendiri, bapa pula umpama bunga plastik, walaupun ia tiada bau, namun ia kekal segar dan cantik sepanjang masa. Itulah kasih sayang seorang bapa, kasih sayangnya tetap kekal selamanya"


Saturday, April 25, 2009

Naluri - antara benar dan salah

Adakalanya kita percaya pada kata hati walaupun kadang-kadang ia tidak tepat. Tapi setiap manusia ada naluri. Naluri itu akan bergetar setiap kali kita terfikir tentang sesuatu yang tidak pasti, sama ada ia benar atau tidak, atau seperti ada sesuatu yang bakal berlaku. Ia seumpama 'six sense' dimana kita dapat rasa sesuatu yang baik atau buruk akan berlaku, atau sesuatu yang tidak dijangka.

Naluri itu satu anugerah dari Allah. Kaum wanita yang bergelar ibu lah biasanya mempunyai naluri yang tepat. Kerana itu kita tidak boleh derhaka pada ibu. Namun ada juga orang muda mempunyai naluri atau kata hati yang benar-benar berlaku dengan izin Allah. Saya sendiri selalu mengikut kata hati walaupun adakalanya ia salah, tetapi kebanyakannya betul.

Saya selalu terfikir akan sesuatu yang saya sendiri tak pasti kebenarannya, tetapi dalam jangka waktu yang tidak lama, ia benar-benar berlaku. Tidak perlu lah saya nyatakan di sini apakah perkara yang berlaku itu, tetapi adakalanya saya takut. Saya takut pada perkara yang tidak baik berlaku. Tetapi setiap perkara yang berlaku itu adalah qada' dan qadar dari Allah. Dan yang pasti perkara yang berlaku itu sama ada baik atau buruk ada hikmahnya yang tersendiri.

Suatu hari nanti kita pasti akan kehilangan orang yang kita sayang tidak kira kaum keluarga atau sahabat handai. Kematian itu akan menjelma bagi setiap manusia, cuma tidak tahu bila. Saya teringat pada satu kata-kata ini : "We need to expect what is an unexpected". Dengan kata lain, kita mesti bersedia pada sesuatu yang tidak kita jangka dengan akal fikiran. Sebab itu kita mesti berfikiran jauh supaya kita boleh bayangkan jika sesuatu perkara itu berlaku, apa yang patut kita buat, apa tindakan seterusnya atau pada siapa harus kita mengadu. Kerana itulah kita mesti berbuat baik pada semua orang kerana suatu hari nanti kita pasti akan memerlukan pertolongan dari mereka.

Adakalanya kata hati itu tepat, tetapi adakalanya ia nafsu semata-mata...

Thursday, April 23, 2009

Rescue 911 - kisah lucu atau gila?

Saya tidak tahu kisah ini di kategorikan sebagai kisah lucu atau gila. Ia berlaku tanpa dijangka, dan apabila difikirkan semula, saya akan tersenyum sendiri.

Housemate saya balik kampung di Kota Tinggi Johor pada malam selasa yang lalu. Dia balik berdua dengan seorang lagi rakan serumah kami. Mereka akan balik semula ke Kuala Lumpur keesokannya. Kiranya balik sekejap saja untuk melihat ayahnya yang tidak sihat.

Malam semalam (Rabu - 22/04/09), saya berbaring di katil dalam keadaan mamai (separuh sedar, separuh jaga). Waktu itu seingat saya dalam pukul 10 lebih. Saya mendapat panggilan telefon dari nombor yang tidak dikenali. Rupa-rupanya itu panggilan dari rakan rumah saya yang sedang dalam perjalanan pulang dari Kota Tinggi ke Kuala Lumpur. Dia berhenti di R&R Pagoh untuk mengisi minyak. Perkara tidak dijangka berlaku, iaitu kunci keretanya tertinggal didalam kereta. Dia pakai kereta Myvi, dan untuk makluman semua, kereta Myvi akan auto-lock sekiranya kita terlupa nak lock. Rakan saya yang seorang lagi telah meninggalkan kunci dalam kereta tersebut. Dia terlupa nak ambil kunci dan meletakkannya atas kerusi dalam kereta. So ,saya dalam keadaan kelam kabut drive berdua dengan rakan serumah sorang lagi pergi ke Pagoh. Saya rasa saya telah bertindak seperti rescue 911, misi menyelamatkan rakan saya yang tertinggal kunci keretanya di dalam kereta sendiri. Lawak betul la.

Saya bertolak lebih kurang pukul 10.30 malam dan tiba di Pagoh pukul 12.30 malam. Saya tidak pernah drive malam di highway, dan malam semalam lah pertama kali saya memandu malam-malam buta pergi ke Pagoh. Saya rasa macam tak percaya. Misinya adalah untuk menghantar kunci pendua kereta rakan saya itu. Saya bertolak semula balik ke KL dan tiba di rumah pukul 2.30 pagi.

Kepada mereka yang menggunakan kereta Myvi, berhati-hati ketika meninggalkan kereta anda. Saya juga mengingatkan diri saya sendiri kerana saya juga pengguna Myvi. Ada baiknya juga kereta itu direka dengan fungsi automatic lock, tetapi pada waktu-waktu tertentu ia boleh mendatangkan kesusahan. Nasib baik kunci pendua berada di rumah kami di KL, kalau tidak saya rasa keretanya sudah selamat sampai di bengkel servis perodua untuk proses mengeluarkan kunci tersebut. Apapun, semuanya selamat.

Sunday, April 19, 2009

One moment

I opened my pictures folder in my pc, and I saw a pic one by one. All the photos means everything to me. This is an edited photos created to remember all my friends and memories in Perlis. I just include my car crash on September last year to remind myself 'Jangan memandu laju-laju & jangan follow kereta depan dekat-dekat'. The situations on the pictures included:

1) Main bowling di Alor Setar
2) Mandi air terjun di Titi Ayun.Kedah
3) Convocation, August 2007
4) Karaoke during KAKS, Sg.Petani.
5) Vacation at Langkawi
6) Masak-masak kt KKE
7) Dalam lab - Final Year Project
8) Kt sawah padi on the way back to KKE from Jerlun
9) Sufi's wedding kt Klang
10)Last dinner with all KKE's members at Kuala Perlis
11)Trip to KUITTHO for gotong-royong
12)Last dinner at Putra Palace with Material & Metalurgi students

Thursday, April 16, 2009

Everything Happens For A Good Reason


Sometimes people come into your life and you know right away that they were meant to be there...to serve some sort of purpose, teach you a lesson or help figure out who you are or who you want to become. You never know who these people may be but you lock eyes with them, you know that every moment that they will affect your life in some profound way.

And sometimes things happen to you at the time that may seem horrible, painful and unfair, but in reflection you realize that without overcoming those obstacles you would never realize your potential, strength, will power or heart.

Everything happens for a reason. Nothing happens by chance or by means of luck. Illness, love, lost moments of true greatness and sheer stupidity all occur to test limits of your soul.
Without these small tests, life would be like a smoothly paved, straight, flat road to nowhere safe and comfortable but dull and utterly pointless.

The people you meet affect your life. The successes and downfalls that you experience can create whom you are, and the bad experiences can be learned from. In fact they are probably the most poignant and important ones. If someone hurts you, betrays you or breaks your heart, forgive them because they have helped you learn about trust and the importance of being cautious to whom you open your heart.

If someone loves you, love them back unconditionally, not only because they love you, but also because they are teaching you to love and open your heart and eyes to little things. Make every day count. Appreciate everything that you possibly can, for you may never experience it again.

Talk to people whom you have never talked to before, and actually listen. Let yourself fall in love, break free and set your sights high. Hold you head up because you have every right to.
Tell yourself you are a great individual and believe in yourself, for if you don't believe in yourself, no one else will believe in you. Create you own life and then go out and live it.

Share this with anyone whom you believe has made a difference in your life!
"If you take your eyes off your goals, all you see is obstacles."



*I found this article from my email*


Allah know what's the best for us

Why married peoples like to ask the question like this:

"Kau bila lagi nak kawen?"
"Kau bila lagi nak mkn nasik minyak?"
"Kau tunggu apa lagi?kawen la cepat-cepat"
"Rancang la kawen, orang lain semua dah kawen"
"Bla..bla..bla...bla..."

Honestly, I hate that question, really hate and I was so boring to answer when someone (friend or cousin or family members or sapa-sapa la) ask the same question when we are meeting or terserempak kat mana-mana. It doesn't mean that I am an emotional or stress to answer it, but did you think marriage is on our hand?Yes, we are planning to get married with our loved one, but we are just planning, but Allah make a decision right? Tidak kah mereka terfikir bahawa jodoh dan ajal maut itu di tangan Allah? Bercinta bagai nak mati pun, atau dah bertunang tapi jika jodoh itu belum sampai maka tidak akan kahwin juga. Dan yang paling membengangkan bila mereka suka mempertikai kan kenapa sampai sekarang masih belum berkahwin? Maka akan keluarlah ayat-ayat begini dari mulut mereka:

"Kau ni mesti memilih sangat, nak yang mcm tu, yang mcm ni"

Excuse me, I'm not too choosy to choose who's the best or who's the mr.right for me, but as I mentioned above, jodoh itu belum sampai, dan hanya Allah yang maha mengetahui mengapa dia melambatkan jodoh seseorang. DIA yang mengetahui siapa orang yang terbaik sebagai jodoh kita, jadi untuk apa perlu persoalkan kenapa sehingga kini masih belum kahwin. I am sorry if I sound an emotional, I am not an emotional. I was so bored. Mereka tidak faham konsep jodoh. Mereka kata saya tidak berusaha ke arah itu. Bagaimana mereka tahu saya tidak berusaha? Adakah mereka sentiasa berada di sisi saya melihat apa yang saya lakukan untuk mengatakan saya tidak berusaha? Siapa mereka untuk mempersoalkan saya tidak berusaha? Lainlah jika mereka nampak atau saya sendiri yang mengatakan bahawa saya tidak mahu kawen.

Lebih baik mereka yang sudah berkahwin berusaha untuk menyelamatkan atau mengeratkan lagi hubungan dia dan pasangan, kerana ramai di kalangan mereka yang sudah berkahwin akhirnya bercerai berai. Jadi bila orang tanya kenapa bercerai?mesti mereka bosan nak jawab kan? typical answer for that question is "takde jodoh", or "semua tu dah takdir"....apa lagi nak jawab...

Friday, April 10, 2009

The power of eye


Mata adalah panca indera yang berharga anugerah dari yang maha Esa supaya manusia dapat melihat betapa indahnya dunia ciptaanNya. Pernahkah anda membayangkan bagaimana seseorang manusia buta hidup dalam kegelapan? Pejamkan mata anda, cuba berjalan perlahan-lahan dan anda akan merasai apa yang orang buta rasa. Mereka hidup dalam suasana gelap gelita, namun cahaya hati mereka tetap terang walaupun mereka tidak dapat melihat dunia ini bagaimana rupanya, warna apa pakaian mereka atau mungkin bagaimanakah bentuk wajah mereka sendiri (andaikata mereka dilahirkan buta sejak kecil). Bersyukur kepada Allah kerana kita mempunyai mata.

Mata juga tidak boleh menipu. Walaupun lidah itu lembut, boleh berkata apa saja, namun mata tetap jujur mempamerkan ketulusan yang lahir dari hati. Kalau marah, mata akan menunjukkan kita sedang marah, kalau sedih mata akan menunjukkan betapa sayunya hati, begitu juga kalau sedang gembira, mata akan menunjukkan keceriaan secara semulajadi. Itulah mata, keajaiban ciptaan Allah.

Cukup senang untuk mengetahui sama ada seseorang itu menipu atau jujur. Lihat saja matanya. Jika mereka bercakap sambil memandang wajah kita, itu bermakna dia jujur. Tetapi jika mereka bercakap tanpa memandang wajah kita (menoleh ke arah lain) itu bermakna dia sedang berbohong. Seperti yang saya katakan tadi, mata tidak pandai menipu kerana mata sangat jujur. Tidak seperti lidah yang boleh berkata apa saja dan boleh menimbulkan huru-hara dan fitnah. Tetapi tidak semua lidah itu jahat. Terpulang kepada tuan empunya lidah.

Saya pernah melihat mata seorang kawan yang sedang bersedih. Walaupun dia cuba tersenyum manis, namun dimatanya tetap ada lara dan sendu. Mata manusia juga banyak menyimpan pelbagai rahsia yang sukar untuk di rungkai. Ada mata yang suka menjeling, ada mata yang sering kelihatan sayu, ada mata yang selalu galak memandang sekeliling dan ada mata yang hanya memandang sepi tanpa bicara. Jika anda pandai membaca apa yang ada didalam hati seseorang, anda juga boleh 'membaca' apa yang sedang tersirat didalam mata tanpa perlu bertanya. Dan anda boleh tahu hanya melalui mata jika seseorang itu menyukai anda. Percayalah.

Saya pernah terdengar satu fakta (tapi saya lupa dari mana), bahawa jika seseorang memandang anda tanpa berkerdip lebih dari 4 saat, itu bermakna dia sudah jatuh hati pada kita. Betul atau tidak, itu saya tidak pasti tetapi mungkin ada kebenarannya. Pada pendapat saya seseorang itu tidak akan memandang kita untuk jangka waktu yang lama jika dia tidak ada perasaan suka pada kita. Setuju? Seperti diri kita juga, jika kita sukakan seseorang, kita semestinya berusaha untuk 'curi-curi' melihat dia walau dengan apa cara sekalipun. Mata ada kuasa tersendiri untuk memberitahu orang lain tanpa membuka mulut. Itulah mata.

Tidak kiralah mata kita rabun ke, mata sepet ke, mata bulat atau sebaliknya, ia tetap berharga. Cara untuk menjaga mata : selalu melihat pemandangan hijau kerana hijau itu sejuk. Saya suka melukis, dan saya suka melukis potret, dan mata adalah bahagian yang paling saya suka ketika melukis.

Untuk menilai sesuatu yang cantik juga adalah dengan pandangan mata sendiri, bukan pada pandangan mata orang lain. Contohnya untuk menilai kecantikan seseorang. Pedulikan jika orang lain kata dia hodoh, asalkan mata kita mengatakan dia cantik. Pedulikan jika orang lain kata baju itu tidak cantik, asalkan mata kita nampak baju itu sangat cantik dan sesuai untuk dipakai.

Beauty is in the eye of the beholder. Itulah kuasa mata.

Thursday, April 9, 2009

Oldies Songs

Anyone out there ever listen the song 'Knife' by Rockwell? I am listening this song right now and I like it. I start interested to the oldies songs since I was a child. I'm not remember my age on that time, but my mom will play the oldies songs almost everyday, and she will sing the song sambil memasak dan membuat kerja rumah. Antara lagu yang sering diputarkan ialah:
  • Knife (Rockwell)
  • I just Call To Say I Love You (Stevie Wonder)
  • Careless Whisper (George Michael)
  • Only You (Elvis Presley)
  • Tonight I Celebrate My Love For You (Peabo Bryson & Roberta Flack)
  • Nothing's Gonna Change My Love For You (George Benson)
  • I Want To Know What Love Is (Foreigner)
  • Dancing Queen (ABBA)
I don't remember the rest of the songs, ada banyak lagi lagu-lagu lama tapi saya lupa tajuk dan penyanyinya. Mungkin saya dah terdedah dengan lagu-lagu lama ini sejak kecil, itu yang membuatkan saya suka dengar lagu-lagu sebegitu, cuma ia tidak banyak dalam koleksi saya. Saya hampir-hampir terlupa pada lagu 'Knife' itu, tetapi pada malam dinner di Hotel Istana sabtu lalu, salah seorang Project Manager pejabat saya ada menyanyikan lagu itu pada sesi karaoke. Tiba-tiba saya teringat semula lagu tersebut dan berusaha mencari mp3nya, dan akhirnya saya dapat. Lagu ini sedih tahap gaban, dengar melodinya saja dah tau lagunya sedih, apatah lagi bila baca liriknya.


KNIFE - ROCKWELL

You touched my life
With your softness in the night
My wish was your command
Until you ran out of love

I tell myself I’m free
Got the chance of livin’ just for me
No need to hurry home
Now that you’re gone

CHORUS:
Knife
Cuts like a knife
How will I ever heal
I’m so deeply wounded
Knife
Cuts like a knife
You cut away the heart of my life

When I pretend
Wear a smile to fool my dearest friends
I wonder if they know
It’s just a show

I’m on a stage
Day and night I go through my charades
But how can I disguise
What’s in my eyes

CHORUS

Oh, oh
Oh, oh, oh, oh
Oh, oh, oh, oh
Oh…

I’ve tried and tried
Blocking out the pain I feel inside
The pain of wanting you
Wanting you

Knife
Cuts like a knife
How will I ever heal
I’m so deeply wounded
[2X]

You cut away the heart
Of my life

This song is dedicated to anyone who broken-heart.

Wednesday, April 8, 2009

Dinner

We (K.Su and I) are one of the persons who arrive pretty early at Hotel Istana during 25th annual dinner on saturday night last week. We arrived around 6.30pm. After registration and got the door gift, we walked into ballroom and chose the table number 21.

Suasana dalam ballroom masih sunyi kerana cuma ada beberapa orang termasuk saya,K.Su dan husbandnya yang sampai awal. Bunyi alunan muzik retro berkumandang. Malangnya saya dan K.Su tidak ada kamera, jadi kami hanya berpandangan sesama sendiri lah, menambahkan kebosanan sementara menunggu detik tibanya waktu untuk makan dan acara seterusnya. Kamera saya sudah 'jahanam' dan itu yang membuatkan saya sedih kerana tidak dapat merakamkan gambar yang menarik. Oleh itu kami terpaksalah menumpang kamera sesiapa yang ada disitu.Ngeh..ngeh..

At 7.20pm, we went to the nearest surau for solat maghrib. VIPs pun datang lambat, jadi kami punya waktu untuk bersolat dan bermekap semula. Around 8.30pm, the VIPs has arrived and we started the 1st event with bacaan doa oleh Tuan Haji Fadzil, one of the MMC staf, following with the other prgramme like 25th anniversary of MMC Oil & Gas Engineering celebration, jemput Datuk Zaidi ( the MMC Oil & Gas chairman) naik ke pentas untuk meniup lilin dan potong kek. Kebetulan juga hari itu adalah hari lahir datuk, jadi Datuk Zaidi meniup dan memotong lilin dua kali. This year Datuk is getting older to 66 years old. Tua sudahhh...

Artis jemputan ialah penyanyi Jay Jay dan Zizan Raja Lawak. Zizan selaku MC pada malam itu mampu membuatkan audiences tak kering gusi ketawa. Baru malam itu saya mengenali siapa itu Zizan Raja Lawak. Maaflah, kerana saya tak pernah menonton rancangan Raja Lawak itu. Walaupun Zizan ada melakukan beberapa kesilapan kecil (Itulah akibat kerana datang lambat), namun persembahan dan karektornya mampu menghiburkan hadirin yang hadir. Menurut kawan saya selaku salah seorang comittee, aturcara banyak yang berubah kerana Zizan tidak dapat briefing dari PA nya. Namun, tahniah diucapkan kerana majlis tersebut berjalan dengan lancar. I enjoy on that night, except for the food. I like chinese food kecuali desertnya yang rasa entah apa-apa.






All pics was taken by my friend's camera, except the last one by handphone K.Su. Jadi gambar itu tidak terang kerana kami tiada kamera yang canggih.Haha. Kawan saya kata muka saya macam orang tak bermekap langsung. Apabila di amati betul-betul, saya rasa memang saya tak mekap pun. Cuma sapu bedak nipis dan lipstik saja. Saya kurang pandailah nak menepek muka dengan foundation, atau tampal bulu mata palsu,atau sapu blusher or eye shadow dengan warna yang garang. I think I need to register for make-up class :p

Tuesday, April 7, 2009

A walk to remember

I received one phone call from my ex-teacher. I was so shock. Her name is Fauziah, or I call her cikgu Fauziah. She teach me the subject 'Kemahiran Hidup' when I was in form 3. I still remember her and I can imagine her physical look. Cikgu Fauziah orangnya rendah, berisi dan sebelah kakinya lebih pendek. Seingat saya kakinya jadi begitu selepas kemalangan.

We talked on the phone around 10 minutes. She asked me about the job. Her son, graduated from Politeknik searching for the right job almost 3 years, but he failed to find the related job with his study. Her son took Sijil Electrical and Petroleum and now working as (i'm not remember working as what but somewhere at Endau lah). Cikgu Fauziah meminta pertolongan saya supaya tolong carikan anaknya perkerjaan yang sesuai. Saya terfikir apakah pekerjaan yang sesuai untuk anaknya memandangkan anaknya mengambil sijil. Namun saya bersetuju untuk membantu, tetapi selebihnya terserah pada yang maha Esa. Saya tidak berani menjamin apa-apa, yang mampu saya tolong hanyalah menghantar resume anaknya dimana-mana tempat yang ada kekosongan. Jika ada rezeki, ada lah, jika tiada, saya tak mampu berbuat apa-apa.

Selepas meletak telefon, ingatan saya terus melayang semasa saya berada di alam persekolahan. Tiba-tiba saja saya jadi rindu pada sekolah yang telah saya tinggalkan hampir 11 tahun. Saya rindu pada suasana persekolahan dan rindu pada kawan-kawan yang dahulunya rapat. Bila saya membayangkan suasana sekolah, dada saya jadi sebak. Saya pejam mata rapat-rapat dan saya nampak bagaimana suasana persekolahan ketika itu:
  • Saya mengayuh basikal untuk ke sekolah di tengah-tengah panas terik
  • Saya lepak bawak pokok di padang sekolah sambil bergelak ketawa
  • Saya makan di kantin bersama teman baik
  • Saya dimarahi guru kerana banyak buat silap
  • Saya masuk persembahan tarian
  • Saya kena marah dengan cikgu Mariam sebab tak siap latihan matematik
  • Saya pernah dipanggil oleh guru disiplin dan guru psikologi (saya nakal ke?)
  • Saya pernah dicerca oleh mereka yang tidak menyukai saya (termasuk guru sekolah).Apa silap saya?saya pun tak tahu.
  • Saya pernah ponteng kelas dan cikgu melaporkannya pada emak saya. Siapa guru itu?Dia lah cikgu Fauziah.
  • Saya pernah jatuh terlentang dihadapan koperasi sekolah, dan semua orang yang berada disitu menyangkakan saya pengsan.Haaha.
  • Saya juga pernah jatuh terduduk di kantin kerana lantainya licin.Malu sangat-sangat.
Saya rasa semakin lama saya membayangkannya, air mata saya boleh menitis kot. Oleh itu lebih baik saya lupakan seketika. Tetapi ingatan saya terbayang pula pada beberapa kawan yang telah meninggal dunia. Sekali lagi saya sebak. Kepada kawan-kawan saya yang telah pergi dulu, saya mendoakan mereka berbahagia di sana dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Amin.

So after 11 years, what I had achieved in my life?
  • I am graduated from university and I am degree holder. That's means, my dream really comes true. Thank you Allah.
  • I am an engineer.
  • I have my own car.
  • I have my own house.
  • I have an experiences about work, life and love. This is valuable.
  • I have an experiences how to know someone. I means, don't judge a book by it's cover, I think people will understand what I mean.
  • I work at one of the corporate company.
  • I have a lot of friends (dari pelbagai usia dan status - bujang,anak dara,mak orang,bapak orang).
Syukur kepada Allah ke atas kurniaanNya walaupun masih banyak perkara yang belum tercapai dalam hidup saya. Mungkin perkara itu belum tercapai kerana saya tidak cukup usaha atau belum tiba masanya untuk Allah merealisasikan dalam hidup hambaNya. What I want to say is, life is so beautiful. Hargailah hidup ini.


Saturday, April 4, 2009

Retro fashion

I found a few retro's dresses from internet, and I think it's nice and beautiful. Simple.













































All designs are nice and I like it. Untuk mereka yang bertudung juga boleh memakainya, dengan syarat pakailah inner di sebelah dalam, dan yang paling penting kena pandai menggayakan tudung. Jika tidak pandai menggayakan baju dengan tudung, akan nampak weird.


(SUMBER)

Friday, April 3, 2009

Last minute preparing for dinner

Today is the last day for us to think and find the 'retro night' clothes for 25th anniversary dinner at Hotel Istana tomorrow night. My friends and I went to Ampang Park for last minute shopping. We bought an accessories such as ring, chain and bangle. We chose Ampang Park shopping mall because this is the nearest mall with our office, easy to go. No need to drive far away just to buy a small things. Waste time and waste money (because we need to pay for car park).

I can't imagine how my close friend will make a performance on dinner night. She involved in dance event, and this is an expected thing when she will dance for 60's retro dancing. Haha, I did'nt mean that I will laugh at her. Never! But, I just told to myself, "finally...she dance!". Why? because she hate and really really don't like to involve in dance event. She is a sport girl, and can you imagine how the sport girl will dance? The performance is organized by CYUC club, and she is one of the committees.

Saya tak sabar untuk pergi dinner kerana:
1) Makan free
2) Menonton persembahan tarian kawan baik saya
3) Wish me luck to get a lucky draw! :p

Bingkisan doa

Mari kita berdoa...

' Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...


Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan... .. dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku. ... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan.. ..

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya... .

Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui.. . Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku. .. Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini.... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat.... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran. .. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....

Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .

Wednesday, April 1, 2009

Don Juan will be a husband.

My friend (actually my old friend) will getting married end of this month. I have nothing sweet word to wish, just one word, CONGRATULATION!

I know him since 11 years ago, when we enter a private college at Johor Bahru. He is one of the 'Don Juan' that I ever see, and I always pray to Allah one day he will change his bad personality. My room mate told me yesterday that he will getting married with someone from Negeri Sembilan. Finally, he change his bad behaviour, bad personality and bad attitude. I didn't mean he is 'jahat', but you know how the Don Juan's behaviour. Sorry to him, actually dia baik, cuma dia....ermm..

Hopefully, his wife-to-be got an idea how to control her husband. Wish you good luck girl!