Wednesday, March 27, 2013

tanda-tanda terkena sihir

Tiba-tiba aku rasa takut pada kisah-kisah sihir yang aku dengar dan baca. Ada lagikah ilmu-ilmu sebegitu di zaman moden ni?

Yang paling aku takut ialah:

Ilmu sihir pemisah!

Sihir yang ditujukan kepada suami isteri, atau ibu dan anak, anak dan bapa, adik beradik, kawan-kawan dan rakan sekerja.

Ilmu sihir yang akan membawa bencana dalam sesebuah keluarga!
Ilmu sihir yang boleh membuatkan rumahtangga berpecah belah!
Ilmu sihir yang boleh menyebabkan seorang anak dan ibu atau anak dan bapa atau kawan-kawan menjadi musuh hanya kerana perkara yang kecik!

Nauzubillah.

Tanda-tanda diri terkena sihir:

1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
 

3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa. 
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal. 
6) Sukar tidur malam. 
7) Sakit pinggang tanpa sebab. 
8) Sakit dada bila waktu asar ke atas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.

11) Bermimpi di tempat tinggi.

12) Bermimpi di tempat yang kotor.

13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.

14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.

15) Bayi kerap menangis.

16) Bunyi guli jatuh di atas syiling.

17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.

18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.

19) Malas beribadat.

20) Nyanyuk ketika usia lanjut.

21) Panas baran.

22) Sikap berubah secara mendadak.

23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.

24) Suka melakukan tabiat buruk.

25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.

26) Kerap keguguran.

27) Gagal melakukan hubungan kelamin.

28) Mengantuk bila dengar al-quran.

29) Bermimpi seram yang menakutkan.

30) Darah haid turun lebih 15 hari.

31) Batuk yang berpanjangan.

32) Selalu ditindih ketika tidur.

33) Kuat berangan.

34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.

35) Nafsu seksual yang melampau.

36) Selalu melihat kelibat di rumah.

37) Terasa diri selalu diperhatikan.

38) Mandul.

39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.

40) Melihat jin secara terus.

41) Sakit mental atau gila.


Ermmm....betul ke eh...no.20 tu, nyanyuk pun termasuk dalam sihir ke? konpius aku.
No. 33...pon konpius...aku pon kuat berangan...hahahaha

No.15 tu aku dah pernah alami...teringat Zhareef masa dalam pantang, memang tak tidur malam disebabkan dia tak berhenti menangis. Balik kampung berubat baru elok, alhamdulillah sampai hari ni dia ok...

uhuhu...ya Allah, jauhkan lah aku dan seluruh ahli keluarga aku dari perkara-perkara yang buruk.

Amin.

 


Tuesday, March 26, 2013

nonet

who is the most cute among us?
me? or Cik Ta? or the beruang panda?

Hai, my name is nonet. But this is not my real name. Nonet is given by my mom and i am not really sure why she really liked the name. But i think nonet is a nice name, or precisely, nonet is a cute name.

i am almost 6 months old. But most peoples thought that i am ermm....8 or 9 months. And the most hilarious things is they thought that i was a GIRL. No! i am not a girl auntie, i am a BOY.

Do i look like a girl?

 

Monday, March 25, 2013

resepi kejayaan#1 - disiplin

aku baca dalam buku pasal disiplin, penulisnya seorang tokoh agung yang aku kagumi. beliau seorang yg mementingkan disiplin kerana itu lah resepi kejayaannya dimata dunia.

sedikit sebanyak aku dapat semangat dari penulisan beliau..walaupun aku rasa memang berat untuk aku ikut semuanya. minda aku pun sedikit terbuka. aku tak boleh jadi seperti dia kerana orang seperti dia hanya satu dimuka bumi ini.

bukti aku tak boleh nak berdisiplin.... semalam aku dah niat nak puasa sunat...tapi pagi tadi dah minum nescafe panas beserta kuih 3 ketol. bukan salah alarm tak berbunyi nak bangun sahur...tapi salah diri sendiri yang tidur balik lepas alarm tu bunyi.

kan aku dah kata aku memang susah nak berdisiplin.

pokok pangkal pada hati...hihi...ok aku cuba lagi esok.

Friday, March 22, 2013

obes suda....


 di klinik..
aku letak dia di sini untuk pemeriksaan dan dia bermain seolah-olah dia berada di rumahnya sendiri...
cool kan jadi baby..
 
My baby is 5 months and 2 weeks old. His weight is 10.2kg. What????

Gulppp. Aku telan air liur. Anak aku sudah obes. Macam mana nak kontrol berat dia? Mahukah dia diet. Hahaha. Aku cuma kontrol melalui susu dia, sebab tu je la benda yang masuk dalam perut dia kan. Ermm...hopefully bila dia dah start makan dan aktif bergerak, berat dia akan turun sikit.

Zhareef my nonet....mama dah tak larat nak dukung awak lama-lama...



 



Monday, March 18, 2013

tak dapat masuk imam muda

 "Saya nak daftar calon program imam muda tahun 2032...boleh tak?"

 "Apa? saya tak layak? kenapa plak saya tak layak? saya encem, cuma blom pandai baca alip ba ta..."

 "Tok mak....tolong la, macam mana ni...saya nak masuk imam muda.."

 "Ni yang rasa nak meraung ni...pendaftaran saya di tolak"

 "Uwarghhh...uwarghhh...saya nak masuk imam muda....uwarghhhhh..."

 "Penat ar nanges...abes energy i...nak topup energy kejap la...kita caj bateri dulu, nanti i sambung nanges"

 "Oleh kerana i tak dapat masuk imam muda, tokmak pujuk i naik kete 'Preve'...tokmak yang kata benda ni kete 'Preve', kaler pink la tapi....hilang macho i....tapi takpe lah, i layan je...pink pun pink lah..."

"Dah penat drive 'Preve', i baring-baring nyonyot jari...alamak...terkejut i mama snap gambar tiba-tiba jek...teruk la mama i nih...dah la i tengah bogel. Nampak tu badan i merah-merah, tu mama i punya keje, dia geletek i sungguh-sungguh"



Sekian sudah kisah saya tak dapat masuk program imam muda.


perangai orang kita yang tak pernah berubah walaupun zaman dah berubah

Panjang tajuk entry aku.

Hari yang mencabar kewarasan fikiran. Sepanjang aku hidup dah lebih 30 tahun ni... (masih muda lagi okey), ini pertama kali aku menghadapi situasi macam ni. Nak cakap lebih-lebih pun tak boleh, sebab aku rasa benda ni kecik je pon.

Aku adalah orang yang tak suka nak besarkan benda yang kecik. Kalau lah aku tahu nak jadi macam ni, aku tak ingin nak buat. Tapi benda dah lepas, layan kan je. 

Cuma aku nak cakap sikit jek....sikit jek tak banyak...

"Wahai orang-orang kampung sekelian, jangan lah engkau suka menghasut, mengadu dumba, menyocok-nyocok orang dari belakang, menuduh, memfitnah, kelak engkau yang akan menerima balasan"


Sumpah, aku serik!


Sunday, March 17, 2013

botak sudah

1st time update blog guna tepon..tapi ok juga.

aku masih di kampung, jap lagi lepas lunch gerak ke kl. Semalam ada kenduri cukur jambul budak debab. Aku rasa macam dah terlewat nak mencukur jambul dia, tapi takpe lah...layan je. Bukan berdosa pun kalau cepat atau lambat.

aku dah agak, budak debab tu sure akan menangis masa majlis tu. Aku kenal anak aku macam mana... aku tau dia mesti menangis punya. Dia menangis bukan pasal kena gunting rambut tu, tapi dia rimas orang ramai.

dah setel semua perkara, lega sikit. sekarang budak debab tu tengah tidur.. sebab tu aku boleh update blog ni.... hahaha

bila dah botak... aku rasa dak debab tu makin bulat...


Monday, March 11, 2013

kisah merapu#2: saya jelita, dia lawa


Alkisah kami berdua ni suka buat keje sia-sia di pejabat. Aku buat permintaan untuk amek gambar dari angle yang akan menampakkan aku kurus....

kalau dah jelita dan lawa tu tak payah edit pakai photoshop lah yee...semulajadi. Kehkehkeh.

...dan hari ni aku rasa selesa berbaju putih bersama feveret shawl...




Wednesday, March 6, 2013

kisah merapu#1

Dalam kepala aku, ada 2 perkara. Tapi...aku blur. Aku selalu cakap dalam hati, berilah aku rezeki. Aku juga selalu cakap dalam hati....Ya Allah, Kau tunjuk kan lah kebenaran.

Kihkihkih. Macam serius je bunyinya.

Ada orang kata, kalau tak tahu atau tak pasti..lebih baik diam. Aku tidak memihak kepada sesiapa, aku tak nak masuk campur pun. 

Lebih baik aku buat hal aku sendiri. Lebih menguntungkan.

Walau apa pun yang terjadi, aku macam ni jugak. So I have to do something to change it. Keluarga adalah nombor satu. Yang lain tolak tepi.
.
.
.
.
.
.
...aku rindu kat Ujie la...
...aku rindu kat Joy...
.
.
.
.
.
dan semalam aku call Ujie, dah tak lama dia nak bersalin.

good luck my friend!



 


Tuesday, March 5, 2013

bulan vs matahari



Kenapa la ramai sangat yang duk bercerita pasal bulan....aku pun nak menyampuk jugak lah. Walaupun bulan aku tu tak sejelita bulan mereka yang berkamera canggih, tapi boleh la orang kenal bahawa itu adalah bulan....bukan lampu mentol....kihkihkih.

Tapi kalau orang nak kata itu adalah lampu mentol pun aku tak kesah sebab memang nampak macam lampu mentol pun.....kuikuikui.

Kesian kau bulan.....diperkotak katik kan oleh aku...


Gambar bulan tak menjadi....gambar ufuk barat pun boleh la. Bulan vs Matahari.....sapa menang agak-agak...


....dah lama aku tak buat entry merapu macam ni...



Monday, March 4, 2013

demi kereta

Nak dapat duit bonus kena tunggu setahun. Nak abeskan duit tu dalam masa sehari je. Duit mengalir macam air.

Tapi demi untuk kereta, aku relakan. Ye la, keselamatan kereta tu penting, apa salahnya melabur lebih sikit untuk itu.

Aku tukar tayar kereta dan segala bagai di Teoh Brothers, kedai tayar yang aku rasakan agak berbaloi dan aku sangat selesa dengan kedai ni. Walaupun baru pertama kali pergi sana, aku rasa selesa, servisnya bagus, ownernya peramah dan boleh bargain harga ( kalau pandai pujuk...hehehe).

 Teoh Brothers.....berlokasi di Klang. Jauh kan aku pegi tukar tayar.

 Kalau nak cari kedai Teoh Brothers tu, kena cari Klang Parade dulu...

 Dah jumpa Klang Parade, cari pulak restoran mamak Rejab Maju

Restoran Rejab Maju tu betul-betul dekat simpang 3...nanti korang akan nampak lah dari jauh signboard warna hijau.....

Aku sesat cari kedai tu ok...

Nak tukar sportrim 2ndhand pun murah kat kedai ni. Sportrim cantik (walaupun 2nd hand) dan aku rasa harganya berbaloi.

Tapi gambar yg aku tunjuk kat atas tu sportrim baru...hehehe..

Haa...ni sportrim 2nd hand. Still in good condition kan?


Dan sekarang baru lah aku rasa best nak drive....kalau tak, speed jejak 110km/j pon dah gegar stereng.




Friday, March 1, 2013

telur separuh masak

google
Ada kawan aku tanya:

Weh, macam mana ko buat telur separuh masak? Aku buat selalu terkeras.

Hah...ingat senang ke nak buat telur separuh masak? Aku pun dulu selalu gagal, sama ada terkeras atau tercair sangat. Kalau terkeras aku tak kisah, boleh je makan. Tapi kalau tercair...aku tak boleh makan. Tapi kalau terkeras tu bukan telur separuh masak lagi dah...tu telur dah masak ranum. Kalau tercair...tu telur tak masak.

Aku pun buat la eksperimen sendiri dengan bantuan google. Cara-caranya:

- masak air dulu sehingga mendidih. Air tu biar la yg boleh menenggelamkan telur tu.
- bila dah mendidih, tutup api.
- masukkan telur, tutup periuk.
- set time : 10 minit.
- dah cukup 10 minit, keluarkan telur.
- siap untuk di makan.


Senang je kan.