Friday, September 28, 2012

AES

kamera AES, lebuh sentosa, Putrajaya
sumber : fb

Aku tak tau nak cakap macam mana, tapi pada aku sistem kamera AES yang baru ni macam ada sikit mendera, bukan mendidik. Bagi orang-orang yang belum kena snap, diaorang tak akan faham dan akan berkata....."kalau taknak kena saman, ikut la peraturan jalanraya". Wahhh....sedapnya mulut berkata-kata. Ye la cik non...selama ni pun memang aku ikut peraturan jalan raya, sesekali je aku langgar lampu merah kat trafik light...hahahaha.

Dalam gambar kat atas tu, di situ lah tempat dimana aku kena snap dengan kamera canggih ni. Jalan tu adalah jalan menuju ke hospital. Apa la bengap sangat pegi letak kamera di jalan menuju ke hospital. Kalau la ada emergency, nak bersalin ke, eksiden ke...nak suruh orang drive 70kmj jugak ke? Ni yang rasa nak meroyan je ni.

Haritu aku try drive 70kmj, aku rasa basikal pun boleh potong aku kot. Dan aku rasa, memandu terlalu perlahan pun bahaya jugak, boleh buat orang mengantuk. Aku bukan la nak bawak kete laju gila sangat, tapi tak nak jugak terlalu perlahan. Agak-agak la...yang penting kita tak memandu dalam keadaan yang merbahaya.

Sapa la aku ni nak bercakap lebih-lebih, sistem ni ada baik dan buruknya. Tapi kalau letak had laju 70kmj...aku rasa tu macam tak logik, jalan nak pergi hospital pulak tu.

Kalau kebetulan orang-orang besar lalu jalan yang ada kamera tu, contohnya VIP yang ada eskot polis tu...laju semacam je, tak kena saman ke? Satu lagi, aku ada terbaca, kamera AES akan dipasang di jalan yang selalu berlaku kemalangan maut atau jalan yang memang berisiko berlakunya kemalangan. Lebuh sentosa tu selalu berlaku kemalangan maut ke? Aku tertanya-tanya.

Ermmm....takpe la. Redha saja lah. Aku kan kaya, bayar je saman tu.







Wednesday, September 26, 2012

kayu cendana...bukan patung cendana

Aku baru tau bahawa kayu yg bernombor 10 itu adalah kayu cendana, kayu yang selalu orang buat bauan minyak wangi tu. Kalau terjumpa tengah jalan pun bukan aku tau tu kayu cendana, entah-entah aku sepak-sepak aje.

Bagus juga melawat Muzium Negara kan....







Tuesday, September 25, 2012

photobook


Aku suka mendesign photobook, tapi malas tang nak pilih gambar. Kalau rajin aku edit sikit gambar tu, kalau malas aku tak edit pun. Aku rasa dengan cara membeli voucher photobook dari Groupon lebih jimat. Cuma antara rajin dengan tak rajin je nak design sendiri. Setakat hari ini aku dah ada 4 buah photobook.

 my 1st photobook from Pixajoy
aku tempah 2 buah, 1 untuk nikah, 1 untuk sanding

 2nd photobook from Uprint, Karangkraf.

and my 3rd photobook from Photobook Malaysia

Aku puas hati dengan kualiti kertas dan warna untuk semua photobook yang aku tempah. Servicenya cepat, tak perlu aku tunggu lama. 

Aku suka photobook sebab ianya boleh menyimpan banyak memori dan yang penting, aku boleh design sendiri mengikut citarasa aku serta harganya murah sebab beli dengan Groupon. Aku boleh simpan lama photobook ni untuk tatapan sendiri serta anak cucu aku nanti. Kalau ada sedara mara datang pun senang nak tunjuk.

Aku ada beli voucher photobook ke-4....hehehe...tapi belum start design lagi.




Monday, September 24, 2012

matahari pagi

view from Level 21, Menara Tokio Marine

Pagi tadi aku terpesona dengan pemandangan sunrise di MEX highway. Sunrise yang berwarna oren. Lepas tu nampak Banjaran Titiwangsa yang dilitupi dengan awan putih yang cantik. 

Pagi ini cuaca di KL perfect, aku cakap dalam hati. Kalau lah aku boleh stopkan kereta kat tepi jalan dan snap beberapa keping gambar, memang best.

Bila sampai ofis aku nampak ada saki baki sunrise di sebalik bangunan sebelah, tapi kamera aku tak canggih sangat, so ini je lah yang termampu aku snap.

Hati terubat sikit tengok pemandangan cantik pagi ini selepas panas membara dengan panahan flash kamera AES petang semalam.

Kihkihkih.





Friday, September 21, 2012

tidur aje kejenya


Agaknya sebab dah terbiasa bangun awal untuk sahur bulan puasa, aku selalu terjaga dari tidur pada waktu-waktu antara pukul 4.30am hingga 5.00am. Tapi ada sekali tu pukul 3.00am aku dah terjaga, lepas tu terus tak boleh tidur. Frust. Dan kesannya kat ofis aku melepek kat meja, mengantuk tahap tak boleh handle.

Masa aku tengah menaip ni pun, aku baru bangun tidur sebenarnya. Aku tak tau la apa orang keliling cakap pasal aku. I don't mind. 

Nasib baik lokasi meja aku dah tersorok sikit, jadi boleh la aku buat aktiviti tidur ni dengan selamba.

Lepas bangun tidur, baru aku rasa segar sikit.

Bila bangun tidur, aku rasa lapar!



Thursday, September 20, 2012

new look konon...

I hate the blogspot new look.

Dah la tak lawa, menyusahkan pulak tu.

Wednesday, September 19, 2012

muzium negara


Ada orang tanya, ko dah sarat tu tak penat ke berjalan? Aku jawab, penat! Tipu lah kalau aku kata tak penat. Tapi hati aku nak berjalan, aku gagahi juga bawak badan ni. Jangan mengharapkan aku boleh berjalan laju, jalan slow-slow boleh la.

Hari sabtu haritu aku buat marathon....dari Istana Negara ke Muzium Negara, lepas tu singgah sekejap di Kenanga Whosale City. Dari panas, lepas tu hujan, panas semula...lepas tu mendung balik.

Ahad, Isnin tak keluar-keluar dah. Melepek je kat rumah kepenatan.


Dalam muzium, aku tertarik pada benda ni. Apa benda ni? Ini bukan batu asah atau batu buat rumah ke...ini ialah mata wang timah zaman purba kala dulu. Nampak macam berat je....bayangkan kalau zaman sekarang pakai mata wang macam ni, jenuh nak mengangkut letak dalam beg..nak beli cuma aiskrim sebatang, tapi nak membayarnya....nah makcik...seketul batu..hehehe..

Tapi aku tak pasti berapa nilai seketul mata wang ni...


Di Malaysia, keretapi ini sudah selayaknya masuk muzium, tapi di India, aku rasa keretapi jenis macam ni masih lagi diguna pakai hingga sekarang. Jadi, mari bersyukur.




Tuesday, September 18, 2012

istana negara

Bila aku sebut je..."aku kat Istana Negara...jalan-jalan", kawan aku replied, "Ko buat lawatan ke apa?". Kihkihkih...

Agak susah untuk aku berjalan luar dari KL dalam waktu sekarang, apatah lagi luar dari Malaysia. Jadinya, meh la kita bersiar-siar di kota metropolitan ini saja. Dua tempat aku pergi, Istana Negara dan Muzium Negara. 

Muzium Negara??? Mesti ada orang buat muka bila aku cakap aku pegi muzium. Apa kelas pergi muzium. Macam takde tempat lain nak pergi.

Why not? Suka hati aku lah.

Mula-mula aku ingat kita rakyat jelata ni tak boleh masuk dalam istana, rupanya boleh. Bayaran masuk hanya rm2 sahaja. Masa aku sampai tu, hari tengah hujan. Terkedek-kedek la aku berjalan sambil pakai payung pelangi masuk ke dalam. Ye..ye...patik datang Tuanku. Sori la patik lambat sikit, jalan jem. Takpe....jemput makan dulu....jangan tunggu patik. Kihkihkih.


 Aku jeling dia, dia jeling aku...main jeling-jeling pulak pakcik nih.
ke aku yang perasan....pakcik ni tengah tengok benda lain sebenarnya...hahaha

 Macam pelamin orang nak kawen...cantik.

 Diamond crown for Permaisuri Agung...

Actually semua barang-barang yang di pamerkan di dalam Istana ini adalah barang-barang yang masih lagi diguna pakai...sebab tu ada barang yang tak ada sebab 'sedang digunakan'.

gambar ni bukan rosak atau terpotong dua....memang begitu yer.





Thursday, September 13, 2012

lanun steak lagi

 Sirloin steak at Lanun Steak.....again...
daging batang pinang yang lembut di kunyah, sedap ditelan..
di tambah dengan sos lada hitam yang memikat selera..
dan sos putih yg diberi nama sos lanun....
harga? macam nak nanges...
2 orang makan cuma rm26...
murah dan super sedap...

 Lanun Steak @ Uptown Damansara

balik dari Damansara, singgah Dataran Putra@Putrajaya....tengok orang tengah bersantai, ada yang main roller blade, budak-budak kecik main basikal....dan ada yang bentang tikar sambil makan ala-ala berkelah....seronoknya...

sungguh aku tak reti amek gambar malam-malam nih....tapi aku cuba-cuba la amek gambar air pancut berkaler-kaler tu...





Wednesday, September 12, 2012

rindu#4 - dalam kereta bersama PuanLawa

Kak Kiah....dah lama kita tak posing berdua-duaan macam ni....

mahal cermin mata kak kiah tuuu...


 


rindu#3 - GGK

Aku rasa macam susah je nak kembali seperti ni, insyaAllah kalau di izinkan Allah...
harap memahami...


 


rindu#2 - suara nenek

 google

Ini namanya gobek.., gobek sirih. Amek daun sirih, sapu dengan kapur, letak gambir semua bagai...pastu letak dalam gobek ni. Tumbuk sampai lumat, pastu suap dalam mulut. Arwah nenek selalu marah aku dulu....dia kata, ko ni menyibuk betul, orang nak makan sirih, ko pun nak makan sirih...budak-budak mana boleh makan sirih, nanti lidah keras, susah nak mengaji......arwah nenek membebel. Aku rindu la dengan suara bebelan dia tuh. Uwarghhhhhh....



rindu#1 - sabah

Rinduuuuuuuuu......nak ke sini lagi....huhuhu...
Sunset yang menawan, tertawan....Sabah yang indah....




...dan Mulu yang menakjubkan.....
face of Abraham Lincoln...




Tuesday, September 11, 2012

teman pengganti

Aku masuk Youtube, tengok video lagu Teman Pengganti (Malique Too Phat ft Black), dan pertama kali aku baca komen-komen orang dalam tu tentang lirik lagu ini. Aku rasa ni pertama kali aku baca komen-komen orang yang memang sangat-sangat nak tau apa sebenarnya maksud lagu ini. 

Aku pun terfikir, lagu-lagu Malique bermula dari lagu Senyum (Malique ft Najwa), kemudian lagu Aku Maafkan Kamu (Malique ft Jamal Abdillah) dan terkini lagu Teman Pengganti, liriknya macam ada something. Something yang tak kena. Dalam youtube kata, lirik tentang masalah rumahtangga. Ohhh...hohoho...sejak bila aku jadi minah propa ni....

Tapi lagu Teman Pengganti ni memang lain sesangat. Malique macam sedang bercerita tentang masalahnya melalui lagu. Setiap orang ada masalah kan, salah satu cara nak meluahkan masalah adalah melalui bait-bait lirik lagu.

Honestly aku suka lagu ni sebab melodinya. Kebetulan bila dengar lirik tu aku rasa macam nak tau apa maksud si penulis lirik ni. Penulis liriknya tak lain tak bukan penciptanya juga, Malique.

Lagu 'Senyum' memang terang-terang dia cerita pasal isteri dan anaknya. Lagu 'Aku Maafkan Kamu' aku tak pasti lah dia cerita pasal siapa, dan lagu 'Teman Pengganti' ni aku rasa macam dia cerita tentang masalah rumahtangga. Uihhh...tak baik buat propaganda sendiri, tapi itu yang aku faham.

Hehehe....boleh pulak aku kaji lirik lagu ni details eh....

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru

Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti



Kalau aku salah tafsir, so sorry. Btw, lagu ini seolah-olah menceritakan tentang seorang suami yang dalam terang mengetahui kecurangan isterinya, dalam masa yg sama suami ini ada sakit yang dia sendiri tahu dia akan menemui PenciptaNya, dengan itu dia redha dengan apa yg berlaku dan berharap isterinya dapat mencari teman pengganti dirinya apabila dia sudah tiada kelak.

Wahhh...hebat tak aku mentafsir lirik.....kihkihkih..

Lagu ni sedih sebenarnya :(


Monday, September 10, 2012

jane jamilah

Drama ni macam lawak-lawak tapi membawa makna yang besar. Dah lama tak tengok Sofia Jane berlakon. Dulu jadi heroin, sekarang dah jadi mak-mak orang. 

Moral of the story from this drama:

"Kalau kita ditinggalkan oleh orang yang kita sayang, jangan cari apa salah dia, tapi kaji lah apa salah kita"

Drama ini bagus untuk semua yang sudah berumahtangga. Untuk yang masih bercinta-cinta tu boleh juga amek kisah ini untuk dijadikan panduan.




Thursday, September 6, 2012

bukan salah ibu mengandung ye

Aku tak rasa yang aku berkemampuan untuk perform bagus ala-ala pekerja terbaik dalam keadaan sekarang, even dulu pun aku bukan pekerja terbaik sangat. For time being I only involved in 2 projects, and I hate one of them. The other one is okey. Kalau ada sesiapa yang rasa aku mengada or blur-blur...I really don't mind. 

I hate meeting and I hate to be a leader. But someone had said to me, you have to learn how to be a leader but not in this condition ( his eyes pointing at my tummy). Actually, being a pregnant woman doesn't mean you have to take a rest 24-7. I don't think so. Seperti yang pernah aku luahkan dalam protected entry sebelum ni, masalah itu lah yang membuatkan aku benci dengan apa yang aku lakukan sekarang, but nobody understand, and finally, aku rasa aku just follow the way yang ada depan mata. Nak mengadap bos pun, dia sangat busy. Bukan salah ibu mengandung, mengandung tu tak salah dan bukan halangan untuk buat kerja (walaupun penat sikit dan selalu blur-blur), tapi masalah yang aku dah rasa lama, sejak 4 tahun dulu.


Untuk pengubat penat, mari lah kita menge'paw' sample perfume kat klcc.

 Orang lain beli perfume tapi aku yang paw sample. Bukan setakat sample perfume.....tapi......

...tapi juga halfmoon pouch ni. Patutnya untuk dapatkan pouch ni, kena beli perfume 50ml...tapi dengan kejahatan yang ada pada aku...aku pujuk rayu salesman tu...dia bagi jugak. Ngeh...ngeh...ngeh...

Alahai...bape hengget sangat la harga beg sekecik tu? Setakat nak bagi free pada customer takde hal lah, diaorang je yang kedekut.

Shopping adalah pengubat segala tekanan. Kalau takde duit nak shopping, temankan kengkawan shopping pun dah boleh melegakan hati dan perasaan. Kehkehkehkeh...



hadiah

He asked me a guitar as a birthday present. Aku tak tau la permintaan tu serius atau main-main but I don't take it as a serious. Semalam pergi Jusco Equine Park, dia terus menonong ke kedai Ogawa. Actually memang pernah survey benda alah ni, tapi belum nak beli.

So dengan muka seposen dan ayat-ayat manis, dia mintak aku belikan ini sebagai hadiah birthday. Aku sebagai isteri mithali ni pun terpedaya la dengan ayat-ayat manis dia tuh, ok la....aku setuju. Dan sebenarnya.....aku pikir benda ni aku pun boleh guna lepas bersalin...kuikuikui. Bijak tak isteri mithali nih?

Kita haruslah membeli sesuatu yang boleh digunakan bersama. Ngeh..ngeh...ngeh...

persoalannya....berjaya kah dia mendapatkan bentuk perut yang ala-ala 6-pack tuh?
berjayakah?
berjayakah?
berjayakah?
hehehe...

and this is my birthday gift from him lah....tapi dah jadi tukun kat rumah sebab aku lebih suka pakai my BB untuk ber-internet. Aku bukak benda ni semata-mata untuk main angry bird aje, dan dia lebih suka pakai labtop...so gadget ni banyak berehat ala-ala barang perhiasan...

but the most valuable present for us is....of course....

OUR BABY!

hadiah yang ni memang akan sentiasa di peluk cium!





Tuesday, September 4, 2012

Contest # 1 - "Dear Hanis Haizi, I wanna Chanel!"




I love your blog because "you have inspired me to become a better person and succeed, never give up, always confident and not afraid to challenge the future".

Please, please let me have the CHANEL surprise gift you mentioned (here) .



Regards,
Julie



Monday, September 3, 2012

clear anti dandruff and anti hair fall


Aku pernah pakai syampu murah sampai la syampu mahal, tapi tak berapa nak berkesan. So one day, aku masuk farmasi, try beli syampu clear. Clear for Anti Dandruff and anti Hair fall. Tak sia-sia sebab aku suka syampu ni. Memang rambut aku tak gugur. Setakat gugur 2-3 helai tu standard la, tapi tak seteruk macam sebelum ni.

Aku rekomen kan syampu ni untuk orang-orang yang mengalami masalah rambut gugur. Tapi mungkin depends pada kulit kepala jugak, but for me, this shampoo is good. Worth to buy.


aktiviti cuti 3 hari

Apartment D'Rimba, Seksyen 11, Kota Damansara. Persekitaran bagus, bersih, tak bising, tapi...parking aku rasa agak terhad sebab ramai yang park kereta di luar. Ni mesti kes parking limited edition. Kata orang kat situ, sekarang harga apartment ni lebih kurang rm320k, dulu murah, dalam rm100k++. Aku tinjau-tinjau kat area situ, keluarkan kamera, snap gambar. Aku membayangkan betapa bestnya dapat terjun dalam pool, gedebush...gedebush...berenang.

Aku berangan berdua dengan hubby.

"Jom kita beli rumah kat sini", aku kata.
"Jom." hubby jawab.
"Tapi kat sini jem tahap gaban la...jauh lagipun.."
"Tau takpe. Jadi duduk je la kat Putrajaya tu, aman."

Tu kata-kata orang berangan okey.....diulangi...berangan. Berangan kan seronok.

Malam. Bawa saudara mara belah hubby jalan-jalan sekitar Putrajaya yang datang ke rumah beraya. Aku agak blur tak tahu nak masak apa. Unplanned. Diaorang call belah pagi bagitau nak datang beraya, kitaorang pulak pagi tu nak keluar pergi Kota Damansara tu lah, ada deal dengan orang Mudah. Balik dah petang terus pergi beli barang. Mee goreng je lah untuk diaorang. Nak masak yang remeh-remeh memang takde masa dah, unless kalau diaorang bagitau sehari awal, boleh la aku prepare menu yang komplikated sikit. Dan mee yang aku goreng tu pedas gila....ye, pedas gila. Aku sendiri sakit perut makan mee yang aku masak. Kuikuikui.

Terima kasih lah sudi beraya di rumah, tapi takde menu istimewa lah.

The Palace of Justice@ Istana Kehakiman. Ramai pulak manusia malam tu. Berderet-deret kereta park tepi jalan.

Di atas jambatan menuju ke PICC.