Tuesday, March 29, 2011

mencuri

Dulu aku hilang duit. Ni TELEKUNG pulak. Tapi bukan telekung aku, telekung kak sue. Hilang telekung dalam surau ofis!

Ganas orang yg mencuri itu. Agak-agak org yg curi telekung tu buat apa dengan telekung tu?

a) jual balik
b) hadiahkan kat kawan-kawan sbb takde duit nak beli
c) pakai sendiri

Tak kira lah apa dia buat dengan telekung tu, tetap BERDOSA.


Sunday, March 27, 2011

court enam

Management apartment court 6 adalah management terbodoh yg pernah aku jumpa. Tahun sebelum ini, sistem parking mudah dan senang. Satu rumah boleh apply parking untuk 2 kereta. First car free of charge, second car kena bayar RM300 setahun. Ok, tak apa lah. Cuma untuk second car ni kena apply cepat takut parking penuh. Ok fine. Setiap kereta juga wajib ada sticker, aku rasa mana-mana apartment pun mengamalkan sistem car sticker. Senang nak tahu siapa resident siapa visitor.

Tapi tahun ini dah tukar sistem. Sistem paling bangang abad ini. Diaorang dah letak bay number di setiap petak parking. Siapa yg apply akan diberi petak parking nombor mana kecuali second car agak payah sikit. Dah la kena bayar guna cek. Lepas tu diaorang kata tahun ni kita dah tak pakai car sticker lagi. Aku tanya kenapa? owhh...memang tak perlu, katanya. Aku cakap dalam hati, kalau tak ada car sticker, macam mana diaorang nak tahu siapa resident siapa visitor. Kalau bapak penyamun masuk nak merompak pun bukan diaorang tahu.

Tup tup baru-baru ni aku dapat satu memo kat depan pintu mengatakan semua orang kena apply car sticker sebab management dah pening nak kenal mana satu kereta resident mana satu kereta visitor dan mungkin jugak laa...mana satu kereta penyamun. So stupid!

Aku rasa macam nak maki hamun 3-4 bakul.


Saturday, March 26, 2011

lorong haji taib

I was here today. Seumur hidup, ini lah kali pertama aku ke sini. Sesak. Panas. Rimas. Demi seorang kawan, aku menemani dia. Aku nampak ladyboy. Tahu tak apa itu ladyboy? Cari lah sendiri.

Otak aku automatik terfikir satu persoalan aneh. Tapi aku takut persoalan aku ni menjadi isu hangat pulak. Tak apa lah, aku simpan dulu soalan aku ni. Lain kali aku tanya.

Melalui google, nama lorong haji taib ini berasal dari seorang yg bernama Haji Mohamed Taib bin Haji Abdul Samad, berasal dari Indonesia. Aku simpati pada nama 'Haji Taib' ini kerana tempat ini tidak seindah namanya.


Thursday, March 24, 2011

lepas gian




lepas gian setelah hampir sebulan kamera masuk wad
....

Wednesday, March 23, 2011

i-city

Kali kedua aku ke sini. I-City, I was here last night with Kak Sue and her kids. Menemani dia untuk meredakan tekanan perasaan. This place is full of light.

Bayaran parking RM10, nak bergambar kat kawasan zirafah yg besar tu kena bayar RM2, nak masuk tempat salji2 tu kena bayar RM25 for adult and RM20 for children, nak masuk tempat binatang2 tu kena bayar berapa entah. Nak naik kuda ronda-ronda sekitar kawasan tu kena bayar RM8.

Ok fine, kita bergambar kat luar je. Penyudahnya balik.


Monday, March 21, 2011

unknown

Unknown mengisahkan seorang lelaki bernama Dr. Martin Harris datang ke Berlin bersama isterinya Elizabeth Harris untuk menghadiri satu persidangan. Semasa tiba di lapangan terbang, briefcasenya tertinggal. Semua pengenalan diri termasuk pasport ada didalam briefcase itu. Dr. Martin Harris bergegas semula ke lapangan terbang untuk mengambil briefcase itu dengan menaiki teksi yg di pandu oleh seorang perempuan bernama Gina.

Dalam perjalanan ke lapangan terbang, teksi yg dinaiki oleh Dr. Martin Harris mengalami kemalangan dan dia telah koma selama 4 hari. Kesan dari kemalangan itu juga Dr. Martin Harris hilang ingatan. Setelah sedar dari koma, Dr. Martin Harris hanya mengingati namanya, isterinya dan untuk tujuan apa dia ke Berlin. Dia bergegas mendapatkan isterinya semula tetapi yang mengejutkan ialah isterinya sendiri tidak mengenalinya. Yg lebih suspen, ada lelaki lain yang mengaku bahawa dia lah Dr. Martin Harris.

Pada aku movie ni menarik. Kali kedua aku hampa tak dapat tengok Merong Mahawangsa, so this time I have chosen to watch this movie. Dari mula sampai akhir, otak aku tak berhenti berfikir apa akan berlaku seterusnya, kenapa ada lelaki lain menggunakan identiti dia dan kenapa isterinya sendiri tidak mengenalinya. Bila dah last-last tu, owhhh... ok, baru tahu kenapa jadi macam tu.

Bila lah agaknya aku dapat tengok Merong ni....


Sunday, March 20, 2011

wall climbing

I had the opportunity to try to do wall climbing at Hot Balloon Carnival, Putrajaya. But this wall climbing is not for high level, only for those who want to try. Apparently it was interesting and fun. Pay RM10 for adult and RM5 for children.

start, honestly this is first time in my life

first time kan, so aku rasa macam....eh kenapa aku kena melangkah kaki jauh-jauh ni. Tu ayat sedap, kalau ayat tak sedap, apasal aku rasa dah terkangkang sangat ni...

half way, as usual I will smile when the camera focused on me

budak yg tukang ambil gambar tu sempat cakap kat aku, kak...kena sentuh tangan kat dinding atas tu...naik sampai atas tau...

ok, aku dah sentuh dah dinding paling atas tu..
kira berjaya lah


ini lah 2 orang budak yg jaga kat situ..

Sebelum naik budak sebelah kiri aku tu pesan, wall climbing ni yang pentingnya ialah kaki. Tangan penting juga tapi yang lebih penting ialah kaki. Tapi masa aku buat tu aku rasa semua penting. Lepas turun, tangan aku menggigil, rasa macam kejang. Hehe.


Friday, March 18, 2011

ok

I'm not sad, but I'm not saying that I'm happy. I just want to say that I'm ok. 'Ok' is doesn't mean I was in stable mood. I just want to say that I am under control.

When I think about work, life and money, my brain suddenly remembered something interesting happen to me a few years ago. Very interesting. Read when you have free time.

When I think about love, I say to myself deeply, everything will be fine, insyaAllah. Pray and pray.

When I think about friend, I believe that friends is not 24-7 stand beside us, they will go one day.

Back to the basic, we have our God - Allah. HE is always and always love us unconditionally.


Note: aku bukan lah orang yg layak memberi nasihat kerana aku pun jahil, tapi ini adalah peringatan untuk diri sendiri. aku sedar aku siapa.


*sigh*


Tuesday, March 15, 2011

cinta hati

Finally, kamera aku dah keluar hospital. Sebulan juga tenat. Operate, ganti apa yg rosak. Kos rawatan? rasa nak meraung, boleh beli sebijik lagi kamera baru.

Aku rasa kalau aku tak push orang kedai tu nak cepat, sampai hari ni kamera aku still tak siap-siap. Cuak la kan, next month dah nak pegi KK, mana boleh tak ada kamera.

Ini pengajaran untuk aku yg selalu cuai.


Mode: Insaf.

Monday, March 14, 2011

wedding jijoe + gunung senyum :)

Akhirnya, Azizul dah selamat menjadi suami kepada Huda, cinta hatinya. Selamat pengantin baru diucapkan kepada Azizul, my officemate atau nama glamournya Jijoe kerana sudah selamat melangkah ke satu lagi level dengan jayanya. Saya dan kawan-kawan ofis ke Felda Jengka 25 semalam untuk sama-sama meraikan majlis perkahwinan mereka. Sama cantik, sama padan. Handsome pulak aku tengok si Jijoe ni bila dah pakai baju pengantin, haha.

Rupanya di Jengka ini ada gunung yang bernama Gunung Senyum. Kami singgah di hutan rekreasi Gunung Senyum untuk mengambil gambar. Bak kata Nurul@ATL, dah alang-alang sampai sini, singgah la kejap. Bukan jauh sangat pun. Lelaki-lelaki budiman yang lain terpaksa lah melayan kehendak kami ni termasuk lah yg dah kawen dan bawak anak tu. Haha. Ala...ok apa, boleh tengok pemandangan, sedut-sedut angin semulajadi dan yang penting, boleh berhenti solat di surau yang disediakan.

Saya tak pernah dengar pasal Gunung Senyum ni. Tapi ok juga kalau nak buat trip ke sini, boleh camping sekali sebab ada camp site. Masa untuk memanjat ialah 6 jam 45 minit. Tapi saya rasa untuk geng gunung, tambah 1 jam lagi untuk sesi photoshoot.

thanks photographer, Zul,Fadzli and Khairul.
masing-masing bawa kamera canggih-canggih.
nurul? bateri kamera dia kong...


ya, menyusuri jambatan gantung dengan baju kurung..!!!

di sini ada gua juga, kat sini sejuk je..

I like this scenery, but I didn't like the smell

Meor kata, puas hati dapat bergambar? Puasssss....hehehe. Tapi sayup-sayup saya dengar entah suara siapa yg berkata, "tak ada apa yg menarik pun kat sini". Haha..aku malas nak toleh tengok suara siapa, yg penting kami dapat singgah dan snap-snap gambar.

Maybe we can include this in our next activity with geng gunung, tempat tinggal dan makan percuma provided by mereka-mereka yg kampungnya di Pahang. Yeayyy.. siapa kah mereka itu? *SENYUM*



all photos credit to Fadzli and Zul.


Saturday, March 12, 2011

Mars need Moms

Tiket Hikayat Merong Mahawangsa sold out! Biasa lah cerita tengah panas. Untuk tidak menghampakan diri sendiri yang dah tercegat depan pawagam, saya layan satu cerita bodoh ni, Mars Need Moms.

Hei, siapa kata cerita ni cerita bodoh? Movie ini adalah movie animasi komputer 3D berkisahkan seorang budak lelaki berusia 9 tahun bernama Milo yang suka melawan cakap ibunya. Sepatah ibunya bercakap, 10 patah dia jawab. Pada Milo, ibunya tidak patut ada didunia ini. Pada suatu malam, ibunya telah diculik oleh UFO dari planet Mars. Milo yang kebetulan ternampak ibunya diculik serta merta berlari untuk mendapatkan ibunya semula. Milo sempat berpaut pada kapal angkasa UFO itu dan sama-sama mengikut pergi ke Mars. Dari situ bermula lah kisah Milo yang berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan ibunya dari angkara makhluk UFO yang jahat. Pada ketika itu baru lah Milo tersedar betapa pentingnya kehadiran seorang ibu dalam hidupnya. Ibu lah segala-galanya.

Nampak macam cerita bodoh, tapi sebenarnya mesej yang cuba disampaikan amat lah dalam. Sangat sesuai untuk ibubapa membawa anak-anak menonton filem ini di musim cuti sekolah. Biar anak-anak sedar sikit bahawa seorang ibu itu menyayangi anak-anak mereka lebih dari segala-galanya.

Kalau mak aku tak bagi aku buat rafting di Padas macam mana yer? Erk....

Friday, March 11, 2011

KLMJ

Aku senyum melihat gambar ini, kenangan di Gunung Nuang. Korang tau tak kenapa aku senyum bila tengok gambar ni?


Thursday, March 10, 2011

berhijrah

Two mechanical staffs will leave us, Kak Rad and Azwa. Kak Rad will be join Ranhill Worley and Azwa will be part of Hyundai staff in Kertih. The farewell party was held at Thaharah Restaurant, Kg.Pandan.

We have ordered Siakap Stim Limau, Siakap 2 Jiwa, Sayur Campur, Tomyam Campur, Daging Bakar, Kerabu Kangkung, Kerabu Soon, Udang Goreng Tepung, Kailan Goreng, Air Sirap and buah tembikai as a dessert. Semua sekali berharga RM600 untuk 33 orang makan.

Left to right : Kamarul, Meor, Azizul, Suparman
Kimi nampak muka sikit, Sany nampak bahu je sikit.


This is abg Suhaimi, the mastermind of Static Engineer.
Nama glemer dia Abg Misai
"kerana misaiku begitu berharga"

all of us

From left : Sany, Naim and Yusry.
Kenapa muka Yusry mcm tu?


So far, two engineers will leave us, who's next?

Pinjam kata-kata Bain, if we make a movie, we will put the title as: MMCOG - The Dark Era Begin.

Tuesday, March 1, 2011

Rafting - Kuala Kubu Baru

Untuk kali pertamanya saya join rafting di Kuala Kubu Baru, ahad lepas. Peserta yg terlibat adalah geng-geng gunung kecuali Thirah (sedang mengerjakan umrah), Intan (berada di Glasgow) dan Yat. Peserta tambahan ialah kawan-kawan Huz dan kawan Nurul. Oh ya, kali ni Miza ada bersama, dan Ezza selaku jurufoto kami.

Berkumpul di Petronas dekat Giant Taman Samudera, kata miss organizer sebelum pukul 7.ooam. Tapi kali ni miss organizer lewat, 4 tahun kami menunggu di situ. Haha. Lepas tu terus bergerak ke Kuala Kubu. First time saya menjejakkan kaki di Kuala Kubu. Tiba di sana, jumpa En.Hasnul, baru saya teringat balik rupanya En.Hasnul ni saya pernah jumpa di Gunung Kinabalu last year. Dia yang tukang arrange semua acara ni. Bersarapan dulu di sana. Dah kenyang, terus bergerak ke tempat kejadian.

Seperti biasa, sebelum acara bermula, ada briefing dulu dari guide. Dia tunjuk dan ajar arahan-arahan yang akan diberikan semasa rafting nanti, tunjuk juga cara-cara nak pakai life jacket dan safety helmet. Senang je tu..hehe.

This is my team with Kay and Huz, yang lelaki-lelaki tu saya tak ingat nama, sori la yer. Guide ada 2 orang, ketuanya bernama Botak. Botak yg akan bagi arahan, kami semua kena ikut dan patuh pada arahan. Paddle forward, paddle backward, hold on, move to the front, move to the back, move to the right, move to the left, boom-boom and jump-jump...ini adalah command yang akan guide cakap semasa rafting. Jangan salah ikut arahan sudah la, guide suruh boom-boom, kita pegi jump-jump...haha.

Gambar di atas itu adalah sebelum kejadian ngeri yang menimpa team saya. Sebelum bercerita tentang kejadian ngeri itu, saya nak bagitahu bahawa rafting di Kuala Kubu ini adalah tahap level 5. Biasa la kami memang suka buat aktiviti terus lompat yg susah-susah dulu, terus ambil yang hardcore. Lepas ni kalau setakat level 1 rasa macam berdayung sampan je kot...hehehe (ketawa dengan berlagaknya).

Masa ni saya tak rasa takut sangat (ok tipu, sebenarnya memang saya takut!). Apa yang saya bayangkan itu benar-benar berlaku. Ada six sense rupanya aku ni. Di sini ada 3 major rapid iaitu 1st Canyon, Chicken Drop dan Hydraulic. The master and best part is Hydraulic.

This is the first rapid that we call 1st Canyon. Di sini lah terjadinya mimpi ngeri team saya. Baru first rapid dah hanyut. Actually semasa tiba di sini, Botak dah bagi arahan yang betul, tapi ada guide lain tak ikut arahan tu, that's why bot kami tersangkut dan terbalik! Ye, seperti apa yang aku bayangkan, macam mana kalau bot kami terbalik? It's happened!

Kami semua hanyut dibawa arus yang sangat deras. Honestly, saya rasa masa ni separuh nyawa saya dah melayang, saya dah pikir adakah aku akan mati? Saya tak dapat nak gambarkan betapa lajunya arus yang telah menenggelamkan kami semua sehingga kasut saya, Kay dan Huz hilang, contact lens Kay pun hilang. Dasyat kan?

Ini lah mimpi ngeri itu. Ternyata kami semua masih hidup, alhamdulillah. Syukur. Walaupun ini satu mimpi ngeri, saya beranggapan ianya satu pengalaman yang hebat. Terima kasih kepada guide-guide yang menyelamatkan kami. Nyawa saya masih ada.

This is Chicken Drop, the second rapid. Alhamdulillah, kami selamat di sini. Kata guide, tunggu tiba di Hydraulic nanti, rapid paling dasyat. Jantung saya berdebar lagi.

Finally, this is Hydraulic, the best and last rapid. Sekali lagi kami mengucap syukur kerana berjaya melepasi halangan dan oleh kerana terlalu gembira, Botak terus membaling paddle ke atas dan terjun dalam air. Yes, we have been successful to get through this last obstacle. Congrats Botak kerana berjaya mengemudi bot kami dengan baik.

Owh, ini lah muka saya dan Kay selepas hanyut dari 1st Canyon. Kasut dah hilang masa ni, tapi alhamdulillah, jumpa balik. Jimat duit, kalau tak kena beli kasut lain.

Ini antara saat-saat getir bila bot tersangkut di celah batu.

Kami berhenti di air terjun kecil ini untuk mandi sekejap dan snap gambar beramai-ramai. Airnya sejukkkk.

Kami telah melalui sungai sepanjang 10km untuk menghabiskan rafting ini, dan ianya memakan masa lebih kurang 5 jam (if I not mistaken). Tahniah kepada geng gunung kerana sama-sama dapat merasa keseronokan pengalaman dalam aktiviti lasak macam ni. Juga kepada guide-guide yang terlibat.



All pics credit to Nurul, eh bukan...ATL (akak tahi lalat).