Monday, August 30, 2010

6 ogos


30 years ago, my mother was on the hospital bed, fighting to delivered me to the world. 30 years later, I was in front of my computer typing words by words to express my sincere thanks to my mother. I am 30 now mak. But I feel like 22. Haha.

I have my life and career. Now I understand that we can not buy the happiness with money. And I can not turn back to the past. I always pray if I have the chance to turn the time back. If I were given the time a bit earlier, perhaps there are many things I can do with my mind, not lust.

Will I be able to live 30 years longer in future?

lose weight

I lose weight. Yeayyy. Berkat puasa agaknya, dan tak menjamah nasi. Turun la dalam 2-3 kilo. Ok la tu. Cuma risau lepas raya naik balik. Rugi tak makan makanan best2 masa raya. Raya cuma sekali setahun.

Actually nak tengok sampai puasa ke-30, agak2 berapa berat aku. Huhu.

Friday, August 27, 2010

Johan yg kelakar



Saya gelak gila tengok Johan ajuk karektor Dr. Fadzilah Kamsah. Ada lagi videonya, tapi saya tepek yg ni je.

Petikan dari cerita Capalrela.

Thursday, August 26, 2010

check your name

Sesiapa nak check senarai nama blacklist peminjam PTPTN, boleh check kat sini. Mana lah tahu korang ada nak pegi oversea, nanti jangan terkejut pulak tetiba kena tahan kat airport sebab tak dapat pegi luar negara kerana tak bayar PTPTN.





thanks June afternoon for sharing the link.

Wednesday, August 25, 2010

di luar kawalan

Sekarang ni bunuh membunuh dah menjadi perkara biasa pulak. Macam nyawa manusia ini sudah tak berharga. Macam bunuh tikus je.

Di Kota Bahru, seorang bapa yang mengalami masalah mental telah menyembelih anak lelakinya yang baru berusia 3 tahun. Kepalanya hampir putus. Mesti ramai yang berkata macam ini:

"Eee...apasal dia buat mcm tu? takde akal ke apa? dah gila ke lelaki ni?"

atau ada juga yang berkata begini:

"Dia tak pikir ke apa yg dia buat tu salah dan bodoh?"

Saya pernah terbaca dalam satu artikel. Tapi lupa siapa penulisnya. Dia berkata, manusia ini akan melakukan sesuatu perkara diluar kawalannya ketika dia gagal berfikir dengan sempurna. Contohnya dalam berita dan akhbar sudah jelas menyatakan lelaki itu ada masalah mental. Jadi ketika dia melakukan perbuatan sembelih itu, dia berada diluar kawalan pemikirannya. Jadi waktu itu dia gagal berfikir bahawa apa yang dia sedang lakukan atau bakal dia lakukan adalah perbuatan yang salah.

Benda ini sama ketika kita sedang marah. Umum tahu semua orang ada sifat marah, bezanya bagaimana cara kita mengawalnya. Apabila kita berada dalam keadaan marah, kadang-kadang kita gagal mengawal sifat marah itu. Waktu itu kita akan berkata apa saja yang terfikir di fikiran tanpa memikirkan perasaan orang lain, kita mungkin akan bertindak dan melakukan sesuatu perbuatan yang tidak sepatutnya seperti menumbuk dinding, membaling pinggan mangkuk, menendang kerusi atau meja atau memaki hamun orang dengan kesatnya. Tapi selang beberapa minit atau beberapa jam, kita akan menyesal melakukan itu semua. Sebabnya ketika mereka sedang memaki hamun orang, mereka berada didalam keadaan separuh sedar. Fikiran dan hati mereka penuh dengan kemarahan dan dalam keadaan marah itu lah mereka tidak boleh berfikir dengan betul. So...lihat lah syaitan sudah berjaya menghasut anak adam supaya berbuat jahat.

Contoh lain ialah bunuh diri. Ada manusia yang mengalami masalah tahap kronik seperti menanggung beban hutang yg banyak atau putus cinta akan memilih untuk menamatkan riwayat hidupnya. Ketika ini, mereka buntu dan mengalami ketidakwarasan fikiran secara total. Mereka gagal berfikir disebabkan rapuhnya iman. Jadi, jalan paling singkat ialah bunuh diri. Saya pasti ramai akan berkata mereka ini bodoh dan tidak boleh berfikir dengan betul kerana mengambil tindakan yang salah. Ya, sebenarnya memang ketika mereka sedang dalam perjalanan untuk membunuh diri itu, mereka tidak berada dalam diri mereka yg sebenar. Fikiran mereka adalah diluar kawalan dan mereka berada dalam keadaan tidak waras. Sebab itu mereka tidak boleh berfikir bahawa bunuh diri itu perkara berdosa. Menamatkan riwayat hidup dengan sengaja adalah perkara yang keji dan berdosa besar.

Kita yang berada dalam keadaan yg waras ini memang akan pelik memikirkan tentang apa yg mereka lakukan. Apa pun, semua itu ketentuan Allah. Di situlah pentingnya pendidikan agama. Saya pun jahil juga bab-bab ini, jadi mari lah kita sama-sama menyelami dan memahami agama kita sebaik mungkin.

Sekian tazkirah kita untuk hari ini. Eh..eh....aku bagi tazkirah ke hari ni? macam tak percaya je. Hehe.


Ok, gua nak blah dulu, nak main Cafe World.



Note: hantarlah mereka2 yang mengalami masalah mental ke hospital sakit jiwa, itu lebih baik.

Tuesday, August 24, 2010

jawab tag K

syarat 1: mesti menggunakan huruf pertama dari blog anda.

huruf C

Dah tak tau nak letak nama apa. Hari-hari bercerita kat blog, so cerita seterusnya lah...orang jarang nak ulang-ulang baca cerita lama-lama. Hehe.


syarat 2: jawapan tak boleh ulang


Ok, i'll try.

korang dah ready lum?
almost ready lah, sebab tu buat tag ni.

1. Nama anda
Cik Julie, sebab blom bernikah dengan sesapa sebab tu letak cik.

2. Perkataan 4 huruf
Cool

3.Nama budak lelaki
Cullen, Edward Cullen. Takde kena mengena pun, bau-bau kentut pun takde..hehe. Hanya seorang pontianak hensem. Cuma saya tak pasti dia ni kategori budak ke apa.

4. Nama budak perempuan
Catriona Ross. Habis pikir dah ni. Tapi dia ni bukan budak, dah jadi mak budak dah. Dia cantik, dah pakai tudung dah sekarang.

5. Pekerjaan
Camerawoman tak bertauliah. ehehe. Acah je. Saya orang minyak.

6. Warna
Coklat cair. Bukan lah minat sgt dgn warna ni tapi sebab bermula dgn huruf C, layannn.

7. Sesuatu yang anda pakai
Cincin. Tapi tak suka pakai sebenarnya. Senang citer saya kurang gemar pakai barang kemas.

8. Makanan
Char kuey teow. The best char kuey teow ialah di Perlis. Terbaik..!!! Saya tak akan lupa betapa sedapnya char kuey teow tu.

9. Sesuatu yang boleh dijumpai ditandas
Cicak. Kadang2 cicak sesat masuk dlm toilet, pastu tak tau jalan keluar.

10. Tempat
China. Destinasi percutian yang tidak terlalu mahal, tidak terlalu murah. Beijing maybe...ada muslim package lagi.

11. Alasan bila lewat
Car cannot start la bos....ya ampun...jangan jadi betul2 sudah. Serik dah.

12. Sesuatu yang anda jeritkan
Cisssssss!!!!!

13. Tajuk film
Chicken Little. Tak penah tengok pun. Haha.

14. Minuman
Cendol. Fav masa kecik2. Skg susah sket nak dapatkan cendol yang sedap lagi lazat.

15. Kumpulan music
Carpenter.

16. Haiwan
Cicak,cacing,cat,cow...

17. Nama jalan
Chow kit road...huhu.

18. Nama jenis Kereta
Cherry. Kereta china.

19. Nama yang bakal ditag
Cik meeza
Puan Suzi
Puan Rozie
Puan Siti bicara cinta
Puan Joyah sport

Sapa-sapa lah yg rajin, buat lah.
Yang kena tag tu buat la kalau rajin, tiada paksaan.

buat kuih

Tetiba rasa mcm nak buat kuih raya. Kalau nak buat kuih harus lah bahan-bahannya simple. Jangan harap saya nak buat kuih yang complicated. Every year kalau raya, adik saya akan request kuih cornflakes madu dan biskut makmur. Simple je kan kuih tu. Saya memang benci benda-benda yang complicated ni. Haha.

Raya kali ni saya rasa macam hambar. Tapi raya tetap raya lah. Tetap kena sediakan apa yg patut. So this weekend maybe bertungkus lumus lah saya di rumah buat kuih. Jangan hangus macam tahun lepas sudah.




note: mood nak buat kuih dtg bila tengok budak ni buat kuih...mcm best je! hehe

Thursday, August 19, 2010

pening

Kan aku dah kata, bulan ramadhan bulan yang mulia. I'm trying not to say bodoh,bangang, bengong or what ever bad words to others. Yes I'm trying. Sometimes tersasul jugak perkataan tu masa duduk depan pc sambil buat bidding ni. Sebabnya hari ini kepala saya sedikit biul. Pagi2 buta lepas sahur tadi dah telan pain killer 2 bijik, tapi nampaknya takde impact apa pun.

Tekanan perasaan bertambah bila bidding ni nak kena submit esok. Oh, bestnya. Aku suka bekerja di bawah tekanan. Actually tak tertekan pun, cuma migrain sket je. Hehe. Dah sapu minyak angin dah kat toilet tadi. Semerbak bau minyak angin dalam toilet. Ok la kan daripada bau busuk benda lain.

Apa yang aku tulis ni? oh..aku pun dah merapu macam blurr33. Cuma aku tak attach apa2 gambar hari ni. Ingatkan nak snap gambar polis trafik bongok kat subang tadi. Ops...tersasul plak. Kan aku dah kata aku selalu tersasul.

Kata-kata pujangga:

"Untuk menjadi orang yang bahagia, kita seharusnya membahagiakan orang lain"

Jadi saya sedang cuba untuk membahagiakan bos saya hari ini supaya dia tidak meletakkan cermin matanya di dahi esok tanda protes. Wish me luck.



Wednesday, August 18, 2010

jangan bersedih


Dalam satu blog, menurut kata-katanya yang saya pinjam:

"Life is not a bed of roses or sun shines everyday. Most of us have our own sad days. We become sad for many reasons, and I recommend this book for deeper understanding of life so that we can minimise the impacts of bad or sad days in our life".

Buku ini memberi inspirasi kepada setiap wanita di atas muka bumi ini supaya berfikir bahawa setiap masalah atau musibah yang melanda adalah satu ujian terhadap dirinya. Anehnya kita selalu menyalahkan takdir seolah-olah kita menyalahkan Tuhan dalam setiap apa yg terjadi. Setiap musibah yang melanda ada hikmah di sebaliknya dan buku ini akan membawa kita berfikir untuk mencari dan menyelami apakah hikmah itu. Mungkin hikmah itu kita tak nampak sekarang, tapi insyaAllah, suatu hari nanti Allah akan tunjuk.

Ingat, tak semua yang kita nak itu kita akan dapat. Tak kira lah benda tu pekerjaan ke, manusia ke, makanan ke, pakaian ke atau apa-apa saja. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Mungkin apa yang kita inginkan itu akan membawa bencana di masa depan, sebab itu Allah memberi banyak halangan untuk kita mendapatkannya. Bersangka baik lah pada Allah.





Tuesday, August 17, 2010

setahun

Makam arwah Alin
source from here.
Credit to her sister.

Dah setahun arwah Alin pergi. Macam baru je saya tulis entry pasal pemergian Alin tahun lepas. Alfatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Semoga dia bahagia dan tenang di sana.




kelebihan bulan puasa

Betul la bulan Ramadhan ni bulan yg mulia. Semua orang menjaga adab sopan, tak kira lelaki atau perempuan. Cuma ada segelintir je la yang mcm blur2 berkata, eh betul ke sekarang ni bulan puasa?

Yg bestnya masa balik keje bukan orang yg nak berbuka je, orang non-muslim pun sama-sama menyesakkan jalan. Oleh kerana bulan ni bulan puasa, jadi tak boleh la nak mengeluarkan kata-kata kesat. Eh lupa pulak, baru haritu tulis entry mintak maaf, ni nak buat dosa semula. Ok,insaf semula.

Apa yang saya nampak di bulan puasa ini ramai orang tak banyak bercakap. Kalau bercakap pun kena jaga tutur kata dan jangan sampai air liur kering, kalau kering tak boleh minum air kat pantry. En.bos pun cool saja, cuma sesekali dia meletakkan cermin matanya di dahi tanda protes. Takpe lah, yang penting dia menjaga tutur katanya.

Oh ya, bazar ramadhan pun penuh sesak. Biasa lah kita rakyat 1 Malaysia, tak kira muslim atau non-muslim sama-sama membeli juadah. Berjalan di bazar ramadhan SS18 kena hati-hati sebab takut berlaga bahu. Berlaga bahu kira boleh di maafkan, tapi kalau berlaga punggung, aduhai...dan kaum perempuan juga kena meng'cover' keseluruhan tubuh badannya agar tidak bersentuhan dengan lelaki-lelaki di situ. Yg lelaki pulak kalau dah terlanggar orang tak reti-reti nak say sorry.

Peniaga di bazar ramadhan semuanya baik hati. Termasuk lah dengan menaikkan harga makanan contohnya Char Kuey Teow goreng special berharga RM6. Haha. 'Specialnya' char kuey teow itu kerana dia cuma letak udang lebih 2 ekor dan telur goreng. Aku beli jugak sebab no choice, dan teringin sebenarnya. Oh ya, ada orang jual popia basah yg hampir basi di situ. Oleh kerana ini bulan puasa, jadi tak boleh nak cakap yg kesat-kesat kan. Haritu baru mintak maaf.



Ini lah kemuliaan dan kelebihan Ramadhan. Allah benar-benar menguji kesabaran.

Monday, August 16, 2010

perempuan

Mendengar ceramah seorang ustaz di fb membuatkan saya terfikir nak tulis di sini. Mengenai perempuan. Ada 3 perkara:

1) Perempuan ni kalau kawen cepat pun salah, kawen lambat pun salah. Kalau kawen cepat dikatakan gatal, kalau kawen lambat dikatakan memilih.

2) Perempuan ni kalau beranak ramai pun salah, tak beranak langsung pun salah. Kalau beranak ramai sangat dikatakan terlalu produktif, kalau tak beranak pulak dikatakan mandul.

3) Perempuan ni kalau kawen hantaran murah pun salah, hantaran mahal pun salah. Kalau hantaran murah sangat dikatakan 'mesti ada apa2 tu', kalau hantaran mahal pulak dikatakan 'mak bapak dia nak jual anak ke?'.

Jadi perempuan ni senang nak masuk syurga. Cuma buat 4 perkara:

1) Solat 5 waktu
2) Puasa
3) Jaga maruah diri
4) Taat pada suami

Senang kan nak masuk syurga? cuma buat 4 perkara diatas, tapi harus ingat, mampukah kita buat 4 perkara itu? Susah sebenarnya. Kalau menjawab cakap suami, pun dah dikira menderhaka. Tapi kalau perempuan berjaya melakukan 4 perkara diatas, pilih lah mana-mana pintu syurga yang mahu kamu masuk, masuk lah.

Perempuan tidak dibebani dengan tanggungjawab untuk mencari nafkah kecuali pada situasi tertentu. Perempuan juga tidak perlu berjihad di medan perang. Tanggungjawab terhadap ibubapa juga bukan wajib ke atas perempuan seperti lelaki. Walaupun lelaki sudah berkahwin, dia masih wajib menjalankan tanggungjawabnya terhadap kedua orang tuanya selagi kedua orang tuanya masih hidup.



I proud to be a woman.

bila cinta



Bila cinta kini Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu
Dulu kau tawarkan Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu Dengan segenap hatiku
Hingga engkau pergi Tinggalkanku
Hilangnya cintamu Menusuk hatiku
Hinggaku memilih Cinta yang fana
Perginya dirimu merobek jantungku
Hingga ku terjatuh Dalam harapan
Ku sebut namamu Di setiap doaku
Bangkitkan setiap kenangan tentangmu
Yang ku dapat hanyalah bayang mu
Hilangnya cintamu Menusuk hatiku
Hinggaku memilih Cinta yang fana
Perginya dirimu merobek jantungku
Hingga ku terjatuh Dalam harapan
Hilangnya cintamu Menusuk hatiku
Hingga ku memilih cinta yang fana
Perginya dirimu merobek jantungku
Hingga ku terjatuh Dalam harapan




Thursday, August 12, 2010

ramadhan ini

Dah masuk 2 hari puasa, saya baru terhegeh-hegeh nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua di luar sana. Syukurlah, pada usia sekarang saya masih sempat menyambut Ramadhan dalam keadaan yg masih cukup sifat dan sihat waalafiat.

Bila tiba bulan puasa, berduyun-duyun orang menhulurkan salam kemaafan. Tu belum tiba masa raya lagi. Bagus la kan saling bermaafan, tapi jgn la bermaafan masa puasa dan raya je. Rasanya hari2 biasa pun boleh bermaafan kan..hehe.

Tapi saya tetap nak tulis something...

Saya dgn rasa rendah dirinya ingin memohon ampun maaf kpd semua yg pernah saya sakiti hatinya, terguris dan terhancur leburkan perasaannya. Secara umum, saya tujukan salam kemaafan ini kepada semua. Kadang2 secara tak sengaja, saya tertengking orang, termarah dan tercakap perkataan yang kurang enak di dengar. Atau saya pernah berjanji tapi tak tepati. Munafik tu kan...adoi. Ampun kan lah aku. Atau secara tak sedar, saya bertukar menjadi singa lapar ketika tengah tension, atau tetiba bertukar menjadi biskut tiger bak kata bain..hahaha.

Saya tak mampu nak memuaskan hati semua orang. Aku hanya serangga.

Hehe.

Kuching trip - day 3

Hari ketiga, pagi2 seawal pukul 7 pagi, kami bersarapan dulu di Serapi Corner. Mungkin sebab masih awal, makanan tak byk sangat. Saya makan apa yg ada lah. Ada nasi lemak dan nasi goreng. Saya makan nasi goreng.

my plate

dan minum nescafe tarik

Mula-mula en.Rahim tu nak bawak pegi kilang pasu, tapi tak jadi. Kitaorang nak pegi Taman Orang Utan dulu. Di sini lah tempat orang utan tinggal, Botanical Research Centre, Semengoh. Welcome.

Kitaorang jumpa gambar orang utan yg bernama Nora. Terus teringat kat Bain. Hahaha...aku snap gambar ni pun semata-mata untuk ko bain.

Untuk melihat orang utan, kita kena berjalan masuk ke dalam. Track di situ mengingatkan saya pada kinabalu...huhu. Kami berjalan tak lama, dalam 5-10 minit je. Actually waktu ni around pukul 10 pagi, memang waktu orang utan diberi makan. Konon-konon nak tengok orang utan makan lah.

Saya berjalan hanya memakai selipar, nasib baik cuma 5 minit je

Ini la tempat melihat orang utan. Actually tempat ni memang habitat semulajadi orang utan. Jadi semua pelawat dan pelancong tidak dibenarkan membuat bising. Kalau tak orang utan takut nak keluar.

Tunggu punya tunggu, orang utan tak jugak keluar. Kebetulan kat sini baru lepas hujan, agaknya orang utan sema tidur tak bangun-bangun. Haha. Sangat hampa lah kami semua sebab tak dapat tengok orang utan makan. Then, tak lama lepas tu renjer beritahu rupanya orang utan ada kat bahagian luar tempat kami mula-mula masuk tadi. So...kitaorang semua berjalan keluar lah semula. Hai orang utan...susahnya nak jumpa kau.

Ni la orang utan yg ada macam2 nama termasuk nama Nora. Macam2 aksi diaorang buat, yg tengah kendong anak pun ada.

Peringatan: tak boleh snap gambar guna flash.

Lepas ke taman orang utan, kitaorang pergi ke Taman Buaya pulak. Lupa pulak nak bagitau, fee entrance kat Tmn Orang Utan ialah RM3, manakala kat Tmn Buaya ialah RM16. Aku rasa macam2 kanak2 pulak sebab pegi taman buaya...hahaha.

burung kasawari

Ini la sang bedal yang di tunggu-tunggu. Masa untuk buaya-buaya ni semua makan. Sebenarnya saya excited jugak tengok buaya ni menerkam makanan, sangat ganas! Macam tu jugak la kalau dia terkam manusia kot. Tapi ada jugak buaya yg pasif, diam aje. Mungkin buaya tu kategori tua, dah tak larat nak main terkam2 dgn buaya-buaya remaja tu. Hehe.

berebut nak makan

terer kan buaya ni melompat..

antara binatang yg ada di situ selain buaya

Ini anak buaya berusia 6 bulan yg di awetkan.
berasal dari air masin....di ulangi air masin ok
jgn kata kat laut takde buaya..


Ok. Hanya 2 tempat untuk hari ketiga merangkap hari terakhir. Maybe next time kami datang lagi lah, fokus untuk pegi Bako pulak. Kalau ada rezeki dan kesempatan. Walaupun terkejar-kejar, panas dan haus, kami tetap enjoy. Perut pun kenyang dgn mcm2 makanan sampaikan dalam flight saya makan kacang aje. Kuching, see you next time. Tata.

Wednesday, August 11, 2010

curik tulang

Saya sangat busy. Tolong buat kerja bos. Buat bidding. Ni curik2 update blog kejap. Will continue for Kuching Day 3 if I free tomorrow.

Selamat berbuka puasa.

Thursday, August 5, 2010

cuti

I will be away from KL for a few days. Time saya nak cuti, masa tu lah encik bos bagi kerja. Kena tolong dia buat bidding. Huhh..

Bye2 everyone.

Wednesday, August 4, 2010

3 bulan yg lalu..


3 bulan yang lalu, saya berada di tempat seperti dalam gambar di atas. Di mana? di syurga dunia. Haha. Di atas gunung. Tempat ini diklasifikasikan sebagai sebuah taman fantasi. Ada pokok-pokok renek, cuaca yang berkabus, angin yg bertiup perlahan dan pemandangan yg mengasyikkan. That's Mesilau.

Untuk sampai ke tempat ini, kita harus menempah tiket kapal terbang Air Asia atau Malaysia Airline, lagi seronok kalau dapat book tiket waktu promotion..haha. Kalau naik Malaysia Airlines seperti Huz, kita akan rasa selesa, tapi kalau naik Air Asia seperti saya, kita terpaksa berhimpit-himpt dan berlaga punggung mcm naik bas express nak balik Mersing. Kata nak tiket murah kan...so redah aje lah. Now everyone can fly bebehhh.

Oh ya, untuk sampai ke sini juga, kita tidak perlu bawa makanan bertimbun-timbun, baju t-shirt jenama adidas atau nike sampai 10 helai. Cukup lah bawak coklat 2-3 bungkus saja. Tak perlu coklat mahal yg di tempah dari Switzerland. Coklat buatan sendiri pun ok. Tak perlu juga bawa air neslo panas atau jus epal hijau. Sebab kita hanya akan minum air gunung yang tidak dirawat. Amek ko...

Yang penting jangan lupa bawa panadol, ubat sakit perut,ubat sakit pinggang,ubat sakit saraf, ubat demam,selesema,batuk,migrain, cirit birit dan semua jenis ubat. Nak bawa maajon pun boleh, utk panaskan badan...ahaks!

Kasut pulak, jangan pakai kasut wedges atau high heel 4 inci. Walaupun tempat ini diklasifikasikan sebagai taman fantasi, itu tidak bermakna kita boleh berlari-lari anak sambil mengejar rama-rama dgn memakai kasut tumit tinggi warna pink. Jangan berangan. Sila pakai kasut yang flat, mempunyai safety untuk mencengkam tanah!

Oh ya, bila kita sampai ke tempat ini, kita automatically akan terfikir bahawa tongkat, glove dan baju sejuk tebal sesuatu yg sangat bermakna. Ia seperti nyawa kita di sini. Percaya lah.

Aku rindu tempat ini bebeh...

Tuesday, August 3, 2010

beautiful message



like and dislike

I love:-
- green color
- cheese cake
- beach
- spicy food
- cold and windy weather
- baby
- perfume
- soft pink color lipstick
- baby powder
- wedges shoes
- listen to the music using earphone
- read something funny and it's can makes me laugh
- nescafe suam yg ditarik sampai keluar buih
- tomyam and soup
- handbag
- blogging
- ambil gambar

I hate:-
- War
- Spitting everywhere
- cat
- cheated
- traffic jam
- hot weather, because it's makes my skin oily and reddish
- high calories food (hahaha...statement keji, padahal elok je aku bedal double cheese burger...)
- lemak di badan
- jerawat di muka
- tak muat pakai baju atau seluar yg dulunya rasa mcm longgar
- when I call someone, she/he didn't pick up the phone, and they do not call me back....baik tak payah pakai handphone.
- crowded shopping mall
- tikus. kalau cicak saya bleh terima lagi ada dlm umah, tapi kalau tikus rasa tak sanggup.


Ini saja utk hari ini.

Muahhhh....muahhhh


Monday, August 2, 2010

married man

Ahad. Cuaca panas. Pergi kenduri kawen Kamarul a.k.a Blurr33 bersama soulmatenya, Awin. Congrats to both of them. Ohh...satu lagi, makanan sedap!

Yeahhh..the groom has arrived. Gagah tak kamarul? wakakaka. Ini persandingan sebelah pihak perempuan sebab saya tak dapat hadir persandingan pihak lelaki. Masa tu saya takde di KL.

Aku tengok muka ko macam blur blur je kam...apasal? ko tak percaya yg ko dah kawen ek? hehehehe.


Selamat Pengantin Baru
Semoga kekal bahagia didalam rahmatNya..